3 Resepi Florentine (Tiada Oven, Guna Air Fryer Pun Boleh)

Biskut Florentine ini memang agak mahal harganya jika dijual. Bahan-bahan biskut ini yang membuatkannya mahal kerana kualitinya. Kami kongsikan beberapa resepi Florentine untuk anda buat sendiri di rumah. Lebih jimat!

1. Resepi Florentine Tak Berapa Manis

Bahan-bahan florentine

  • 500g tepung florentine
  • 500g badam hiris
  • 300g biji labu + kuaci
  • 100g bijan hitam + putih

Cara buat florentine

  1. Bakar semua kekacang pada suhu 160°c selama 10 minit.
  2. Campur semua bahan dan gaul rata.
  3. Ambil 1 sb bahan-bahan dan masuk ke dalam paper cup.
  4. Bakar pada suhu 200°c selama 10 minit api atas bawah.

Nota: Sukatan ini akan menghasilkan 150-160 keping florentine.

Sumber: Hidayah Sobri dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Florentine Guna Air Fryer

Bahan-bahan florentine

  • 250g tepung florentine
  • 200g badam hiris
  • 250g biji labu
  • 250g biji matahari
  • 50g bijan hitam

Cara buat florentine

  1. Panggang semua kekacang kecuali bijan hitam sehingga keperangan atau lebih kurang 5-10 min dengan suhu 180°c. Angkat dan sejukkan.
  2. Masukkan tepung dan gaulkan bersama kekacang yang sudah dipanggang dan disejukkan tadi, gaul rata.
  3. Letak dalam 1 sudu besar @ 10g untuk setiap paper cup. Susun dalam tray kemudian tabur secubit bijan hitam.
  4. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170°c dalam 10 minit atau sehingga keperangan, bergantung pada oven masing-masing.
  5. Jika tiada oven boleh gunakan air fryer. Bakar pada suhu 160°c selama 10 minit.
  6. Sesudah masak boleh keluarkan dan sejukkan. Kemudian keluarkan biskut dari papercup.

Sumber: Faz Liyana dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Florentine Mudah Sangat

Bahan-bahan florentine

  • 500g tepung florentine
  • 500g hirisan badan
  • 200g biji bunga matahari
  • 200g biji labu
  • 20g bijan hitam
  • 20g bijan putih (optional)
  • Papercup 5cm

Cara buat florentine

  1. Bakar kekacang pada suhu 160°c dalam tempoh 5 minit dan sejukkan.
  2. Campurkan semua kekacang di dalam bekas.
  3. Masukkan tepung dan gaul sebati.
  4. Sudukan 1 sudu kecil bahan ke dalam paper cup.
  5. Bakar pada suhu 160°c selama 10 minit.
  6. Sejukkan biskut dan boleh keluarkan dari paper cup.

Nota: Paper cup boleh diulang pakai untuk membakar adunan tadi.

Sumber: Azira Ibrahim dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Mudah sahaja rupanya buat selepas tengok resepi florentine ini. Boleh buat sebagai snek yang sihat juga.

Jika anda teringin buat Vietnam Roll, silakan baca Resepi Vietnam Roll yang kami kongsikan ini.

Leave a Comment