4 Resepi Apam Kampung (Menu Minum Petang)

Nikmat kan dapat makan apam kampung dengan kopi untuk minum petang. Walaupun terdapat pelbagai jenis apam yang ada, tetapi apam kampung masih mempunyai peminatnya. Kami nak kongsikan resepi apam kampung untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Apam Kampung Gula Merah

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula merah / gula melaka
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 1/2 cawan air (untuk buat air gula)
  • 1/2 cawan air suam (untuk larutkan yis)
  • 1/2 paket yis kering
  • 1 sudu kecil gula (untuk yis)
  • Beberapa helai daun pandan (disimpul)
  • Kelapa parut + garam

Cara buat Apam Kampung Gula Merah

  1. Buat air gula (gula merah + gula pasir + air + daun pandan). Masak sampai kesemua gula larut. Tapis & sejukkan.
  2. Larutkan yis dalam 1/2 cawan air suam. Tambah 1camca kecil gula juga tutup & tunggu sampai yis berbuih (maksudnya yis dalam keadaan baik).
  3. Masukkan tepung gandum dalam 1 bekas besar. Campurkan air gula & yis tadi. Kacau menggunakan hand whisker supaya tepung tak berketul tak perlu blender.
  4. Perap 1- 3 jam.
  5. Panaskan kukusan. Tunggu air betul mendidih.
  6. Oles loyang dengan sedikit minyak. Tuang adunan dalam loyang, tunggu adunan naik balik & kemudian kukus 25-30minit dengan api besar.
  7. Kelapa parut dicampur dengan sedikit garam., kukuskan sekejap supaya kelapa tak cepat basi & garam boleh rata.
  8. Kuih dah masak boleh potong. Gaul dengan kelapa tadi.

NOTA TAMBAHAN

  • Terlebih gula merah akan buatkan kuih jadi PAHIT
  • Bergantung kepada jenis gula yang anda gunakan. Jika gula merah jenis timbang tu digunakan, dinasihatkan untuk kurangkan sedikit jumlah penggunaannya, & dilebihkan pula jumlah penggunaan gula pasir
  • Contohnya, 1/4 cawan gula merah, dan 3/4 cawan lagi gula pasir (amaun akhir gula adalah 1 cawan)

Sumber: Marlia Lia dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Apam Kampung

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air suam
  • 1 cawan gula
  • 1 peket yis
  • Secubit garam

Cara buat Apam Kampung

  1. Campurkan semua dalam satu bekas, kacau sebati.
  2. Perap adunan 1 jam dalam keadaan bertutup.
  3. Sapu acuan /loyang dengan minyak.
  4. Tuang adunan kedalam loyang. Tak perlu kacau.
  5. Didihkan air kukusan terlebih dahulu. Kukus 30 min atau sehingga adunan masak.
  6. Kelapa gaul dgn garam dan kukus sebentar elak basi.

Sumber: Habibah Husin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Apam Kampung Mudah

Bahan-bahan

  • 1cup gula merah
  • 2cup air panas
  • 3cup tepung gandum
  • 11 gram serbuk yis

Cara buat Apam Kampung Mudah

  1. Mix 2 bahan ni (bagi gula cair).
  2. Bila air gula tadi dah suam kuku masukkan 3cup tepung gandum (ayak kedalam air gula tadi).
  3. Bila adunan dah rata dan tiada berketul..masukkan 11gram serbuk yis.
  4. Mix semua sampai rata biarkan dalam 1jam.
  5. Loyang sapu minyak..kukus 30minit dan siap.

Sumber: Nona Sakura dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Apam Kampung

Bahan-bahan

  • 3 cwn tepung gndum
  • 1 cwn gula merah
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 1 paket mauripan
  • 2 cwn air suam

Cara buat Apam Kampung

  • Campur semua bahan dan gaul sebati.
  • Kemudian perap selama 1 jam dan kukus 30 minit.

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi ini memberi sedikit idea untuk anda.

Jom semak juga resepi apam nasi ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment