4 Resepi Nasi Kak Wok (Menu Ringkas Tapi Sedap)

Kalau anda masih mencari-cari menu untuk masakan tengahari, jom cuba buat resepi nasi kak wok ini. Sangat mudah nak buat tapi sedap! Resepi asli nasi kak wok ini asalnya dari Kelantan tapi telah menjadi popular di seluruh Malaysia. Kadangkala menu yang ringkas ini lah menjadi tarikan orang ramai kan?

Jom kita try!

1. Resepi Nasi Kak Vouge

Bahan-bahan

Bahan gulai ayam

  • 3 ketul ayam – dicincang kecil
  • 1 sudu makan rempah gulai kak wok Kelantan
  • 1 cawan air
  • 1/2 keping manisan Kelantan @ gula melaka
  • 2 senduk santan
  • 1 biji terung – potong dadu
  • 1/3 batang lobak merah – potong dadu
  • 3 tangkai kacang panjang – potong kecil
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

Bahan kisar

  • 1 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
  • 1 ulas (kecil) bawang putih
  • 1 hiris (nipis) lengkuas
  • 1 hiris (nipis) halia
  • 1 hiris (nipis) serai
  • secubit ketumbar dan jintan manis (tambahan)

Bahan ayam goreng

  • 3 ketul ayam dicincang kecil
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Sedikit secukup rasa

Bahan sambal jantan

  • 1 genggam cili padi merah (dibuang tangkai)
  • 1 inci belacan bakar
  • 1 senduk kecil cuka
  • 1 sudu makan garam
  • 3 sudu makan gula
  • 1/3 cawan air masak
    (Nak gunakan cuka sepenuhnya pun boleh)
  • 1 biji limau kasturi

Cara buat Nasi Kak Vouge

Bahan gulai ayam

  1. Panaskan minyak sedikit kemudian tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Seterusnya masukkan 1 sudu makan rempah gulai kak wok. Gunakan api perlahan sahaja.
  3. Tuangkan pula 1/2 cawan air. Tutup dengan tudung periuk sehingga pes pecah minyak. Renehkan dengan api perlahan.
  4. Masukkan perasa peringkat pertama iaitu ½ keping kecil manisan Kelantan dan ½ sudu teh garam halus.
  5. Kemudian masukkan isi ayam yang dicincang kecil. Tutup periuk dengan tudungnya.
  6. Biarkan semua bahan mesra dan sebati kira – kira 15 minit dan masak guna api perlahan.
  7. Kemudian masukkan 2 senduk santan. Tambahkan juga 1/2 cawan air.
  8. Setelah gulai mendidih, masukkan perasa peringkat kedua seperti garam, gula dan perasa mengikut cita rasa masing-masing.
  9. Masukkan terung dan lobak merah yang dipotong dadu dan pendek. Biarkan gulai terus mendidih perlahan-lahan menggunakan api perlahan.
  10.  Biarkan kuah gulai mereneh selama 5 minit kemudian masukkan potongan kacang panjang. Padamkan api. Kuah gulai yang beraroma dan sedap sedia untuk dinikmati.

Bahan ayam goreng

  1. Ayam dicincang kecil lalu dibersihkan. Toskan sehingga kering.
  2. Masukkan bahan-bahan perap di atas.
  3. Gaul sebati. Perapkan selama 20 minit untuk masa perapan paling minima.
  4. Goreng sehingga ayam kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
  5. Hidangkan nasi bersama ayam goreng, gulai ayam Kak Vouge dan sambal.

Bahan sambal jantan

  1. Satukan semua bahan dan kisar sehingga sedikit lumat.
  2. Pastikan garam dan gulanya biar berasa bagi mengelakkan sambal cepat berkulat.
  3. Hiris bulat kulit limau kasturi untuk menyedapkan lagi rasa sambal.
    Nota: Sambal ini boleh dibuat lebih awal supaya rasanya lebih sedap.
    Bungkus nasi dalam kertas pembungkus. Sama macam kita makan dekat kedai di Kelantan. Tunggu sekejap. Barulah sedia dinikmati.

