4 Resepi Biskut Tambun (Kuih Tau Sar Peah)

Biskut tambun atau tau sar peah ini amat popular di Pulau Pinang. Resepi biskut tambun yang original  ini adalah dalam kalangan kaum cina. Secara asasnya biskut ini diperbuat daripada tepung gandum dan inti aslinya ialah kacang hijau. Nak jumpa biskut tambun yang halal agak susah, jom buat sendiri resepi biskut tambun ini.

Jom kita try!

1. Resepi Biskut Tambun

Bahan-bahan

Doh Air

  • 120g tepung gandum (ayak)
  • 1 sudu (jangan penuh) gula
  • 35g lemak sayur / shortening
  • 60ml air (tak perlu air suam)

Doh minyak

  • 90g tepung gandum (ayak)
  • 60g lemak sayur / shortening
  • Sedikit garam

Campurkan semua bahan dan sebatikan. Bila dah sebati, bulatkan adunan kepada 5 bahagian.

Doh minyak

  • 90g tepung gandum (ayak)
  • 60g lemak sayur / shortening
  • Sedikit garam

Cara buat Biskut Tambun

  1. Campurkan semua bahan dan sebatikan. Bulatkan adunan dan bahagikan kepada 5 bahagian.
    Inti: saya guna inti yang dah siap. Beli kat Bake with Yen. Bulatkan inti dalam 10 biji dan setiap satu berat lebih kurang 20g.

Penyediaan doh

  1. Leperkan doh air dan masukkan doh minyak. Bulatkan doh tersebut kemudian dileperkan.
  2. Selepas dileperkan, kemudian digulung seperti swiss roll dan leperkan sekali lagi. Ulang proses tersebut untuk 4 kali. Lakukan perkara yang sama ke atas bahagian yang lain sehingga selesai.
  3. Ambil bahagian yang telah digulung dan potong dua.
  4. Bulatkan kemudian dileperkan. Setelah dileperkan, masukkan inti dan bulatkan semula.
  5. Selepas itu, leperkan adunan tersebut. Ulang proses tersebut kepada bahagian yang lain.
  6. Setelah selesai, griskan dulang pembakar dan letak adunan yang telah dileperkan, untuk sedia dibakar.
  7. Tekan adunan tersebut dengan garfu dan sapukan dengan kuning telur. Taburkan bijan (jika ada).
  8. Bakar kuih tersebut selama 20-30 min, suhu 200c.

Sumber: Robita Robinson dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Tau Sar Piah

Bahan-bahan

Doh Air 

  • 250g tepung gandum
  • 125g air
  • 25g gula aising
  • 75g lemak sayuran

Doh Minyak 

  • 180g tepung gandum
  • 120g lemak sayuran

Bahan Lain

  • Inti pilihan
  • Bijan hitam / putih

Bahan Eggwash 

  • Kuning telur
  • Sedikit susu cair
  • Pewarna kuning

Cara buat Tau Sar Piah

  1. Satukan bahan doh air kecuali air.
  2. Tuangkan air sambil diuli hingga menjadi doh, rehatkan seketika di dalam bekas lain, satukan pula bahan doh minyak.
  3. Uli hingga menjadi doh rehatkan seketika.
  4. Bahagikan kedua dua doh kepada beberapa bahagian sama rata kemudian ambil satu doh air dan leperkan.
  5. Letakkan doh minyak di tengah dan tutupkan semula doh canaikan doh gulungkan.
  6. Kemudian canaikan lagi dan gulung proses ini sama seperti membuat karipap pusing.
  7. Akhir sekali canaikan dan masukkan inti tutupkan doh kemas kemas.
  8. Leperkan sedikit doh dan cucukkan dengan garfu ulang sehingga habis.
  9. Sapukan eggwash pada permukaan doh dan taburkan bijan.
  10. Panaskan oven bakar pada suhu 190°C selama 40 minit bergantung kepada oven masing-masing.

