4 Resepi Kuih Basong (Kuih Tepung Pasung / Kuih Serunai)

Kuih basong atau kuih pasung ini adalah kuih yang popular di Pantai Timur. Kuih ini diperbuat daripada tepung beras dan mempunyai inti. Jika dilihat kuih basong ini diletakkan dalam acuan berbentuk kon diperbuat daripada daun pisang. Kalau nak jumpa kuih ini hanya dijumpai di Pantai Timur sahaja, nak pergi jauh kan. jom kami kongsikan resepi kuih basong ini.

Jom kita try!

1. Resepi Kuih Tepung Pasung

Bahan-bahan

  • 2 sudu gula pasir
  • 1 keping setengah gula melaka
  • 1 setengah cawan air
  • 1 helai daun pandan wangi
  • 40 gm tepung beras
  • 20 gm tepung ubi
  • 1 sudu teh air kapur

Bahan bahagian bawah

  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu tepung gandum
  • 1 setengah cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh gula

Bahan bahagian atas

  • Daun pisang secukupnya untuk dijadikan kelongsong

Cara buat Kuih Tepung Pasung

  1. Masak gula, gula pasir & daun pandan hingga gula hancur dan sejukkan.
  2. Tapis dan satukan dengan  bahan-bahan bahagian bawah dan masak atas api sederhana hingga likat dan kental.
  3. Sudukan/ paipkan ke dalam kelongsong daun pisang yang telah dibuat dan dirikan kelongsong di dalam lubang pengukus.
  4. Kukus dalam 5 minit.
  5. Satukan semua bahan bahagian atas, tapis dan masak di atas api hingga likat dan kental.
  6. Sudukan/paipkan ke dalam kelongsong daun yang telah berisi bahagian bawah yang telah di kukus 5 minit tadi dan teruskan mengukus lebih kurang 10 minit dengan api yang kecil kalau api besar nanti kelongsong daun pisang yang berisi adunan kuih tumbang.
  7. Biar sejuk baru dihidangkan.

Sumber: Pn Habsah Ngah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kuih Basung

Bahan-bahan

  • Santan 1 cawan
  • Gula 2/3 cawan (ikut kemanisan kita sendiri)
  • Garam secubit rasa
  • Tepung gandum 1/2 cawan
  • Tepung beras 2 cawan
    (Campurkan dua tepung)
  • Air 1cawan (kisar daun pandan)
  • Daun pandan (kisar untuk dapatkan pasung cantik berwarna hijau)
  • Daun pisang (buat jadi bentuk kone)

Cara buat Kuih Basung Mudah

  1. Gaul semua & masukkan air pandan dah kisar sikit demi sedikit sampai cair.

Sumber: Noor Izzati Saidun dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kuih Tepung Pasung (Gluten free, Plant Based, Egg Free, Nut Free)

Bahan-bahan

Bahan lapisan bawah

  • 70g jagerry
  • 500ml air
  • 200g DBK gluten free all purpose flour
    -masak atas api kecil sampai pekat

Bahan lapisan atas

  • 150ml pati santan segar
  • 300ml air
  • 1tsp garam pink
  • 150g DBK gluten free all purpose flour
    – masak atas api kecil sampai pekat

Cara buat Kuih Tepung Pasung

Cara Buat Kelongsong kuih

  1. Lap bersih daun pisang.
  2. Layurkan atas api.
  3. Potong bentuk hemisfera, diameter 6.5inci.
  4. Lipat dua daun pisang yang bentuk hemisfera.
  5. Buka lipatan  satu tangan pegang bawah, satu tangan pegang atas. Bentukkan kon .
  6. Klip guna lidi.

Cara kukus

  1. Sediakan bekas aluminium yang sudah dilubangkan.
  2. Kukus bahagian bawah 5minit.
  3. Kukus bahagian atas 5minit.

Sumber: Dee Baker Kemaman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Kuih Pasung Mudah

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung beras
  • ½ cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan air pandan
  • ¾ cawan gula
  • Sedikit garam

Cara buat Kuih Pasung Mudah

  1. Masak sekejap santan campur garam,
  2. Kacau semua bahan sampai sebati, tuang dalam kon, kukus.

Sumber: ChaSya Aripin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi ini memberi sedikit idea baru untuk anda.

Jom semak juga resepi pulut sekaya kuih dari Kelantan ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment