4 Resepi Cucur Roti Gardenia (Rangup dan Mudah)

Kalau anda ada lebihan roti gardenia di rumah dan tarikh luput pun makin hampir, apa kata anda cuba resepi cucur roti gardenia ini. Buat untuk hidangan minum petang pun sesuai. Baca sampai habis ya!

Jom kita try!

1. Resepi Cucur Roti Gardenia

Bahan-bahan

  • 5 keping roti
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji bawang besar hiris
  • Daun bawang, cili merah, kucai, carrot (di hiris halus dan taugeh)
  • Udang/ikan bilis/isi ayam/sosej dan sebagainya boleh diisi
  • Garam dan meggi cukup rasa secukupnya
  • Jika suka letak serbuk kunyit bole letakkan sikit
  • Anggaran 2 cawan air biasa

Cara buat Cucur Roti Gardenia

  1. Letak semua bahan kecuali air dalam mangkuk kemudian masukkan air sikit dan gaul hingga jadi adunan yang pekat.
  2. Panaskan minyak dan sendukkan bancuhan dan goreng hingga garing toskan dan sedia dinikmati.

Sumber: Jaja Noriza dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Cucur Roti Gardenia Mudah

Bahan-bahan

  • Tepung gandum secawan
  • Telur sebiji
  • Roti 4-5keping carikkan
  • Kucai
  • Bawang merah hiris
  • Ikan bilis tumbuk kasar
  • Air
  • Garam
  • Gula sesudu
  • Carrot sagat

Cara buat Cucur Roti Gardenia Mudah

  1. Sebatikan semua dan goreng dalam minyak panas dan sedia dihidang dengan sos.

Sumber: Fatimah Saari dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Cucur Roti Crush Diluar Lembut Didalam

Bahan-bahan

  • Roti gardenia 3 keping (baki yang tak habis)
  • Tepung gandum 1 cawan
  • Tepung jagung 1 cawan
  • Tumbuk bawah Merah 3 biji
  • Tumbuk bawang putih 3 biji
  • Cili Api 4 biji
  • Ikan bilis ikut suka
  • Semua ditumbuk secara kasar
  • Garam secukup rasa

Cara buat Cucur Roti Crush Diluar Lembur Didalam

  1. Gaulkan didalam mangkuk dan letakkan dua cawan air sejuk.
  2. Masak sehingga kekuningan dah boleh angkat.

Sumber: Faeza Fariza dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Cucur Roti Bilis

Bahan-bahan

  • 5 keping roti (Kak Za guna Gardenia)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 genggam ikan bilis (ditumbuk kasar)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk kasar)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 1 tangkai cili besar merah (ditumbuk kasar)
  • Garam secukup rasa
  • Air sejuk secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara buat Cucur Roti Bilis

  1. Roti dikoyak koyak kecil dan diletakkan dalam bekas.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras ke dalam bekas roti tadi. Gaul rata.
  3. Masukkan bahan yang ditumbuk kasar tadi dan juga garam secukup rasa. Gaul sebati.
  4. Seterusnya masukkan air sejuk dan gaul sebati.
  5. Panaskan minyak dalam kuali dan sudukan adunan serta gorenglah sehingga kekuningan atau agak garing.
  6. Angkat dan toskan. Bolehlah dicicah dengan sos cili ditambah mayonis.

Sumber: Iza Abu Bakar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Kreatif kan resepi yang kami kongsikan ini. Selepas ini kalau ada roti gardenia yang nak hampir luput boleh lag cuba resepi ini.

Jom semak juga resepi cucur udang yang super rangup ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment