4 Resepi Ayam Stim (Mudah Nak Buat)

Kalau anda seorang yang sibuk dan mencari resepi mudah dan cepat nak masak, anda patut baca resepi ayam stim yang kami kongsikan ini. Tak perlu guna banyak bahan pun rasa memang sedap dan mudah. Ada banyak versi resepi ini. Baca sampai habis ya.

Jom kita try!

1. Resepi Ayam Stim Halia

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Halia (racik)
  • Jeruk bawang putih (bawang putih mentah pun boleh)
  • Lada hitam ditumbuk atau cincang
  • Sos tiram
  • Garam
  • Serbuk perasa

Cara nak buat Ayam Stim Halia

  1. Gaul ayam dengan garam, sos tiram dan perasa.
  2. Tabur halia pada loyang.
  3. Susun ayam selapis tabur lagi halia susun ayam lagi dan selit bawang putih.
  4. Nak perah limau nipis pun boleh (optional).
  5. Steam selama 20 minit.

Sumber: Siti Hamid dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Ayam Masak Stim Simple

Bahan-bahan

  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • Seulas halia
  • 3 tangkai cilipadi
  • 1 batang serai
  • Beberapa hirisan lobak merah
  • 2 sb sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit potongan lemon

Cara nak buat Ayam Masak Stim Simple

  1. Panaskan air dalam pengukus.
  2. Masukkan ayam yang sudah dibersihkan dan dipotong sedehana besar kedalam periuk.
  3. Hiris kasar bawang besar,bawang putih, halia dan cili padi lalu dimasukkan kedalam periuk ayam.
  4. Masukkan juga hirisan lobak merah dan serai yang sudah diketuk.Tuangkan sos tiram dan garam secara merata lalu letak periuk ke dalam pengukus.
  5. Kukus selama 30minit sehingga ayam jadi berkuah. Letakkan ayam dan kuah kedalam mangkuk lalu diperahkan sedikit lemon.

Sumber: Resepi Santai Allyna’s Kitchen

3. Resepi Ayam Stim Sos Tiram Simple

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam (cuci bersih)
  • 1 inci halia (ketuk)
  • 3 sb sos tiram *
  • 2 sb kicap manis *
  • 2 sb kicap cair/masin *
  • 1 sb olive oil *
  • 2 titik minyak bijan
  • 1 sb gula perang/madu *
  • 1 sb jus lemon *
  • 1/2 inci halia (tumbuk) *
  • 5 ulas bwg putih (tumbuk) *
  • Garam/gula
  • Air sejuk/ais

Cara nak buat Ayam Stim Sos Tiram Simple

  1. Rebus ayam dengan air bersama halia yang diketuk, separa masak selama 15 minit. Tutup api, angkat ayam dan rendam dalam air sejuk lebih kurang 5 -8 minit. Tujuan rendam adalah untuk hentikan proses masak ayam dan buat isi ayam lagi lembut. Kemudian toskan.
  2. Tumbuk halia dan bwg putih, kemudian gaul sekali dengan semua bahan bertanda * dengan ayam tadi. Perap ayam dalam 1- 2 jam dalam peti ais.
  3. Selepas itu, bungkus dengan aluminum foil, boleh kukus guna oven atau periuk pengukus sampai masak. Saya guna oven, api atas bawah, suhu 200 c, 30 minit.
  4. Bila dah masak, boleh makan panas dengan hirisan daun sup/bwg bersama kuah ayam tadi.

Sumber: Rarra Sakura dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Ayam Stim Lemon Bermadu

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Bwg besar holland
  • Halia sikit
  • Bwg putih (kukus dengan nasik bagi lembut)
  • 1 sd cili kering
  • 1 sd lada sulah
  • 1 sd kicap tamin
  • 1sd gula merah organik (biasa pun boleh)
  • 1 sd myk bijan
  • 2 sd(b) taucu tamin
  • 1sd(b)madu
  • 1,2 sd perahan jus lemon
  • Kiub ayam atau sebarang perasa
  • Daun bawang
  • Garam pink (garam bukit) guna bila perlu

Cara nak buat Ayam Stim Lemon Bermadu

  1. Ayam basuh bersih potong kecil.
  2. Bawang holland potong dadu, halia tumbuk, bawang putih picit dari kulitnya (sebab dah gebu masak waktu nasi mendidih tadi).
  3. Campurkan kesemua bahan dalam ayam tadi gaul kukus hingga masak.
  4. Dah msk ayam tadi bolehlah ditabur dengan daun bawang.

Sumber: Norisyam Binti Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Jangan lupa cuba resepi yang cukup mudah dan berkhasiat ini, jika anda sedang berdiet resepi ini sesuai untuk anda buat.

Jom semak juga resepi ayam (Aneka Masakan Simple & Sedap). Boleh dijadikan sebagai rujukan kelak.

Selamat mencuba!

Leave a Comment