4 Resepi Kuih Siput (Kudapan Rangup dan Berempah)

Jika anda mencari kudapan, apa kata anda cuba resepi kuih siput ini. Kuih siput ini selalu menjadi pilihan ramai, mana tidaknya tekstur rangup dan berempah menjadikanya satu tarikan. Bila dah makan kuih siput ini memang boleh ralit.

Jom kita try!

1. Resepi Kuih Siput Rangup

Bahan-bahan

  • 1 kg tpg gandum
  • 1 cwn marjerin
  • 1/2 cwn castor sugar (optional)
  • 3 sb serbuk kari ikan/ daging
  • 1 sk garam
  • 1 bj telur
  • 1 kotak kecil santan (200ml)
  • Sedikit air sejuk
  • Daun kari secukupnya

Cara buat Kuih Siput Rangup

  1. Satukan semua bahan dan uli hingga jafi doh yang lembut.
  2. Tambahkan air sedikit demi sedikit jika doh terlalu keras.
  3. Gentel doh bulat kecil sehingga habis & terap di atas acuan kuih siput.
  4. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan masukkan kuih siput tadi.
  5. Bila siput hampir nak masak, baru masukkan daun kari/

Sumber: Nor Azliza Mohamed dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Kuih Siput Lemak Manis

Bahan-bahan

  • 2 cwn tpg gandum
  • 2 1/2 sb gula castor
  • 1 sk garam halus
  • 3 sb marjerin
  • Air sejuk secukupnya

Cara buat Kuih Siput Lemak Manis

  1. Campurkan tepng gandum, gula, garam & marjerin, gaul sebati semuanya.
  2. Then campurkan air sejuk sedikit ke dalam campuran tadi.
  3. Bila doh dah sebati (tak keras, tak lembut & betul-betul  sesuai untuk diterap nanti) bolehlah gentel kecil dahulu sebelum diterap di atas papan penerap siput.
  4. Bila semuanya siap, panaskan minyak & goreng hingga keperangan.

Sumber: Nor Azliza Mohamed dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kuih Siput ( Mentega Lebih)

Bahan-bahan

  • 1kg tepung gandum
  • 3 sudu cili kisar (nak pedas tambah lagi)
  • 1 paket kecil rempah kari daging (nak letak pun boleh tak nak letak pun ok saja)
  • 2 biji telur
  • 1 cawan mentega cairkan
  • 1 cawan air (letak sekali dengan garam)
  • Garam secukupnya

Cara buat Kuih Siput (Mentega Lebih)

  1. Masukkan semua bahan-bahan diatas tepung gandum, cili kisar, rempah kari, telur, mentega yang sudah dicairkan dan air garam gaulkan sehingga menjadi doh.
  2. Bila doh dah sebati (tak keras, tak lembut dan betul-betul sesuai untuk diterap nanti), bolehlah gentel kecil-kecil dahulu sebelum diterap di atas papan penerap siput.
  3. Bila semuanya siap, panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.
  4. Selamat mencuba.

Sumber: Fatin Harnita dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Kuih Siput 4 Bahan

Bahan-bahan

  • Tepung gandum 1 kg
  • 4 sb majerin dicairkan terlebih dahulu
  • 2 cubit garam yang dilarutkan dengan air
  • Air secukup

Cara buat Kuih Siput 4 Bahan

  1. Masukkan marjerin yang telah dicairkan tadi ke dalam tepung gandum.
  2. Gaul rata sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  3. Kemudian masukkan air garam tadi gaul rata.
  4. Akhir sekali masuk kan air sikit uli sehingga menjadi doh yang lembut & tak melekat di tangan.
  5. Rehatkan sebentar dan selepas itu boleh lah di lenyek pada papan cetak dia.

Sumber: Aida Azmi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Jangan lupa cuba resepi kudapan ini. Buat banyak ya, buat sikit takut tak cukup!

Jom cuba resepi honey butter biscuit yang sesuai juga dijadikan kudapan.

Selamat mencuba!

 

Leave a Comment