Sumber: Afy AL Habibi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Nasi Gulai Ala Kak Wok

Bahan-bahan

Bahan gulai

  • 2 biji bwng besar-hiris nipis
  • 4 ulas bwng putih-hiris nipis
  • 1 inci halia-hiris
  • 2 pkt kecik rempah kari daging babas
  • 1/2 pkt kecik rempah kerutub adabi
  • Tulang2 ayam, kaki ayam-potong kecil
  • 1 biji terung panjang-potong kecil
  • 3@4 btng kcng panjang -patahkan
  • 1/2 kotak santan (kotak kecil)
  • 2 kpng asam keping
  • 1 sudu mkn gula merah
  • 1/2 sudu mkn gula putih
  • Garam dan perasa

Bahan ayam goreng

  • 7@8 ketul ayam-potong kecil
  • 1 sudu kecik serbuk kunyit
  • Garam dan perasa
  • 1 sudu mkn rempah kari daging
  • 1 sudu mkn tepung bestari pedas

Bahan sambal

  • 20 tangkai cilipadi (merah + hijau)
  • 1 biji bwng besar
  • 2 ulas bwng putih
  • 1 inci belacan
  • 5 biji limau kasturi (belah dua dan buang biji)
  • Garam, perasa dan gula

Cara buat Nasi Gulai Ala Kak Wok

Bahan gulai

  1. Campur dan bancuh kedua rempah dengan air.
  2. Tumis bahan hiris. Masukkan rempah dan tumis hingga garing.
  3. Masukkan satu mangkuk air.
  4. Masukkan tulang ayam dan sayur.
  5. Masukkan gula merah, gula,garam dan perasa.
  6. Masukkan asam keping dan santan.
  7. Balancekan rasa dan kepekatan kuah.

Bahan ayam goreng

  1. Gaul semua bahan dengan ayam dan perap dalam 1/2 jam.
  2. Goreng garing.

Bahan sambal

  1. Gorengkan semua bahan dalam sedikit minyak hingga layu( kecuali limau).
  2. Tumbuk lumat semua bahan yang dah di goreng bersama garam dan perasa.
  3. Dah lumat baru masukkan gula dan perahkan limau.
  4. Masukkan 3@4 keping kulit limau dan gaul rata.

Sumber: Mazliza Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sambal Nasi Kak Wok

Bahan-bahan

  • 15 biji cili kering direbus
  • 10 biji cili besar merah
  • 30 biji cili padi hijau
  • 6 biji limau kasturi – potong dua, ambil air dan kulit, buang biji
  • 1 ulas bawang putih dibakar
  • 1 inci belacan dibakar
  • 1/2 cawan cuka
  • 1/2 cawan gula atau secukup rasa
  • 2-3 sudu kecik garam atau secukup rasa

Cara buat Sambal Nasi Kak Wok

  1. Blend jangan halus sangat.
  2. Boleh disimpan di dalam peti. Tahan lama sambal ini.

Sumber: Dilla Nazri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Nasi Kak Wok Kelate

Bahan-bahan

Bahan gulai dalca 

  • Kaki ayam, leher, hati, pedal (rebus dahulu bagi empuk). Air rebusan jangan buang
  • Bunga lawang dan kayu manis
  • Daun pandan
  • Bawang merah, bawang putih, halia (blend semua)
  • Cili giling atau cili kering di blend
  • Serbuk kari daging
  • Terung
  • Kacang panjang
  • Santan
  • Garam gula secukupnya

Cara buat Nasi Kak Wok Kelate

Bahan gulai dalca 

  1. Panaskan minyak, masukkan bunga lawang dengan kayu manis goreng sekejap dan masukkan daun pandan.
  2. Masukkan bahan blend, tumis sekejap sampai naik bau. Masukkan cili giling. Gaul sekejap.
  3. Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Kacau hingga garing sikit.
  4. Masukkan kaki ayam, leher, hati dan pedal. Masukkan air rebusan sekali. Tambah air jika nak kuah banyak
  5. Tunggu sehingga menggelegak. Masukkan terung dan kacang panjang bila dah menggelegak. Masukkan garam gula secukupnya.
  6. Masukkan santan. Biar menggelegak sekejap dan tutup. Tak perlu lama atau tak perlu naik minyak

Ayam goreng kunyit

  1. Perap ayam dengan kunyit dan garam.
  2. Goreng sehingga garing dan last letak bawang besar bagi naik bau.

Sambal Belacan 

  1. Blend cili padi, cili besar atau cili kering, belacan, limau kasturi yang di buang biji, cuka, gula, garam.

Sumber: Nor Hidayu Yusoff dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Nak lagi sedap makan nasi kak wok ini makan bila ayam di goreng panas-panas memang ngam!

Jom semak juga resepi nasi serai yang sedap dimakan dengan ayam masak merah

Selamat mencuba!

Leave a Comment