4 Resepi Cendawan Butang (Sedap & Simple)

Cendawan mempunyai pelbagai jenis yang perlu anda tahu. Setiapnya mempunyai khasiat tersendiri. Kali ini kami ingin kongsikan resepi cendawan butang. Cendawan ini sedap jika dimasak sup dan dimakan pula dengan roti sesuai dengan menu sarapan pagi.

Jom kita try!

1. Resepi Homemade Fresh Mushroom Soup

Bahan-bahan

  • 2 cawan cendawan yang dah dicincang halus (guna cendawan butang fresh)
  • 2 biji bawang besar dicincang halus
  • 1 sudu besar butter
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 kiub ayam
  • 1 cawan air
  • 2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit lada hitam

Cara buat Homemade Fresh Mushroom Soup

  1. Panaskan periuk kecil atau souce pan, letak butter bersama minyak.
  2. Bila butter dah cair, masukkan bawang dan goreng kira-kira 5 minit kemudian masukkan cendawan dan gaul dan goreng sampai rata.
  3. Kemudian taburkan tepung gandum, kacau dengan pantas dan biarkan tepung masak sekejap.
  4. Kemudian masukkan air dan kacau sebati.
  5. Masukkan kiub ayam tapi sebelum itu, hancurkan dulu kiub ayam.
  6. Kacau rata kemudian masukkan susu mengikut kepekatan yang kita nak.
  7. Masukkan lada hitam dan kacau. Last sekali letak garam, sebelum itu kena rasa dulu tau sebab kiub ayam biasanya dah masin.
  8. Biarkan sup mendidih dengan api yang perlahan hingga sup betul masak.
    * kalau sup ini terlalu pekat tambahlah air atau susu ikut citarasa masing-masing.

Sumber: Surieya Dzakirah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Popia Cendawan Cheese

Bahan-bahan

  • Kulit popia / pau / roti
  • 1 tin cream cendawan
  • 1 tin cendawan butang
  • 1 biji bawang besar
  • Isi ayam
  • Sosej
  • Cheese

Cara buat Popia Cendawan Cheese

  1. Cendawan 1 tin (buang air dan basuh sikit) + isi ayam + sosej.
  2. Tumis bawang sampai naik bau.
  3. Masukkan cendawan, isi ayam dan sosej.
  4. Masukkan air sikit dan kacau sikit biar semua cukup masak.
  5. Masukkan cream cendawan. Kacau rata. Tak perlu letak garam.
  6. Agak dah sebati semua masukan sedikit cheese. Gaul rata tutup api.
  7. Keringkan sikit jangan cair. Kalau terlebih letak air bubuh teung gandum sikit bagi pekat.
  8. Cheddar potong ikut kesukaan. Parut halus pun boleh.
  9. Untuk lekatkan kulit hujung supaya tidak terbuka bancuh tepung gandum dan sedikit air.
  10. Goreng dan pastikan minyak betul-betul panas baru goreng. Jangan goreng lama, nanti bocor meletup.
  11. Golekkan sampai bertukar warna terus angkat.
  12. * Untuk tip popia masak sekata, goreng dalam periuk, bubuh minyak sampai tenggelam popia.

Sumber: Kienaah Hamzah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Pau Cendawan

Bahan-bahan

Doh pau 

  • Sekilo tepung gandum cap kunci
  • Setengah kilo tepung pau
  • 2paket mauripan (nak campur air boleh, lebur sekali pun boleh)
  • 3sudu sup gula
  • 2sudu sup susu pekat
  • Sesenduk lemak sayur
  • Air garam
  • Uli sampai jadi doh
  • Rehat kan 20min

Inti pau cendawan

  • 2batang lobak merah (sagat memanjang)
  • 1tin cendawan butang (hiris)
  • Dada ayam (potong dadu)
  • Kentang (sagat memanjang)
  • Serbuk lada hitam
  • Garam
  • Gula
  • Perasa
  • Chedar cheese
  • Tepung gandum 3sudu (untuk memekatkan inti)
  • Sebiji bawang holand (potong dadu)

Toping atas pau

  • Serbuk koko
  • Tepung beras
  • Air
    (larutkan)

Cara buat Pau Cendawan

  1. Tumis bawang.
  2. Masukkan semua bahan.
  3. Perasakan. Bila dah empuk.
  4. Sejukkan.

Toping atas pau

  1. Bila dah masak inti pau.
  2. Sapukan toping coco.
  3. Bila kembang, terbentuklah rekahan warna cendawan tu.
  4. Dah kembang naik pau, boleh kukus 7minit dan api perlahan.
  5. Penutup kukus, tutup dengan kain tau.

Sumber: Rohayati Rahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Ayam Cendawan Butang Masak Sos Tiram

Bahan-bahan

  • Cendawan butang
  • Ayam
  • Bawang merah (dihiris halus)
  • Bawang putih (dihiris halus)
  • Halia (dihiris halus)
  • Sos tiram (banyak)

Cara buat Ayam Cendawan Butang Masak Sos Tiram

  1. Tumis bahan hirisan dalam minyak yang panas.
  2. Dah kekuningan masuk sos tiram. Kacau kejap dan masukkan ayam.
  3. Kacau sebati masukkan cendawan. Kacau lagi then tambah air bagi paras bahan.
  4. Tutup periuk. Biar mendidih dan kuah semakin pekat. Dah siap.

Sumber: Roslaili Mohamad Nor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Banyakkan resepi yang boleh dibuat dengan cendawan butang ini. Cuma perlu kreatif.

Jom semak juga resepi kulat sisir ini.

Selamat mencuba!

 

Leave a Comment