4 Resepi Putu Mayam (Kuih Tradisional India)

Kalau anda nak tahu putu mayam ini merupakan kuih tradisional India dan mendapat tempat di hati semua bangsa. Rupa seakan-akan bihun, tapi putu mayam tekstur lebih halus dan ringan selalu dihidangkan bersama serbuk gula melaka. Kali ini kami bawakan resepi putu mayam untuk anda cuba.

Jom kita try!

1. Resepi Putu Mayam

Bahan-bahan

  • Tepung beras 4 cawan
  • Air panas

Cara buat Putu Mayam

  1. Tepung beras dikukus selama 10 minit.
  2. Bancuhkan dengan air panas mengelegak hingga lembut.
  3. Masukkan kedalam acuam maruku atau laksa dan tekan ke atas daun pisang.
  4. Kukus selama 3-5 minit sahaja.

Sumber: Azahari Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Putu Mayam dan Serawa

Bahan-bahan

Putu Mayam

  • Tepung beras
  • Garam sikit
  • Air panas

Serawa

  • Gula merah
  • Tepung gandum yang dah disangai sikit (untuk pekatkan kuah)
  • Garam sikit
  • Daun pandan

Cara buat Putu Mayam dan Serawa

Putu Mayam

  1. Kacau guna senduk. Dah sejuk sikit baru uli pakai tangan.

Serawa

  1. Masak sampai semua sebati & ikut kepekatan yang disukai.

Sumber: Rosaliza Aliah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Homemade Putu Mayam (Guna Bihun Faiza)

Bahan-bahan

  • Bihun faiza
  • Gula
  • Kelapa putih
  • Garam

Cara buat Homemade Putu Mayam (Guna Bihun Faiza).

 

  1. Masa dengan cara mengukus.
  2. Sebelum kukus celup dengan air atau rendam sekejap. Sekejap sahaja  sebab dia halus. Jangan lama-lama macam rendam bihun biasa nanti hancur.
  3. Gula. Saya gunakan gula perang CSR. Nak guna gula merah yang orang biasa guna untuk buat kuih pun boleh. Guna gula putih biasa pun boleh juga.
  4. Kelapa putih.Tambah sedikit garam supaya rasa lebih lemak.
  5. Siap!

Sumber: Adibah Anis Ishak dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Putu Mayam Hijau

Bahan-bahan

  • 2 cwn tpg beras
  • 2 cwn air panas
  • Garam
  • 1sdb mnyk msk
  • Pewarna (bagi yang suka)

Cara buat Putu Mayam Hijau

  1. Mula-mula kukuskan tepung beras bersama garam, kukus kering lebih kurang dalam 5 minit.
  2. Bila tepung tu dah panas.angkat dari pengukus cepat-cepat  bancuh dengan air panas yang dicampur dengan  minyak (kena panas tepung+air).
  3. Masukkan sikit-sikit dulu, takut terlebih lembik ,bancuh sampai jadi doh, doh agak lembik sikit ya kalau doh keras tambah air panas@boleh dipicit dalam acu.
  4. Pastikan doh tidak berketul, kalau tidak susah nanti nak picit.
  5. Panaskan pengukus, boleh mulakan proses membuat, pastikan air dah mengelegak baru kukus putu, lebih kurang2@3 minit saya lapik pakai daun pisang, sapu dengan sedikit minyak untuk tak nak bagi putu melekat.
  6. Boleh dimakan bersama kelapa parut dan gula perang, kelapa  kukus dulu dengan sedikit garam.

Sumber: Suria Wanie dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Putu Mayam boleh dimakan bersama kuah atau serbuk gula melaka, dua-dua pun sedap.

Jom semak juga resepi roti jala boleh buat minum petang.

Selamat mencuba!

 

Leave a Comment