4 Resepi Chee Cheong Fun (Mudah dan Sedap)

Jika anda penggemar makanan cina, pasti anda kenal dengan chee cheong fun. Sekali pandang rupa seperti kuey teow, tapi ada sedikit perbezaan. Dihidangkan pula bersama kuah hitam memang enak. Agak susah kan nak cari chee cheog fun yang halal, jom baca resepi chee cheong fun yang kami kongsikan ini.

Jom kita try!

1. Resepi Chee Cheong Fun

Bahan-bahan

Bahan kuey tiau

  • 70g tepung beras
  • 10g tepung jagung
  • 230ml air
  • 30ml minyak masak
  • 1sk garam

Bahan kuah

  • 100ml air
  • 30ml kicap cair
  • 1sk gula
  • 1sb minyak bijan

Cara buat Chee Cheong Fun

Bahan kuey tiau

  1. Kacau semua dan ready nak kukus.
  2. Selepas itu boleh bubuh udang yang dah slice dengan daun bawang ataupun udang kering.
  3. Kukus 2min sahaja.

Bahan kuah

  1. Reneh dalam periuk api slow.
  2. Paste bancuh tepung jagung dengan air sikit masukkan dalam kuah nak bagi pekat sikit.
  3. Letak chee cheong fun.
  4. Tabur bijan sangai.
  5. Letak prawn chili crisp.

Sumber: Sarah Cooks Bakes dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Chee Cheong Fun Versi Ekpress

Bahan-bahan

  • 3 keping rice paper

Bahan kuah

  • Kicap
  • Sos cili
  • Cili flakes – nak bagi pedas
  • 1 ulas bawang putih
  • Gula merah

Cara buat Chee Cheong Fun Versi Ekpress

  1. Guna 3 keping rice paper untuk 1 gulungan.
  2. Basahkan dan  gulung kalau nak bubuh inti udang pun boleh, tabur daun bawang baru gulung.
  3. Selepas itu rebus 5minit nak bagi dia lembut rasa sikit kalau masih liat rebus lagi.

Bahan kuah

  1. Blend dan masak atas api dan bubuh air campuran tepung jagung bagi pekat.
  2. Siap kalau ada minyak bijan renjis sikit lagi sedap.

Sumber: CikYah Nhk dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Chee Cheong Fun Udang

Bahan-bahan

  • Satu cawan tepung beras
  • Setengah cawan tepung jagung
  • Setengah sudu kecil garam
  • 3 cawan air

Bahan kuah

  • Satu cawan air
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 1/2 sudu besar gula

Cara buat Chee Cheong Fun Udang

  1. Kacau sehingga sebati. Sebelum dikukus, kacau lagi.
  2. Tray besi yang dioles minyak. Tak perlu banyak. Sekadar nak bagi licin ja.
  3. Letak elok-elok dan rata. Kena adjust ke kiri ke kanan supaya air tepung dapat tutup semua permukaan.
  4. Jangan letak air tepung terlalu banyak. Buat senipis mungkin.
  5. Letak udang. Kalau udang kecil, masa kukus dikurangkan.
  6. Kukus selama 1 minit 30 saat. Kalau udang kecil, adjust waktu kukus.
  7. Angkat tray dan buang air lebihan jika ada.
  8. Cedok perlahan lahan. Gulung udang.
  9. Letak kuah. Sedikit bijan, sedikit daun bawang sedikit bawang goreng.
  10. Dan sambal udang untuk lebih rasa.

Sumber: Li Yow dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Chee Cheong Fun Versi Berkuah

Bahan-bahan

Bahan kulit

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 4 cawan air
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Sedikit garam
  • 3 sudu besar udang kering
  • Daun bawang dipotong kasar.
  • Beberapa ulas bawang merah untuk digoreng (sedikit minyak goreng bawang di simpan untuk hiasan tabur)

Bahan kuah 

  • 3 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Gula secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagung dilarutkan dengan sedikit air untuk pekatkan kuah
  • 2 cawan air.

Cara buat Chee Cheong Fun Versi Berkuah

Bahan kulit

  1. Gaul semua bahan kecuali udang kering, daun bawang dan bawang merah.
  2. Ketepikan untuk 1 jam.
  3. Basuh udang kering, toskan dan tumbuk kasar saja.
  4. Goreng hingga wangi dan angkat, ketepikan, goreng bawang merah, garing ketepikan.
  5. Sambil itu air kukusan dah mendidih, letakkan tudung periuk bersaiz sederhana yang sudah dilemgserkn minyak ke dalam kukusan.
  6. Sendukkan bancuhan ke atas tudung periuk.
  7. Taburkan daun bawang dan sedikit udang kering di atas bancuhan.
  8. Bungkus penutup kukusan dengan kain melainkan jika menggunakan kukusan yang penutup kaca ada lubang tak perlu bungkus, wap air tak kan menitik.
  9. Kukus untuk selama 3,4.minit (atau sehingga bancuhan menggelembung tanda masak).
  10. Angkat dan gulung sambil kedudukan tudung periuk menegak (saya gunakan belakang sudu untuk perlahan gulung turunkan).

Bahan kuah 

  1. Renehkan semua hingga mendidih.
  2. Campurkan bancuhan tepung jagung, reneh sehingga sedikit pekat.
  3. Jika suka cair tak payah tambah tepung jagung.
  4. Boleh juga tambahkan kiub ayam dalam kuah.

Sumber: Narsah Chik dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Chee cheong fun ini boleh juga dihidangkan bersama yong tau fu. Di Malaysia kalau nak cari chee cheong fun, boleh sahaja cari makanan yong tau fu.

Jom semak juga resepi kuey teow kantonis ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment