4 Resepi Ikan Bawal Masak Kicap (Sedap & Pelbagai Cara)

Jika sebelum ini kami ada kongsikan resepi ikan bawal masak sos, sweet sour dan kari. Kali ini kami nak kongsikan resepi ikan bawal masak kicap. Resepi ini bukan semata-mata masak kicap malah ada pelbagai cara lain yang boleh diolah dengan kicap.

Jom kita try!

1. Resepi Ikan Bawal Steam Chinese Style

Bahan-bahan

  • Ikan Bawal dibasuh bersih
  • Halia potong batang mancis
  • Batang Daun Bawang
  • Cili Padi
  • Bawang Putih

Bahan Sos

  • Kicap Cair 2 sudu besar
  • Sos Tiram 1 sudu besar
  • Minyak Bijan 1 sudu besar
  • Gula ½ sudu

Bahan Goreng

  • Bawang putih digoreng hingga keemasan tutup api letak bahagian batang daun bawang yang dimayang kemudian curah diatas ikan

Cara buat Ikan Bawal Steam Chinese Style

  1. Kukus ikan bersama halia dalam 5 minit.
  2. Letak bahan sos + bahan goreng dan siap.

Sumber: Raja Azreen dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Ikan Bawal Masak Kicap Pedas

Bahan-bahan

  • Ikan Bawal Emas di bersihkan dan di goreng setengah masak
  • Bawang besar (di hiris)
  • Cili besar hijau /merah(di potong dadu)
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Kicap masin
  • Kicap manis
  • Kulit kayu manis

Bahan Kisar

  • Bawang besar
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Cili kering

Cara buat Ikan Bawal Masak Kicap Pedas

  1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis dan bahan kisar hingga wangi.
  2. kemudian masukkan cili kisar tumis lagi hingga garing dan cili masak.
  3. Masukkan semua jenis sos. Sos tomato, sos tiram, kicap manis dan kicap masin.
  4. Kacau sebati.
  5. Kalau nak berkuah letak sedikit air.
  6. Setelah mendidih masukkan cili merah/hijau dan bawang besar hiris tadi.
  7. Akhir sekali masukkan ikan goreng tadi kacau sekejap dah secukup rasa boleh tutup api.

Sumber: Ida Akmal Idameor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Ikan Bawal Hitam Masak Kicap

Bahan-bahan

  • 2 ekor ikan bawal
  • 1 Bawang merah besar
  • 2 batang kayu manis Sri Lanka Cinnamon Legend Malaysia
  • Cili merah untuk hiasan
  • Kicap manis

Cara buat Ikan Bawal Hitam Masak Kicap

  1. Selepas siang & bersihkan ikan dengan air asam jawa, lumurkan ikan dengan kunyit dan garam.
  2. Goreng toskan minyak lebihan.
  3. Ambil minyak lebihan tadi dan tumis bahan-bahan tadi.
  4. Masukkan kicap & air.
  5. Garam & gula secukup rasa.
  6. Masukkan ikan.

Sumber: Riyadhi Ramlan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Bawal Emas Steam Kicap

Bahan-bahan

Bahan dihiris

  • Bawang besar 1bj
  • Bawang putih 3 ulas
  • Halia secukupnya
  • Cili api
  • Cuci ikan bersih

Bahan kuah

  • Tumis bawang putih dan bawang merah sampai garing dan wangi
  • Masuk 3 sudu kicap manis/atau lebih
  • Sekeping asam keping
  • Cili api

Cara buat Bawal Emas Steam Kicap

  1. Tabur garam dan lada sulah, kemudian tabur semua bahan yang dihiris diatas ikan.
  2. Masuk jugak bahan hiris dalam perut ikan.
  3. Kukus dengan api besar selama 15 minit.

Bahan kuah

  1. Tambah secawan air, perasakan masin masam dan manisnya.
  2. Biarkan merenih 5 minit.
  3. Bila dah siap, tuang kuah ke atas ikan.
  4. Siap.

Sumber: Murni Rahmat dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Jangan lupa resepi ikan bawal masak kicap yang mudah ini, boleh dijadikan sebagai menu makan tengahari.

Jom semak juga resepi ikan jenahak yang kami sediakan ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment