4 Resepi Peria (Pahit Tapi Sedap)

Sebut sahaja peria pasti ada yang mencebik bibir kerana rasanya yang pahit. Tapi jika anda kreatif peria ini tidak lah berasa pahit bila dah masak nanti. Memang sedap bila ditumis dengan bahan lain. Jom kami nak kongsikan resepi peria untuk anda cuba.

Jom kita try!

1. Resepi Peria Goreng Pecah Telur Campur Udang

Bahan-bahan

  • Peria katak 1kg potong nipis rendam air garam ramas basuh 2/3 kali tos
  • 200gram udang buang kulit
  • 3 biji telur
  • 1sudu besar cili blend
  • Bahan blend kasar atau tumbuk
  • 1biji bawang merah besar
  • 4ulas bawang putih

Cara buat Peria Goreng Pecah Telur Campur Udang

  1. Panaskan minyak dalam kuali masuk bahan yang ditumbuk tadi.
  2. Kacau rata hingga naik bau masuk cili blend kacau lagi hingga pecah minyak masuk telur tunggu sekejap baru kacau.
  3. Kemudian masuk udang kacau kaup balik masuk garam gula serbuk perasa dan peria kacau rata peria dah layu sikit tutup api siap.
  4. Sedap dimakan dengan nasi panas.

Sumber: Azizah Daud dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Peria Goreng Crunchy

Bahan-bahan

  • Peria – slice nipis
  • Tepung bestari pedas
  • Tepung jagung
  • Air kapur
  • Minyak untuk menggoreng

Cara buat Peria Goreng Crunchy

  1. Campurkan semua bahan di atas.
  2. Goreng dalam minyak yang panas.

Sumber: Sharifah Shafie dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Peria Tumis Bersantan

Bahan-bahan

  • Peria
  • Udang
  • Bawang besar
  • Cili pes
  • Santan
  • Garam/gula
  • Telur

Cara buat Peria Tumis Bersantan

  1. Potong peria hiris rendam sekejap dengan garam dalam 10 minit, basuh & toskan.
  2. Udang dibersihkan.
  3. Bawang ros/besar hiris nipis untuk tumis.
  4. Tumis bawang, dah garing bubuh cili mesin.
  5. Dah naik minyak masukkan pati santan 3 sudu.
  6. Apabila dah naik minyak lagi masukkan peria dan baki santan.
  7. Kacau sampai menggelegak dan peria dah setengan masak masukkan udang.
  8. Perasakan dengan gula & garam secukup rasa.
  9. Kacau lagi, masukkan telur, tunggu sekejap telur masak & tutup api. Angkat dan hidang.

Sumber: Mas Ryana dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Peria Berlada Pecah Telur

Bahan-bahan

  • Bawang merah
  • Sedikit bwg putih
  • Cili besar merah
  • Cili padi ikut suke kepedasan
  • Sedikit belacan jika suka

Semua diblend kasar atau tumbuk kasar

Cara buat Peria Berlada Pecah Telur

  1. Boleh jugak letak sedikit bilis jika suka.
  2. Tumis semua bahan sekejap
  3. Masukkan gula melaka atau gula pasir sedikit.
  4. Kiub bilis dan sedikit garam atau cukup rasa.
  5. Tumis sampai pecah minyak dan masukkan udang tumis sampai separuh masak dan boleh masukkan sayur peria.
  6. Dan pecah telur 2 biji.
  7. Kacau sampai sayur masak.
  8. Jangan lama sangat nanti lembik tak sedap.

Sumber: Laurent Latif dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi kali ini memberi sedikit idea untuk anda.

Jom semak juga resepi kobis ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment