4 Resepi Nutella Pod (Makan Tak Cukup Satu)

Siapa sahaja yang tidak gemar dengan nutella, spread kacang hazelnut dan coklat ini menjadi pujaan buat kanak-kanak. Kali ini kami kongsikan resepi nutella pod yang crunchy dan penuh dengan isian nutella.

Jom kita try!

1. Resepi Nutella Pod

Bahan-bahan

Bahan A

  • 1/2 cwn marjerin
  • 3sb gula halus
  • 1sk esen vanila

Kacau sampai sebati

  • 1biji telur kuning

Masukkan dan kacau sebati

Bahan B

  • 1 1/2 cwn tpg gandum
  • 1/2 sk baking soda
  • 1/2 sk baking powder
  • 1 sb tpg beras (nak bagi rangup)

Ayak dan masuk kacau dalam adunan atas

  • 1sb Serbuk badam

Uli sebati

Cara buat Nutella Pod

  1. Bulatkan doh dan tekan tengah dia. Nak senang boleh masuk dalam acuan shell tart.
  2. Bakar suhu 160 30min.
  3. Dah siap pipe nutella dan hiaskan.

Sumber: Nor Hidayah Russlan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Nutella Pod (Azlina Ina)

Bahan-bahan

Bahan A

  • 250g butter@marjerin
  • 70g gula aising
  • esen vanila

Bahan B

  • 25g tepung susu
  • 190g tpng ģndum
  • 155g tpng jagung

Cara buat Nutella Pod (Resepi Asal Azlina Ina)

  1. Bahan A gaul sebati.
  2. Masuk dalam A dan gaul sebati smpai  tidak melekat pada tangan.
  3. Last sekali masuk choc rice 35g.
  4. Buat bulat kecil. Kemudian buat lubang tengah (guna belakang picagari kecil) nak cepat buat bulat besar dan pipe nutella dalam pod.
  5. Bakar suhu 170°C selama 30min.

Sumber: Ana Mohd dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Nutella Pod (Resepi Asal Blog Azlita Masam Manis)

Bahan-bahan

Bahan A

  • 380gm tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh baking powder
    (Satukan & ayak semua)
  • 50gm serbuk almond/hazel/walnut

Bahan B

  • 250gm mentega
  • 1 biji telur
  • 200gm gula halus
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Nutella secukupnya

Cara buat Nutella Pod (Resepi Asal Blog Azlita Masam Manis)

  1. Putar gula & mentega hingga lembut.
  2. Masukkan telur & vanila, putar lagi.
  3. Masukkan bahan A dan serbuk kacang dalam bahan B.
  4. Gaul sebati jangan gaul lama sangat nanti berminyak.
  5. Bentukkan bulat kecil, bakar dalam 10 minit, kemudian keluarkan sekejap untuk tekan bentuk bulat di tengah dia untuk letak nutella nanti dan bakar lagi 5 minit.
  6. Angkat bila dah keperangan dan piping nutella ke dlm lubang biskut.

Sumber: Aina Nordin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Nutella Pods Cocoa

Bahan-bahan

  • 380gm @ 3 cawan tepung gandum *
  • 1 st baking powder *
  • 1 st soda bica *
  • 6 sb serbuk badam *
  • 2 sb serbuk cocoa * (optional)

Ayak semua bahan *

  • 1 cawan butter
  • 3/4 cawan gula (letak 1/2 cwn sebab tak suka manis)
  • 1 biji telur (pakai saiz A)
  • 1 st esen vanila

Cara buat Nutella Pods Cocoa

  1. Putar butter & gula sampai gebu, masukkan esen vanila & telur. Putar lagi.
  2. Masukkan tepung yang dah diayak tadi & uli sampai menjadi doh yang lembut.
  3. Bulatkan doh menjadi kecil dan masukkan ke dalam paper cup yang diletakkan ke dalam acuan muffin.
  4. Bakar suhu 170°C selama 10-15 min.
    (Sy pakai api atas bawah. Masa bakar dann api depends pada jenis oven anda)
  5. Then, keluarkan dari oven, tekan dengan penekan kayu atau apa-apa untuk bentukkan lubang ditengahnya.
    (Buat masa biskut masih panas tau. Kalau sejuk nanti biskut retak can hancur)
  6. Bakar lagi sekali dalam 5 minit.
  7. Sejukkan dan paipkan nutella.

Sumber: Ekin Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Jangan lupa cuba resepi ini, pasti anak-anak anda suka. Nak lagi menarik boleh melakukan bersama-sama dengan anak anda untuk membuat biskut ini.

Jom lihat juga resepi nutella cheese tart yang seakan-akan sama dengan nutella pod.

Selamat mencuba!

Leave a Comment