4 Resepi Bahulu (Kuih Tradisional)

Bahulu merupakan salah satu kuih tradisional. Bila dah dibakar memang semerbak baunya. Jika dulu bahulu dibakar menggunakan kaedah lama iaitu sabut, tapi sekarang tak peru susah lagi anda boleh menggunakan oven sahaja. Kami kongsikan resepi bahulu dengan pelbagai cara dan jenis untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Bahulu Gulung

Bahan-bahan

  • 1cawan telur
  • 1cawan gula
  • 1cawan tepung gandum
  • 1camt baking powder

Cara buat Bahulu Gulung

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang dan pekat.
  2. Masukkan tepung dan baking powder tapi jangan gaul guna mixer.
  3. Cukup sekadar kaup dan balik guna senduk atau spatula.
  4. Masukkan dalam loyang yang dah di sapu majerin dan bakar dalam ketuhar ikut kepanasan yang sesuai.
  5. Ikut jenis ketuhar masing-masing dah masak angkat dan keluarkan dari loyang guna scaper letak diatas kertas A4.
  6. Sapu jem kegemaran anda dan gulung ketika masih panas.
  7. Jem nenas saya hanya guna jem nenas untuk tart tapi saya tambah 500ml air dan 1kg jem tart.
  8. Masak atas api sederhana hingga gula dan jem sebati dan mendidih.
  9. Tutup api dan biarkan sejuk baru guna.

Sumber: Siti Zahrah Bistamam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Bahulu Tradisional (Kayu Arang)

Bahan-bahan

  • Gula 1 kati
  • Telur 10 biji
  • Tepung gandum disangai atas dapur dan diayak.

Cara buat Bahulu Tradisional (Kayu Arang)

  1. Pukul telur dan gula sampai kembang putih.
  2. Hidupkan dapur arang. Masa nak bakar, ambil dalam 2 senduk adunan telur & gula.
  3. Campur dengan tepung sikit demi sikit. Kacau sebati.
  4. Pastikan adunan tak terlalu berat dan tak terlalu ringan.
  5. Kalau adunan terlalu berat, nanti bahulu akan jadi padat macam kek.
  6. Kalau terlalu ringan, bahulu akan jadi berlubang dan tak kembang cantik.

Sumber: Mrss Ella dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Bahulu Pandan

Bahan-bahan

  • Telur gred A 3biji
  • Tepung gandum 1cawan
  • Gula Stgh cawan
  • Overlate 1sudu besar

Cara buat Bahulu Pandan

  1. Mixer telur dan gula sampai putih.
  2. Selepas itu. masukkan overlate dan tepung.
  3. Masukkan perisa pandan dan sapu minyak.
  4. Taruh la bancuhan tadi. Api 150/160 10minit

Sumber: Izz Vrfor Qayyumqayyim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Bahulu

Bahan-bahan

  • 4 biji telur A (pukul manja)
    Masukkan
  • 1 cwn gula (pukul kembang)
  • 1 sdt esen ros @ sunquick oren (beat kembang setaman @ sehingga putih )
  • 1 3/4 cwn tepung gandum (sangai)

Cara buat Bahulu

  1. Diayak. Masukkan sedikit dalam adunan telur kacau hingga sebati menggunakan spatula.
  2. Bakar suhu 200’C selama 10-12 minit.
  3. Api atas bawah.
  4. Seperti biasa lanserkan acuan dengan minyak panaskan acuan terlebih dahulu lebih kurang 10 minit didalam oven.

Sumber: Love Linawati Latip dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Anda jangan lupa cuba ya kuih tradisional ini, paling nikmat makan waktu panas dan dicecah dengan kopi.

Jom lihat juga resepi kuih ketayap boleh buat sarapan pagi.

Selamat mencuba!

Leave a Comment