4 Resepi Mee Celup (Sedap dan Wajib Cuba!)

Kalau anda penggemar makanan Thailand, mee celup pasti tidak asing lagi untuk anda. Datang makan di kedai Thailand memang wajib order mee celup. Rasa masin, pedas dan masam ini cukup membuatkan anda rasa seperti di Thailand. Jom buat sendiri resepi mee celup ini, buat sendiri lagi puas hati kan?

Jom kita try!

1. Resepi Mee Celup Thai

Bahan-bahan

Bahan kuah

  •  Tulang/Daging/Ayam
  • 1 paket Rempah Sup Thai
  • Bwang putih *Diketuk
  • Serai *Diketuk
  • Akar Ketumbar
  • Daun Ketumbar *Diblender
  • Halia
  • Lengkuas
  • Kicap Sotong/ Sos Ikan
  • Kicap Mountain Thai

Bahan celur

  • Kangkung/sawi
  • Taugeh
  • Mee/kuew teow/ bee hoon/Meggi Thai

Cara buat Mee Celup Thai

  1. Tumis bawang putih, akar daun ketumbar, serai, halia, lengkuas & satu paket rempah sup thai sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan daun ketumbar, kicap sotong & kicap mountain thai. Tambahkan air berserta daging/ayam, garam & serbuk perasa.
  3. Rebus sehingga daging empuk.
    *Bila daging dah empuk, keluarkan & hiris nipis-nipis.

Sumber: Syazwani Md Saad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Mee Celup Mudah

Bahan-bahan

  • Bawang putih
  • Halia
  • Lada hitam
  • Akar ketumbar
    (Tumbuk )

Cara buat Mee Celup Mudah

  1. Tumis bahan tumbuk+rempah mee celup.
  2. Masukkan air.
  3. Masuk lauk ayam masak sampai separuh masak.
  4. Selepas gelegak letak perasa, gula, kicap sotong, ajinomoto, garam dan kicap sotong.
  5. Selepas siap sediakan lauk mee celup:
    *kangkung
    *tauge
    *asam limau
    *lada debu, lada jeruk
    *daun ketumbar
    *telur masak separuh
    *ikan bilis
    *kuey tiow
    *mee
    *bihun

Sumber: Erah Syahirah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Mee Celup Thai Berpeluh Dahi

Bahan-bahan

  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 inci halia  (dihiris halus)
  • Akar ketumbar (ditumbuk)
  • 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
  • Ayam
  • Gula melaka
  • 1/2 cawan kicap manis
  • Sos ikan
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya
  • Mee kuning – dicelur
  • Taugeh secukupnya
  • Kacang tanah  (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar)
  • Kangkung  (boleh juga letak sawi)
  • Daun ketumbar (dihiris)
  • Chili flakes
  • Limau nipis (diperah jusnya sebagai penambah rasa)

Cara buat Mee Celup Thai Berpeluh Dahi

  1. Mula-mula panaskan minyak di dalam periuk.
  2. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi dan halia hingga garing dan berbau wangi.
  3. Masukkan ayam, biarkan seketika, baru masukkan air. Biarkan sehingga mendidih dan merenih.
  4. Kemudian masukkan sos ikan, kicap manis dan gula melaka.
  5.  Perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan mendidih.
  6. Keluarkan isi ayam dan carik carikkan halus.
  7. Ok, untuk hidangkan mee celup ni ada kaedahnya tau. Mula-mula ambil mee yang dicelur dan letakkan ke dalam mangkuk.
  8. Kemudian letakkan kangkung atau sawi, taugeh, daun ketumbar yang dihiris dan isi ayam yang dicarik-carikkan tadi.
  9. Siramkan kuah di atas bahan dalam mangkuk tadi dan taburkan chili flakes serta kacang tanah yang telah ditumbuk. Perahkan sedikit jus limau nipis sebagai penambah rasa.
  10. Boleh juga dimakan bersama sambal kicap.

Sumber: Iza Abu Bakar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Mee Celup Kelantan

Bahan-bahan

Bahan kuah sup

  • Ayam bahagian dada/isi
  • Daging
  • Kaki ayam
  • Sup bunjut
  • Bwg besar sebijik (potong 4)
  • Bwg putih 6-7 ulas (diketuk)

Bahan lain

  • Serbuk lada
  • Bawang goreng
  • Lobak masin jeruk
  • Kacang tanah tumbuk

Bahan air lada

  • Cili merah
  • Cuka
  • Garam
  • Gula

Bahan minyak bawang putih

  • Bawang putih
  • Minyak panas

Cara buat Mee Celup Kelantan

Bahan kuah sup

  1. Masukkan air, dan bahan di atas.
  2. Masukkan garam, gula, ajinomoto, dan sedikit kicap manis tunggu hingga menggelegak atau lauk masak.
  3. Bila lauk masak, asingkan lauk dalam bekas lain untuk dipotong/ diracik

Lada jeruk

  1. Potong lada hijau, letak dalam satu bekas.
  2. Masukkan cuka, garam, gula dalam periuk dan panaskan.
  3. Dah cair semua  bahan, tuang dalam bekas yang berisi lada hijau tadi.

Bahan air lada

  1. Blender semua ni. Cuka tu agak tenggelam sikit cili merah.

Bahan minyak bawang putih

  1. Cincang halus bawang putih.
  2. Goreng hingga warna bertukar keperangan dan asingkan dulu bawang yang dah masak dari minyak panas.
  3. Dah sejuk, masukkan bawang putih tadi dalam bekas, dan tuang minyak lebihan goreng bawang tadi.

Bahan sayur 

  1. Taugeh
  2. Kangkung
  3. Limau nipis
  4. Boleh di makan dengan meggi, kuew tiaw, bihun atau mee.

Sumber: Adele Xandra dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Selepas ini kalau craving dengan mee celup boleh lah ikut resepi yang kami kongsikan ini pasti jadi!

Jom lihat juga resepi nasi tumpang salah satu sarapan popular di Kelantan.

Selamat mencuba!

 

Leave a Comment