4 Resepi Pekasam Daging (Buat Homemade Lagi Jimat)

Selalu kita dengar ikan pekasam, kali ini kami ingin kongsikan resepi pekasam daging untuk anda. Nak beli pekasam daging boleh dikatakan agak maal juga, apa kata anda buat sendiri resepi pekasam daging ini.

Jom kita try!

1. Resepi Pekasam Daging

Bahan-bahan

  • Daging
  • Garam kasar/halus
  • Beras yang telah digoreng tanpa minyak
  • Sedikit gula merah, asam jawa dan asam keping
  • Daging pekasam
  • Bawang besar
  • Lada merah
  • Cili padi
  • Limau kasturi/nipis
  • Sedikit minyak untuk mengoreng

Cara buat Pekasam Daging

  1. Potong daging sebesar tapak tangan. Bersihkan daging & toskan air, perah air daging sampai betul-betul kering.
  2. Lumurkan daging dengan garam biar lebih sikit tak apa, masukan daging di dalam bekas yang boleh ditutup dan simpan dalam peti sejuk (bukan bahagian beku ). Biarkan sampai esok.
  3. Kisar beras yang digoreng tanpa minyak sehingga halus. Keluarkan daging dari bekas, selepas tu basuh daging dan toskan. Taburkan sedikit gula dan dan air asam jawa.
  4. Kemudian lumurkan separuh beras kisar pada daging tu. Sediakan bekas untuk peram daging selapis daging, taburan beras, garam dan asam keping, buat bersilih ganti sehingga selesai kesemuanya
  5. Tutup ketat-ketat bekas yang digunakan dan simpan dalam peti sejuk bahagian sejuk. Selepas seminggu bolehlah dimasak.
  6. Masukan dalam peti ais untuk tahan lebih lama (jangan simpan di tempat yang beku).
  7. Potong daging pekasam nipis-nipis. Tak perlu basuh daging ni. Goreng dengan sedikit minyak.
  8. Bila daging dah masak, masukkan bawang besar, lada dan cili padi yang dipotong.
  9. Gaul sampai bawang dan lada layu masak. Angkat, perahkan asam limau.

Sumber: Aizah Zarirah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Lauk Pekasam Daging

Bahan-bahan

  • Daging pekasa
  • Beras goreng
  • Halia
  • Serbuk kunyir
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Kicap manis
  • Bawang
  • Cili merah

Cara buat Lauk Pekasam Daging

  1. Daging (perap garam semalaman) + beras goreng.
  2. Rebus daging, buang air sekali. Rebus lagi, letak halia, tambah serbuk kunyit, sos tiram, sos cili, kicap manis.
  3. Letak sikit garam, biar mendidih sampai air daging tu sikit, letak minyak dua sudu makan.
  4. Dah hampir kering, masukkan bawang + cili merah. Siap!

Sumber: Afira Watie dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kailan Pekasam Daging

Bahan-bahan

  • 100gm pekasam daging
  • 2 genggam kailan.
  • 2 biji bawang merah dipotong
  • 2 ulas bawang putih dipotong
  • 2 biji cili padi diketuk
  • 1 biji cili merah dipotong
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos ikan

Cara buat Kailan Pekasam Daging

  1. Tumis daging pekasam dah agak masak tumis letak bahan potong & perasa lain.
  2. Beras satu cawan goreng sangai tanpa minyak sampai bertukar perang. Blender kering, jangan halus sangat. Hancur sikit.
  3. Daging tadi digaul dengan garam satu senduk, gula setengah senduk. Letak asam keping atau air perahan limau dan  gaul lagi dengan beras yang diblend tadi.
  4. Perap dalam bekas, letak luar peti ais.
  5. Dalam seminggu dah boleh goreng bersama petai lada dan bawang.

Sumber: Shai Anne Ahemed dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Masak Pekasam Daging

Bahan-bahan

  • 1 pek daging pekasam
  •  2 ulas bawang besar
  • 1 biji cili besar @ 3 biji cili api
  •  2 senduk minyak masak

Cara buat Masak Pekasam Daging

  1. Asingkan daging dengan serbuk pekasam.
  2. Daging tak perlu dibasuh.
  3. Hiriskan daging nipis.
  4. Panaskan minyak dengan api yang sederhana.
  5. Masukkan daging apabila minyak telah panas.
  6. Kacau daging hingga separuh garing.
  7. Masukkan serbuk pekasam dan gaul bersama daging.
  8. Serbuk Pekasam tak perlu digoreng garing.
  9. Masukkan bawang dan cili yg telah dihiris.
  10. Gaulkan sekejap.
  11. Tutup api boleh dihidangkan.

Sumber: Nurliyana Shukri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Pekasam daging ini sedap dimakan bersama nasi putih, ini pun dah cukup menyelerakan.

Jom semak juga resepi daging kijang eksotik tapi sedap.

Selamat mencuba!

Leave a Comment