4 Resepi Pucuk Paku (Sayur Lauk Kampung)

Kalau nak tahu pucuk paku ini banyak khasiatnya. Selain penuh khasiat pucuk paku sedap dimasak dengan pelbagai cara. Kami nak kongsikan dengan anda resepi pucuk paku ini yang sedap dimakan bersama nasi putih. Lauk kampung memang tak pernah jemu kan?

Jom kita try!

1. Resepi Kerabu Pucuk Paku Tauge dan Kerang

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk kerang yang dah rebus dan kopek ambil isi
  • Seikat pucu paku (celur dan tos)
  • 2@3 genggam tauge (celur dan tos)
  • 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 4 sudu santan pekat
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 sudu air limau nipis
  • Garam secukupnya @pakai sos ikan

Bahan blender

  • 3 batang serai
  • ½ inci lengkuas
  • Cili api 5bji-8bji
  • Belacan

Cara buat Kerabu Pucuk Paku Tauge dan Kerang

  1. Mula tuang bahan blender dalam besen.
  2. Selepas itu masukkan kerisik, bawang besar, air limau nipis, santan, garam dan gula. Gaul bagi sebati nak tambah perasa  pun ikut suka.
  3. Dan masukkan isi kerang, pucuk paku dan tauge, dan gaul lagi.
  4. Tambah apa yang rasa tak cukup yang penting gabungan rasa pedas, masam, masin, manis, lemak santan dan kerisik serai, lengkuas bersatu dan berpauk dengan mesra.

Sumber: Nor Haida dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Masak Lemak Pucuk Paku Campur Udang

Bahan-bahan

  • Cili api
  • Kunyit hidup
  • Udang
  • Pucuk paku
  • Santan
  • Air
  • Garam
  • Megi cukup rasa

Cara buat Masak Lemak Pucuk Paku Campur Udang

  1. Tumbuk cili api dan kunyit hidup.
  2. Masukkan bahan di tumbuk tadi ke dalam periuk.
  3. Hidupkan api masukkan udang. Selepas itu masukkan air & santan.
  4. Kacau lagi sampai menggelegak (kena kacau selalu jangan sampai pecah minyak).
  5. Selepas itu boleh masukkan pucuk paku.
  6. Perasakan garam & megi cukup rasa. Kacau lebih kurang siap.

Sumber: Norfadilah Ibrahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Tumis Cencaluk Pucuk Paku

Bahan-bahan

  • 1 ikat pucuk paku
  • 2 sudu besar cencalok
  • 1 sudu teh serbuk belacan
  • 9-11 biji cili padi yang masak ranum di tumbuk
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1/2 biji bawang holand dimayang
  • 1 kiub pati ikan bilis maggi
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara buat Tumis Cencaluk Pucuk Paku

  1. Basuh cuci pucuk paku dan toskan.
  2. Panaskan minyak masak.
  3. Tumiskan bawang putih dan bawang besar holand.
  4. Dah agak naik bau masukkan cili padi dan cencalok serta serbuk belacan.
  5. Goreng sampai garing api kecil ya.
  6. Akhir sekali masukkan pati ikan bilis dan pucuk paku tadi. Kacau sebati beberapa minit. Siap!

Nota : Tak perlu tambah garam , sbb cencalok belacan dan pati bilis dah masin. Kalau nak tambah aji terpulang pada selera masing-masing. Sajikan dengan nasi panas-panas.

Sumber: Zee Basir dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Pucuk Paku Goreng Belacan

Bahan-bahan

  • Pucuk paku disiang
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Belacan
  • Cabai burung
  • Cabai besaq
  • Sikit minyak untuk menggoreng
  • Garam secukup rasa

Cara buat Pucuk Paku Goreng Belacan

  1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, cili besar, cabai burung dan belacan.
  2. Tumbuk kasar sahaja.
  3. Panaskan minyak, hiris sedikit cili besar dan bawang.
  4. Kemudian tumiskan bersama bahan ditumbuk hingga naik bau.
  5. Masukkan pucuk paku yang dah disiang tadi.
  6. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  7. Siap.

Sumber: Ukhtiey Khairunnisa’ dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Jadi anda dah ada idea untuk masak apa dengan sayur pucuk paku ini? Jangan lupa cuba ya!

Jom lihat juga resepi sayur kangkung, sayur kegemaran semua orang.

Selamat mencuba!

Leave a Comment