4 Resepi Ayam 3 Budak Gemok (Mudah Tapi Sedap)

Kalau anda nak tahu satu ketika dahulu resepi ayam 3 budak gemok pernah viral, nak datang beli mesti kena beratur panjang dek penangan viral. Resepi yang cukup simple ini cukup mengenyangkan, ayam kicap dan sambal gesek sahaja tapi cukup padu. Kali ini kami nak kongsikan resepi viral ini untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Ayam 3 Budak Gemok Mudah

Bahan-bahan

Bahagian A

  • Bawang merang
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lada hitam
  • Cili api

(Semua sekali ditumbuk)

Bahagian B

  • Tomato (potong dadu)
  • Garam
  • Kicap
  • Sos tiram
  • Daun kari

Cara buat Ayam 3 Budak Gemok Mudah

  1. goreng ayam macam biasa salut kunyit dan garam
  2. Masukkan Bahan A yang ditumbuk kedalam kuali hingga Naik bau
  3. Masukkan sos tiram,kicap manis,garam,daun karisos tomato Dan Gaul hingga kuah kering sedikit terus masukkan ayam,
  4. Gaul hingga sebati Dan dah boleh makan heheh

Sumber: Cahaya Puteri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Ayam 3 Budak Gemok

Bahan-bahan

Bahan tumbuk kasar

  • Bawang merah 2
  • Halia 2-3 inch
  • Bawang putih 8 ulas atau 1 labu pun boleh
  • Cili padi hijau 8-10 biji
  • Cili padi merah 4-6 biji
  • Cili hijau – 2 tangkai
  • Cili merah – 2 tangkai

Bahan blend

  • 8 tangkai cili merah

Bahan dihiris nipis

  • Bawang merah 2-3 biji
  • Tomato 2 biji

Bahan Sos

  • Kicap manis 4-5 sudu besar
  • Kicap pekat 3-4 sudu besar

Bahan lain

  • Daun kari
  • Tiga sekawan
  • Daun ketumbar

Cara buat Ayam 3 Budak Gemok

  1. Ayam digoreng debgan serbuk kunyit dan sedikit garam.
  2. Panaskan minyak, tumiskan tiga sekawan dan bawang yang dihiris sampai layu sikit.
  3. Selepas itu masukkan tomato dan daun kari, tumis sampai layu.
  4. Masukkan bahan tumbuk tadi dengan cili blend tadi.
  5. Tumis sampai pecah minyak.
  6. Masukkan bahan sos tadi.
  7. Tumiskan lagi dalam 10minit.
  8. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
  9. Masukkan ayam yang dah digoreng tadi.
  10. Gaul rata. Biarkan dalam api yang perlahan dalam 10-15 minit.
  11. Taburkan daun ketumbar dan gaul rata. Biarkan dalam 10 minit lagi.

Sumber: ர்.சார்மிளா ராமசாமி dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Ayam 3 Budak Gemok dan Sambal Gesek Mantul

Bahan-bahan

  • Ayam – dipotong kecil (kuantiti terpulang)
  • Bawang besar-1biji*
  • Bawang putih-4ulas*
  • Halia- besar ibu jari *
  • Cili padi hijau – 3,4 biji
  • Cili padi merah 2,3 Biji

Cara buat Ayam 3 Budak Gemok dan Sambal Gesek Mantul

  1. Tumbuk ke semua bahan bertanda* dalam lesung batu.
  2. Gaul ayam bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.
  3. Goreng ayam sehingga masak angkat dan toskan.
  4. Panaskan kuali.
  5. Guna 1 1/2 senduk lebihan minyak ayam tadi.
  6. Masukkan bahan yg telah ditumbuk.
  7. Masukkan 2 sudu sos tiram.
  8. Masukkan kicap manis agaknnak gelap macam mana terpulang.
  9. Masukkan 1 sudu secukup rasa maggi.
  10. Akhir sekali masuk 3 tangkai daun kari. Kacau sehingga masak dan tutup kan api.

Sumber: Nolly Lie dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Sambal Gesek Ayam 3 Budak Gemok

Bahan-bahan

  • Cili padi merah + hijau
  • Cabai burung
  • Bawang merah
  • Ikan bilis
  • Limau nipis / kasturi
  • Serbuk perasa / garam / gula

Cara buat Sambal Gesek Ayam 3 Budak Gemok

  1. Goreng semua bahan lepastu baru ikan bilis . Goreng layu saja.
  2. Dah layu, masuk dalam lesung batu tenyeh sampai hancur.
  3. Jangan hancur sangat perah asam limau / letak perasa. Siap

Sumber: Zara Zyad Bundle dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Rugi anda tak cuba resepi yang viral ini, mudah nak buat.

Jom semak juga resepi ayam masak padang masakan Indonesia ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment