4 Resepi Apam Polkadot (Comel dan Kecil)

Apam polkadot ini mempunyai rupa yang comel dan bersaiz kecil, memang menjadi kegemaran kanak-kanak. Selalu juga dijadikan sebagai hidangan potluck kerana bersaiz comel dan mudah nak makan. Jom baca resepi apam polkadot yang comel ini.

Jom kita try!

1. Resepi Apam Polkadot Mudah

Bahan-bahan

  • 3 biji telur (sejuk)
  • 1 stgh cawan gula halus
  • 2 stgh cwn tepung gandum (ayak bersama baking powder)
  • 3 sk baking powder
  • 1 sk ovelate
  • 150ml susu segar/susu cair

Cara buat Apam Polkadot Mudah

  1. Putar telur bersama gula hingga gebu, kemudian masukkan ovelate putar hingga gebu.
  2. Masukkan tepung dan susu. Putar hingga gebu lagi.
  3. Bahagikan beberapa bahagian masukkan warna kesukaan.
  4. Pipe separuh masukkan inti blueberry atau strawberry dan pipe penuh.
  5. Buat dot. Kukus api perlahan 10minit.

Sumber: Ainun Nazariah Abd Hamid dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Apam Polkadot Gebu

Bahan-bahan

  • 280 gram tepung gandum
  • 220 gram gula halus
  • 3 sudu kecil baking powder
  • 150 ml Air Cream Soda
  • 1 sudu makan ovelate
  • 3 biji telur gred A@B
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Filling blueberry/strawberry/kaya/choc
  • Pewarna yang digemari

Cara buat Apam Polkadot Gebu

  1. Pukul telur, ovelate & gula halus sampai kembang gebu putih, bahagian paling penting supaya apam naik cantik buncit nanti.
  2. Bila adunan kembang gebu baru masukkan tepung gandum & baking powder yang dah ayak selang-selikan dengan air cream soda pukul bagi sebati dan masukkan esen vanila kacau hingga sebati.
  3. Bahagikan adunan ikut warna yang kita suka. Dot buat satu warna (putih).
  4. Masukkan dalam piping bag. Saiz cup saya guna saiz cup biskut almond london saiz cup no 7.
  5. Paipkan adunan yang dah siap warna dalam cup separuh dan paipkan inti blueberry & tutup adunan atas sampai penuh, penuh ye bukan 3/4 atau separuh baru cantik naik apam nanti selepas itu titikkan dot guna adunan warna putih pula.
  6. Dah siap semua baru start kukus air kukusan dah mendidih baru letak apam penutup kukus kena balut dengan kain tak nak bagi air menitik jatuh atas apam api jangan terlalu besar sedang set time kukusan 10 minit dah masak angkat & sejukkan.

Sumber:: Nik Nur Azwana dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Apam Polkadot Bambam

Bahan-Bahan

  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan gula castor
  • 1 sudu teh ovallette
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 275g tepung selfraising
  • 200ml susu cair
  • 2 sudu teh minyak jagung/masak
  • Pewarna mengikut kegemaran
  • Filling secukupnya (strawberry/blueberry/choc/sekaya dll)

Cara buat Apam Polkadot Bambam

  1. Satukan telur, gula, ovallette dan esen vanilla putar dengan mixer hingga gebu dan ringan lebih kurang 10-15 minit tengok kelajuan mixer.
  2. Masukkan tepung berselang seli dengan susu cair sehingga habis mixer hingga sebati.
  3. Masukkan minyak dan gaul sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahgian dan titiskan warna kegemaran masukkan ke dalam plastik bag dan gunting hujung.
  5. Picit adunan hingga 1/2 bhgn papercup.
  6. Picitkan pula filling.
  7. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh papercup.
  8. Dot kan dengan warna yang berlainan.
  9. Kukus selama 10 minit dengan api sederhana.

Sumber: Jalilah JJ Homemade dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Apam Polkadot

Bahan-bahan

Bahan 1

  • 3bji Telur Gred A
  • 1cwn gula halus
  • 1cwn susu cair
  • 1sudu besar ovalette
  • 1sudu besar esen vanila

Bahan 2

  • 2cwn tepung gandum
  • 3sudu kecil baking powder

Cara buat Apam Polkadot

  1. Satukan semua bahan 1, mix dengan kelajuan paling tinggi sehingga bertandung.
  2. Satukan bahan 2, ayakkan.
  3. selepas siap mix bahan 1, masukkan tepung yg diayak tadi kacau menggunakan senduk sahaja sehingga rata.
  4. Bahagi kepada 2 dan letak warna.
  5. Panaskan periuk kukus, buka api sederhana kuat sehingga air menggelegak.
  6. Tepung tadi masukkan dalam piping bag untuk sekali paip sahaja setiap kali nak masukkan tepung dalam piping bag, pastikan tepung dikacau dulu untuk keluarkan angin dalam tepung.
  7. Paip separuh dalam cup boleh letak inti kemudian paip sampai penuh dan boleh letak dot.
  8. Air dah menggelegak boleh lah kukus apam. Kukus dalam 8-10minit.

TIPS :

  • Sekiranya lepas kukus nampak apam kita berlubang, cuba tambah sedikit tepung untuk yang seterusnya bagi tepung sedikit berat
  • Kalau tak nak bagi apam kita merekah dalam 5minit letak apam atas dapur, boleh buka tutup dia untuk buang asap panas
  • Dibalut kain, supaya air dari penutup tak jatuh dalam apam.

Sumber: Juraidah Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Comel sampai nak makan pun sayang kan apam polkadot ini. Jangan lupa cuba.

Jom semak juga resepi apam balik ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment