4 Resepi Apom Lenggang (Dapat Tekstur Gebu & Rangup)

Kalau pergi pasar malam mesti anda pernah nampak apom lenggang kan? Ada yang suka tekstur lembut dan ada juga yang suka rangup. Apa kata anda buat sendiri sahaja puas hati. Jom kami nak kongsikan resepi ini.

Jom kita try!

1.Resepi Apam Lenggang

Bahan-bahan

  • 300g tepung beras
  • 400 ml santan
  • 1 sudu kecil yis kering
  • 100g gula
  • 1/2 cawan nasi sejuk
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan air

Santan

  • Santan kotak kera 250ml
  • Air 1/2 cawan
  • Gula 2 sudu
  • Garam secubit

Cara buat Apom Lenggang

  1. Kisar semua bahan kecuali garam hingga sebati.
  2. Tuang kedalam mangkuk dan masukkan secubit garam. Kacau sebati.
  3. Rehatkan selama 6 jam.
  4. Panaskan kuali non – stick dan masukkan 1 senduk besar ke dalamnya.
  5. Lenggangkan merata didalam kuali.
  6. Tutup kuali tersebut dan biarkan 2 hingga 3 minit.

Santan

  1. Gaul hingga sebati tuang atas apom dan boleh makan.

Sumber: Haseena Halim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Apom Lenggang Mudah

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 5-6 sudu besar gula(memang tak manis kalau nak manis letak 1/2 cawan gula)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 1/2 sudu kecil instant yis
  • 1 cawan air
  • 1 cawan santan

Cara buat Apom Lenggang Mudah

  1. Gaul semua bahan kecuali santan.
  2. Rehat kan adunan dalam 2-3 jam.
  3. Saya buat adunan malam saya letak dalam peti ais esok baru saya masak.
  4. Bila dah ready campurkan santan dalam adunan.
  5. Kacau rata.
  6. Masak atas pan.

Sumber: Mask Musa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Apom Lenggang Rangup

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung beras
  • 11gm yis / satu peket kecik
  • 5-7 sudu gula
  • Sedikit garam
  • 1 cawan air suam
  • 1 biji telur
  • 1 cawan santan

Cara buat Apom Lenggang Rangup

  1. Campur semua Dan biarkan selama 1/2-1 jam
  2. Kemudian, masukkan1 biji telur dan 1 cawan santan.
  3. Gaul sebati.
  4. Yang ni Saya guna kuali biasa. So kena sapu minyak dengan tisu. Api perlahan ya. Dah lenggang kena katup dengan tudung periuk.

Sumber: Hasliza Mothar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Apom Lenggang

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula
  • 1biji telur
  • 1cwan air
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan kelapa parut (optional)
  • 1st mauripan
  • Sedikit garam

Cara buat Apom Lenggang

  1. Masukkan semua bahan dalam blender kecuali kelapa parut.
  2. Blend semua dan tapis kedalam bekas dan tutup dan perap selama sejam.
  3. Kemudian buka dan kacau adunan dan masukkan kelapa parut kacau hingga sebati.
  4. Kemudian panaskan kuali sapu minyak masukkan adunan sesenduk kemudian lenggang lah dan tutup agak masak dan kekuningan.
  5. Boleh la angkat dan gulung dah siap dan selamat mencuba.

Sumber: Izz Hannah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Jangan lupa cuba resepi kuih yang mudah ini ya.

Jom semak juga resepi apam kuah Terengganu cukup sedap dimakan bersama kuah yang pekat.

Selamat mencuba!

Leave a Comment