4 Resepi Cendawan Enoki (Sedap & Mudah Nak Buat)

Cendawan enoki yang berasal dari Jepun ini mempunyai banyak khasiat. Cendawan ini berbentuk kurus dan panjang memang sedap di makan bersama kuah tomyam. Kami himpunkan koleksi resepi cendawan enoki ini.

Jom kita try!

1. Resepi Cucur Cendawan Enoki

Bahan-bahan

  • 3 paket cendawan enoki dibasuh dan ditoskan

Bancuhan tepung

  • 1½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung bestari
  • 1½ cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 sk serbuk kunyit
  • daun kari (dimayang)
  • daun bawang (dimayang)
  • garam

Cara buat Cucur Cendawan Enoki

  1. Datukan kesemua bahan bancuhan tepung kacau rata.
  2. Panaskan minyak celup enoki dan goreng dengan api yan sederhana besar.
  3. ** yang ini macam cucur udang biasa ya….kalau suka lebih rangup kena tambahkan tepung beras atau tepung jagung pada bancuhan.

Sumber: Zainoor Aliza Ali dari  Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Cendawan Enoki Salted Egg Rangup

Bahan-bahan

  • 3 bungkus Cendawan Enoki
  • 2 biji telur ayam
  • Tepung goreng serbaguna seri aji
  • Cili padi
  • Daun kari
  • 3 biji Telur masin (rebus, ambil kuning telur sahaja dan hancurkan)
  • Butter
  • 5 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Maggi cukup Rasa
  • Gula
  • Minyak untuk menggoreng

Cara buat Cendawan Enoki Salted Egg Rangup

  1.  Pukul telur di dalam mangkuk.
  2. Celup cendawan ke dalam telur yang telah dipukul sehingga rata.
  3. Salutkan cendawan enoki dengan tepung goreng serbaguna seri aji.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan cendawan tadi.
  5. Apabila kekekuningan dan rangup, angkat cendawan goreng.

Penyediaan salted egg

  1. Panaskan butter secukupnya.
  2. Tumis bawang putih.
  3. Masukkan daun kari, cili padi, kacau sebati.
  4. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
  5. Perasakan dgn Maggi cukup Rasa dan gula secukupnya.
  6. Masukkan cendawan enoki tadi, gaul sebati. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Nur Masri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Anju Enoki Butter

Bahan-bahan

  • Cendawan enoki
  • Mentega
  • Bawang putih (didadu)
  • Kiub pati ayam/Serbuk pati ayam/Stok ayam/Mushroom seasoning (boleh guna mana)
  • Sedikit air
  • Chilli flakes
  • Perahan lemon

Cara buat Anju Enoki Butter

  1. Tumis bawang putih dengan butter, masukkan enoki. Letakkan sedikit air, kiub pati ayam sikit & chilli flakes.
  2. Chilli flakes nak letak last pun ok, boleh taburkan atas hidangan.
  3. Perahan lemon boleh letak masa memasak atau perah atas hidangan masa nak makan.

Tips penting
* Masa nak tutup api tu, letak potongan butter lagi. Kemudian boleh terus hidang. Selamat mencuba!

Sumber: Shariffah Syafinar Syed Zainal dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Popia Enoki

Bahan-bahan

  • Cendawan enoki
  • Kulit popia size kecil
  • Tepung gandum
  • Tepung bestari

Cara buat Popia Enoki

  1. Bancuh satu sudu kecil tenpung gandum dengan air untuk dijadikan gam.
  2. Ambil kulit popia bentangkan.
  3. Ambil cendawan enoki yang telah dibersihkan susun bahagian bucu kulit popia.
  4. Lipat dan selimut cendawan enoki kemudian gam pakai bancuhan tepung gandum tadi.
  5. Setelah siap lipat, salut dalam tepung bestari dan goreng dalam minyak panas.
  6. Toskan minyak dan siap untuk dihidang.

Tips* Semasa menggoreng api kena sederhana besar dan minyak kena betul2 panas. Ambil masa juga untuk goreng sebab kalau goreng sekejap cendawan akan jadi liat tak rangup. Texture yang betul adalah rangup semua bahagian.

Sumber: Nurul Nadhiya dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi ini dapat memberi sedikit idea untuk anda.

Jom semak juga resepi murtabak mini popia.

Selamat mencuba!

Leave a Comment