Sumber: Farisha Sofea dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Doh Biskut Tambun

Bahan-bahan

Bahan inti

  • 3/4cwn kcg hijau rendam 3-4 jam
  • 3sudu besar minyak masak
  • 2ulas bwg merah potong kecil
  • 1/2cwn gula
  • 1/2sudu kecil garam
  • 1sudu kecik parutan kulit oren

Bahan pastri 

Doh A

  • 120g tepung gandum
  • 60g shortening

Doh B

  • 120g tepung gandum
  • 30g gula aising
  • 30g shortening
  • 50-60ml air
  • 1sudu besar cuka

Cara buat Doh Biskut Tambun

Bahan inti

  1. Basuh dan bilas kacang hijau kemudian kukus hingga empuk, sejukkan dan kisar.
  2. Panaskan minyak dan goreng bawang merah hingga wangi angkat dan tapis. Ambil minyaknya dan ketepikan.
  3. Gaul kacang hijau tadi bersama gula, garam dan parutkan kulit oren.
  4. Masukkan dalam kuali masak hingga kering tutup api dan masukkan minyak bawang merah tadi gaul sebati dan sejukkan.

Bahan doh

  1. Bancuh doh A dan doh B secara berasingan.
  2. Uli hingga tak lekat di tangan kemudian bulatkan menjadi bebola kecil buat sama banyak.

Sumber: Seri Diana dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Biskut Tambun Pelbagai Inti

Bahan-bahan

Bahan Pastri

Doh A

  • 120 g tepung gandum
  • 60 g shortening (lemak sayur)

Doh B

  • 120 g tepung gandum
  • 30 g gula aising
  • 30 g shortening (lemak sayur)
  • 50 – 60 ml air

Bahan Inti Kacang

  • 3/4 cawan kacang hijau tanpa kulit, rendam 3 – 4 jam
  • 3 camca besar minyak masak
  • 2 ulas bawang merah kecil, cincang halus
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh parutan kulit oren

Bahan Inti Coklat

  • 100g tepung gandum disangrai 5 minit
  • 30g serbuk koko
  • 25g susu tepung
  • 1tbsp air
  • 125g icing sugar (ni ikut manis masing2 ye)
  • 50g butter

Cara buat Biskut Tambun Pelbagai Inti

Bahan doh

  1. Bancuh doh A dan B secara berasingan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada mangkuk adunan.
  2. Rehatkan doh 30 minit. Kemudian bahagikan doh A dan B kepada 15 bahagian yang sama besar.
  3. Ambil satu doh B, leperkan dan letakkan sebiji doh A. Balut doh tadi dan canai memanjang. Gulung dari bawah ke atas.
  4. Kemudian canai gulungan tadi (pastikan gulungan tadi berada dalam keadaan lurus menghadap kita).
  5. Kemudian gulung lagi sekali, seperti mula2 tadi. Buat untuk semua doh dan ketepikan.
  6. Tutup dengan plastic cling buat sementara.

Bahan inti kacang

  1. Kisar kacang hijau tadi hingga halus. Gaulkan garam, gula dan parutan kulit oren.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng cincangan bawang hingga wangi dan kuning keemasan.
  3. Angkat dan ketepikan. Masukkan kacang kisar tadi dan masak hingga kering.
  4. Angkat dan masukkan bawang cincang goreng tadi, gaul rata.
  5. Sejukkan dan buatkan 15 biji bebola sama saiz. (Inti boleh buat awal2 dan simpan dalam peti sejuk).

Bahan inti coklat

  1. Campurkan semua bahan sehingga menjadi seperti pes.
  2. Bulatkan menjadi bebola sama size. Saya bulatkan berat dalam 15g.

Bahan tau sau piah

  1. Ambil satu biji doh tadi, canai doh lebih kurang berdiameter 10 cm.
  2. Letak sebiji inti dan balut kemas2 dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga habis.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 20 minit. S
  4. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang.

Sumber: Jalilah Jamaludin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Jika craving dengan biskut tambun, anda boleh follow sahaja resepi yang kami kongsikan ini pasti jadi!

Jom semak juga resepi biskut eclair boleh buat kudapan malam.

Selamat mencuba!

Leave a Comment