4 Resepi Queen Cake (Old School Cake)

Queen cake atau dikenali sebagai cupcake ini mudah dimakan kerana mempunyai saiz yang kecil. Resepi Queen cake yang kami sediakan ini cukup mudah untuk cuba dan boleh dibawa di majlis keraian. Kanak-kanak pasti tertarik dengan deko cupcake dan juga kemanisan kek ini.

Jom kita try!

1.Resepi Queen Cake (Old School Cake)

Bahan-bahan

Bahan A

  • 160g tepung gandum*
  • 50g tepung self raising*
  • 1/2 tsp baking powder*
  • 1 sudu mkn susu pekat manis
  • 250g majerin / butter
  • Pukul marjerin dan susu hingga sebati. Masuk tepung* pukul hinggu gebu

Bahan B

  • 5 biji telur B
  • 170g gula
  • 2 titik air limau/lemon
  • Whisk hingga putih dan gebu pekat

Bahan C

  • 1 sudu mkn air orange jika suka
  • 1 sudu mkn kulit orange sagat jika ada
  • 2 titik warna oren atau kuning

Cara buat Queen Cake (Old School Cake)

  1. Masuk bahan C ke dalam bahan B. Kaup bahan B ke dalam bahan A hingga habis dan sebati.
  2. Tuang dalam cup dan bake 180c anggaran 20min.
  3. NO FAN OVEN. Ikut oven masing-masing. Siap.

Sumber: Nooraini Mohd Noor dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Queen Cake Mudah

Bahan-bahan

  • 1/2buku butter
  • 1cwn gula halus
  • 3biji telur
  • 5s/besar susu pekat
  • 1s/kecil esen vanilla
  • 2cwn gandum
  • 1s/kecil b/powder
  • 1cwn kismis
  • Secubit grm

Cara buat Queen Cake Mudah

  1. Bakar 25-30minit.
  2. Suhu 180-200
    *Ikut oven masing-masing.

Sumber: Sunita Sabtu dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Cup Cake Vanilla

Bahan-bahan

  • 120g gula kastor
  • 120g self raising flour
  • 1/4sk soda bikarbonat
  • 2 biji telur gred A
  • 120g marjerin/ pure butter
  • 1 1/2sb susu full cream
  • 1/4sb esen vanilla

Cara buat Cup Cake Vanilla

  1. Tapis gula kastor + self raising flour + soda bikarbonat terus ke dalam bowl mixer.
  2. Masukkan telur dan marjerin ke dalam bowl.
  3. Pukul dengan menggunakan paddle pada speed 2 selama 10 saat.
  4. Tukar pada speed 5 – kaup tepi bowl supaya adunan dipukul sekata – pukul selama 50 saat.
  5. Masukkan susu segar + esen vanilla ke dalam adunan.
  6. Pukul selama 1 minit.
  7. Setelah 1 minit kaup balik adunan.
  8. Timbang adunan sebanyak 40g utk 1 cup cupcake saiz l.
  9. Panaskan oven selama 5 minit suhu 150.
  10. Bakar adunan selama 22 minit.
  11. Setelah 22 minit, pusing tray dan bakar lagi selama 1 minit & siap.

Sumber: Fasihatul Hafizah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Red Velvet Cup Cake

Bahan-bahan

Buttermilk

  • 230ml susu cair
  • 1sdb pewarna merah
  • 1sdt esen red velvet
  • 1sdt cuka
  • 250gm tepung gandum
  • 1sdt baking powder
  • 2sdt koko
  • 113 grm marjerin pelangi
  • 1sdt esen vanilla
  • 2biji telur gred A
  • 150 grm gula biasa

Bahan tambahan

  • 1sdt cuka
  • 1sdt soda bica campurkan

Cara buat Red Velvet Cup Cake

  1. First buat buttermilk campur susu.
  2. Cuka pewarna merah biarkan selama 15 hingga 20minit.
  3. Ayak tepung, serbuk penaik dan koko, ketepikan.
  4. Pukul butter dan gula castor hingga hancur dan nampak kembang masukkan telur sebiji-sebiji dan masukkan vaniila esen. Pukul lagi hingga kembang.
  5. Campurkan buttermilk berselang-seli dengan tepung ke dalam bancuhan.
  6. Akhir sekali masukkan bahan cuka dan soda tadi ke dalam adunan.
  7. Bakar 160℃ selama 25minit tengok saiz cup juga.

Sumber: Lisz Lieyza Yusof dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mencari lagi resepi kek? Jom baca resepi coklat moist yang gebu ini.

Jangan lupa cuba resepi ini dirumah!

Leave a Comment