4 Resepi Pucuk Paku (Pelbagai Cara Boleh Buat)

Makan tengahari tak lengkap rasanya jika tak ada lauk sayur kan? Sayur banyak khasiat yang ada termasuk lah pucuk paku. Resepi kali ini kami nak bawakan resepi pucuk paku dengan pelbagai cara yang anda boleh cuba.

Jom kita try!

1. Resepi Pucuk Paku Masak Lemak Udang

Bahan-bahan

  • Cili api
  • Kunyit hidup
  • Udang
  • Pucuk paku
  • Santan
  • Air
  • Garam
  • Maggi cukup rasa

Cara buat Masak Lemak Pucuk Paku Udang

  1. Tumbuk cili api & kunyit hidup. Masukkan bahan ditumbuk tadi ke dalam periuk.
  2. Hidupkan api masukkan udang dan masukkan air & santan.
  3. Kacau lagi sampai menggelegak (kene kacau selalu jangan sampai pecah minyak) dan boleh masukkan pucuk paku.
  4. Perasakan garam & maggi cukup rasa. Kacau lebih kurang siap.

Sumber: Norfadilah Ibrahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Kerabu Perut Pucuk Paku

Bahan-bahan

  • Perut rebus sampai empuk
  • Pucuk paku celur
  • Taugeh celur

Bahan blander

  • 7 biji cili api
  • 2 biji cili besar
  • 4 batang Serai
  • 1 inci Lengkuas
  • 1 inci Halia
  • 3 biji bawang besar
  • Belacan
  • Kerisik
  • Sekotak santan 200ml
  • Garam
  • Perasa

Bahan penyedap

  • Beras goreng ditumbuk
  • Air limau

Cara buat Kerabu Perut Pucuk Paku

  1. Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati.

Sumber: Ctie Zubaidah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Tumis Pucuk Paku

Bahan-bahan

  • Pucuk paku basuh dan toskan
  • 15 ulas lada kecik *
  • 1 ulas bwg putih *
  • Seinci kunyit hidup *
  • 4-5 ulas bwg kecik *
  • Sejemput ikan bilis (basuh sekejap)*

Cara buat Tumis Pucuk Paku

  1. Tumbuk bahan bertanda *
  2. Kemudian tumis hingga kekuningan letak pucuk paku dan gaul rata.
  3. Letak air sikit untuk jadi kuah jangan letak banyak sangat air.
  4. Biar 5 minit letak garam aji, gaul rata lagi.

Sumber: Shyla Samad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Tumis Cencalok Pucuk Paku

Bahan-bahan

  • 1 ikat pucuk paku
  • 2 sudu besar cencalok
  • 1 sudu teh serbuk belacan
  • 9-11 biji cili padi ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1/2 biji bawang holand dimayang
  • 1 kiub pati ikan bilis maggi
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara buat Tumis Cencalok Pucuk Paku

  1. Basuh cuci pucuk paku dan toskan.
  2. Panaskan minyak masak.
  3. Tumiskan bawang putih dan bawang besar holand.
  4. Dah agak naik bau masukkan cili padi dan cencalok serta serbuk belacan
  5. . Goreng sampai garing api kecil ya.
  6. Akhir sekali masukkan pati ikan bilis dan pucuk paku tadi. Kacau sebati beberapa minit. Siapp!

Sumber: Zee Basir dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Menarikkan resepi yang kami kongsikan ini. Jangan lupa cuba ya.

Jom semak juga resepi sayur sawi ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment