4 Resepi Nasi Goreng Ayam (Simple Tapi Padu)

Bila ada lebihan nasi pasti nasi goreng menjadi pilihan utama. Nasi goreng mempunyai pelbagai jenis resepi yang ada. Resepi kali ini adalah resepi nasi goreng ayam. Memang jadi kegemaran seluruh keluarga anda kan?

Jom kita try!

1. Resepi Nasi Goreng Ayam

Bahan-bahan

  • Nasi putih
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering blend
  • Ayam
  • Telur sebiji
  • Cili padi
  • Kicap manis / kicap apa pun boleh
  • Garam
  • Gula
  • Ajinamoto
  • Kiub pati ayam (1/2)
  • Sayur (apa-apa sayur yang sedap sawi, carot, kobis, kacang panjang

Cara buat Nasi Goreng Ayam

  1. First sekali ayam mentah dicuci bersih dan digaul garam serta kunyit kemudian di goreng (ayam goreng).
  2. Kemudian, tumis bahan tumisan iaitu bawang merah dan bawang putih dah garing wangi masukkan 2 atau 3 sudu cili kering blend.
  3. Dah pecah mintak masukkan kicap manis kemudian pecahkan telur sebiji dan kacau.
  4. Masukkan perasa iaitu garam, gula sikit, kiub pati ayam dan ajinomoto sikit.
  5. Dah nampak pekat dan cukup rasa baru masukkan nasi putih kemudian kacau lah sehingga sebati.
  6. Last sekali masukkan sayur yang disuka siap dihidang.
  7. Kemudian ambil ayam goreng diketuk dan cincang curahkan sos di atas ayam.

Sumber: Cik Merpati Putih dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Nasi Goreng Ayam Tumbuk

Bahan-bahan

Bahan tumbuk

  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cili padi
  • Sayur- sayuran
  • Perasa (garam, gula, cukup rasa @ ajinomoto)
  • Lebihan ayam tumbuk asing, letak dalam pinggan asing
  • Nasi putih

Cara buat Nasi Goreng Ayam Tumbuk

  1. Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk (cili dan bawang). Tumis sehingga naik bau, kemudian masukkan sayur dan isi ayam tumbuk.
  2. Masukkan bahan perasa (garam, gula @cukup rasa). Kalau nak color menarik, boleh letak kicap manis atau masin. Ikut selera masing-masing.
  3. Masukkan nasi putih, gaul rata. Masak sehingga nasi betul-betul panas. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Rena Dazryn dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Nasi Goreng Paprik Ayam

Bahan-bahan

  • Nasi putih 2 mangkuk
  • 3 ulas bwg putih ketuk
  • Bwg holland Hiris
  • Cili api ketuk
  • Cili boh
  • Sos tiram
  • Nampla@sos ikan
  • Telor sebiji
  • Pak coy@sawi cina
  • Kicap

Paprik Ayam

  • Isi ayam
  • Bwg holland hiris
  • 3 ulas bwg putih ketuk
  • 5 tangkai ciliapi ketuk
  • Carrot hiris
  • Kacang panjang potong memanjang
  • Cili Boh
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Nampla@sos ikan
  • Sedikit gula
  • Daun limau purut

Cara buat Nasi Goreng Paprik Ayam

  1. Panaskan minyak masukkan bawang putih, bawang Holland, cili api dan kacau.
  2. Masukkan cili boh tumis sampai cili masak masukkann sos tiram dan nampla pecahkan telur.
  3. Masukkan nasi kacau rata letak kicap api bagi besar. Masukkan sawi kacau rata. Tutup api.

Paprik Ayam

  1. Panaskan minyak masukkan bawang putih masukan cilI boh tumis sampai cili masak.
  2. Masukkan isi ayam gaul rata kemudian masukkan sos tiram dan sos cil kacau rata.
  3. Campakkan daun limau purut, nampla@sos ikan dan masukkan carrot kacau rata.
  4. Last masukkan kacang panjang ,cili api dan bawang holland.

Sumber: Emee Sham dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Nasi Goreng Ayam Goreng Kunyit

Bahan-bahan

  • Nasi siap masak (buat 1 1/2 pot sahaja)
  • Ayam Goreng Kunyit (buat 1 mangkuk kecik siap letak kacang panjang + carrot + onion)
  • 30gm ikan bilis*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 4 biji cili api hijau Thai*
  • 2 biji cili api merah Thai*
  • 2 sudu besar Sos Tiram
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil garam bukit himalaya pink halus

(adjust ikut kesesuaian rasa)

Cara buat Nasi Goreng Ayam Goreng Kunyit

  1. Tumis bahan bertanda * sampai garing.
  2. Masukkan sos tiram.
  3. Masukkan ayam goreng kunyit.
  4. Masukkan telur bagi separuh masak dulu then boleh masukkan nasi.
  5. Gaul rata api kena besar..

Sumber: Khairuzetti Zaini Collections dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Nasi goreng ayam ini boleh dinikmati tidak kira umur, jika anda suka pedas boleh letak sedikit cili padi.

Jom semak juga resepi nasi goreng seafood.

Selamat mencuba!

Leave a Comment