4 Resepi Biskut Suji Badam (Biskut Popular Hari Raya)

Biskut suji badam adalah kuih raya yang sangat popular. Pergi ziarah mana-mana pasti terhidang kuih ini. Biskut suji badam juga antara kuih yang mudah nak buat, bahan yang nak guna pun senang nak cari. Kalau anda masih mencari resepi biskut raya, jom baca sampai habis resepi biskut suji badam ini.

Jom kita try!

1. Resepi Biskut Suji Badam

Bahan-bahan

  • 300gm minyak sapi QBB
  • 100gm butter
    Masak dan cairkan kedua-dua bahan ini dan biarkan sejuk atau suam kuku
  • 60gm badam kisar
  • 220gm gula castor (jangan guna gula aising)
  • 550 hingga 600gm tepung gandum.

Cara buat Biskut Suji Badam

  1. Ketepikan segengam atau lebih, tak cukup atau lembik baru tambah. Kerana bancuhan ini menggunakan tangan. Tangan kita ada yang sangat panas membuatkan bancuhan cepat cair.
  2. Badam kisar, gula castor dan tepung gandum satukan dalam satu mangkuk, campur bagi rata.
  3. Dalam mangkuk tepung, buatkan lubang atau kolam. Tuang separuh dari minyak tadi.
  4. Guna tangan, bancuh dan ramas jadikan saperti serbuk (macam serbuk roti). Sambung tuang lagi separuh.
  5. Bancuh lagi dan ratakan sehingga minyak habis dan adunan tidak melekat. Bolehlah dicetak atau digentel bulat.
  6. Buat sama besar atau saiz yang sama.
  7. Bakar pada suhu atas 100 bawah 190 mengikut oven masing-masing. Masa membakar 35 minit atau hingga biskut masak.

Sumber: Shila Rahman

 

2. Resepi Biskut Suji Badam (Sukatan Cawan)

Bahan-bahan

  • 1 tin minyak sapi GHEE (200gm)
  • 3 cawan tepung gandum (ayak dulu)
  • 2 sb tepung jagung
  • 1 cawan gula halus
  • 4 sb susu tepung (optional)

Cara buat Biskut Suji Badam (Sukatan Cawan)

  1. Masukkan minyak GHEE dan gula. Gaul sebati.
  2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Diikuti dengan tepung jagung dan susu tepung.
  3. Gaulkan semua bahan hingga menjadi doh lembut. Jika doh lembik tambahkan sedikit tepung. Bentukkan bulat & hias dengan ceri di atasnya.
  4. Bakar pada suhu 160 degree (20minit). (Bergantung pada oven).
    Tapi saya bakar dalam 20-25 minit. Sebab pakai loyang ada yang tebal dan nipis.

Sumber: Cik Nurul Aini Gebu dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Suji Krystal Ball

Bahan-bahan

  • 250 gm mnyk sapi
  •  110 gm gula aising
  •  1/2 sdk kecil garam
  •  50 gm badam kisar (disangai sekejap)
  •  125 gm tepung jagung
  •  300 gm tepung red rose
  •  Pewarna disukai
  •  Papercup
  •  Gula castor (untuk salut biskut)

Cara buat Suji Krystal Ball

  1. Ayakkan tepung red rose bersama tepung jagung dan ketepikan.
  2. Satukan serbuk badam, gula aising, garam dan gaul sebati kemudian masukkan minyak sapi gaul lagi bagi sebati menggunakan senduk sahaja.
  3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak tadi. Uli sehingga sebati, jika masih lembik tambah tepung red rose sikit sampai jadi doh yang boleh dibentuk.
  4. Bahagi kepada tiga warna kemudian bulatkan sebesar 7@8 gm jangan terlalu besar.
  5. Susun dalam tray dan bakar suhu 170°C @ ikut suhu oven masing-masing. Oven dipaskan terlebih dahulu. Api atas bawah.
  6. Bakar selama 15-20 minit @ sehingga masak.
  7. Bila biskut dah suam, boleh gaul dengan gula castor masukkan dalam paper cup. Dah betul-betul sejuk boleh masukkan dalam bekas.

Sumber: Nor Haslina Md Nor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Biskut Suji Almond

Bahan-bahan

  • 150gm mentega
  • 30gm minyak sapi
  • 80gm gula kaster
  • 1/2 tsp esen vanilla
  • 50gm serbuk badam
  • 60gm tepung suji
  • 220gm tepung gandum
  • 1/4 tsp serbuk penaik

Bahan hiasan 

  • Kuning telur dan badam nib

Cara buat Biskut Suji Almond

  1. Sebatikan mentega, minyak sapi, gula dan esen vanilla.
  2. Kemudian masukkan pula tepung suji, tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk badam.
  3. Uli lembut adunan dan terap dengan acuan bulat.
  4. Sapukan kuning telur dan taburkan dengan badam nib.
  5. Bakar pada suhu 140c selama 30 minit atau sampai kekuningan

Sumber: Anis Fathima dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Jangan lupa cuba resepi biskut raya yang mudah ini ya!

Jom semak juga resepi biskut mazola biskut wajib Hari Raya.

Selamat mencuba!

Leave a Comment