4 Resepi Kerabu Maggi (Rasa Macam Kedai Thailand)

Sebut sahaja kerabu maggi pasti terbayangkan rasa masam, masin dan pedas kan. Tambah pula dengan seafood yang banyak pasti puas hati. Belum makan lagi pasti kecur air liur anda. Jangan risau kami nak kongsikan resepi kerabu maggi untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Kerabu Maggi Thai

Bahan-bahan

  • Maggi thai (rebus dan toskan)
  • Seafood (udang dan sotong) (rebus dan toskan) (simpan sedikit air rebusan gaul dgn maggi)
  • Jejari ketam
  • Daun ketumbar (potong)
  • Daun bawang (potong)
  • Cili padi (potong)
  • Sedikit gula (jika perlu)
  • Sos ikan (2 sudu besar)
  • Bawang besar( mayang)
  • Tomato (potong dadu)
  • Limau nipis

Cara buat Kerabu Maggi Thai

  1. Gaul semua bahan serta rempahnya dan rasa.
  2. Kalau dah sedap tak perlu tambah apa-apa lagi.

Sumber: Nor Khomariah Norrohman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kerabu Maggi

Bahan-bahan

  • Maggi Serda 3 bungkus
  • Udang / sotong / isi ketam – dicelur
  • Bawang besar 2biji – dihiris nipis
  • Daun ketumbar 3tangkai-dihiris
  • Tomato 2 bj
  • Limau nipis -2biji diperah ambil airnya
  • Cili merah/cili padi dihiris -ikut suka nak pedas letak lebih
  • Sos ikan/sos sotong – 2 sudu besar
  • Lobak merah parut/potong panjang
  • Cendawan jelly – direndam dan dicelur sekejap
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara buat Kerabu Maggi

  1. Celurkan maggi hingga lembut.
  2. Celurkan udang /sotong/isi ketam sekejap.
  3. Cendawan jelly direndam kemudian celur sekejap saja.
  4. Dah boleh gaulkan maggi bersama semua bahan celur tadi beserta bahan hirisan.
  5. Serbuk maggi tadi jangan dibuang ya dijadikan bahan perasa beserta dgn sos ikan/sotong.
  6. Masukkan air limau nipis sedikit garam dan gula.
  7. Gaul sebati semua dah siap.
  8. Selamat mencuba.

Sumber: Nora Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kerabu Maggi (Tanpa Maggi Siam)

Bahan-bahan

  • 2 pkt maggi(perisa kari dan asam laksa)
    *celur jangan lembik sangat
  • 2 ekor sotong (potong bulat dan celur)
  • 2 btng kacang panjang-potong pendek
  • 2 biji bwng besar-belah dua dan hiris
  • 3 tangkai cili padi-hiris
  • 2 sudu daun bwng hiris
  • 1 biji tomato-belah 2 dan hiris
  • 1 sudu cuka
  • 1 biji limau nipis-ambil airnya
  • Sedikit gula unuk seimbangkan rasa

Cara buat Kerabu Maggi (Tanpa Maggi Siam)

  1. Campurkan semua bahan.
  2. Masukkan perencah maggi kari dan asam laksa gaul sebati dan siap.

Sumber: Mazliza Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Kerabu Maggi Ala Thailand Kaw

Bahan-bahan

  • 3 bungkus Maggie Serda
  • 1 biji buah tomato-hiris
  • 1/2 labu bawang besar- guna bawang besar Holland
  • Sejengkal batang celery
  • Segenggam daun ketumbar
  • 1 biji cili merah besar
  • 1 sudu sos ikan-jika suka
  • 1 sudu air asam limau-jika suka
  • 2 peket rempah maggie serda

Bahan lauk

  • Sotong, Udang, Fish cake, Crab stick, Fish ball

Cara buat Kerabu Maggi Ala Thailand Kaw

  1. Panaskan air untuk merebus bahan lauk dan mee segera.
  2. Masukkan 1 peket rempah mee segera. Tunggu hingga menggelegak.
  3. Masukkan seafood. Seafood dahulu diikuti dengan fish cake (sebentar sahaja, rebus secara berasingan).
  4. Keluarkan seafood.
  5. Dalam periuk rebusan yang sama, masukkan mee segera.
  6. Dah lembut, keluarkan. Masukkan dalam mangkuk besar untuk menggaul kerabu. Air rebusan JANGAN DIBUANG!

Sumber: Fiza Abd dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Tak semestinya nak kena pakai maggi siam, anda boleh pakai apa sahaja jenama maggi yang ada. Masih mengekalkan rasa yang sama.

Jom semak juga resepi mee kari dapat kuah yang pekat.

Selamat mencuba!

Leave a Comment