4 Resepi Fish Cake (Pelbagai Versi Untuk Anda Cuba)

Kebiasaannya fish cake akan dimasak bersama bihun goreng, sup, dan pelbagai lagi atau boleh dikatakan lagi sebagai hidangan sampingan sahaja. Tapi tahukah anda fish cake juga boleh dijadikan sebagai hidangan utama?. Di Korea, fish cake merupakan hidangan popular mereka. Kali ini kami ingin kongsikan resepi fish cake untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Korean Fish Cake

Bahan-bahan

  • Ikan, udang, dan sotong (pilih salah satu atau digabungkan semuanya)
  • Tablespoon 1:1:1:1 tepung kentang: tepung gandum : minyak sayur: putih telur ( bergantung pada kadar bahan seafood yg digunakan).
  • Tiga ke enam ulas garlic dan sebiji bawang horlland saiz sederhana.
  •  Sedikit garam, gula dan white pepper.

Cara buat Korean Fish Cake

  1. Kesemua bahan 1-4 digaul lumat dalam food processor/ blender.
  2.  Jika mahukan sayur seperti kucai, shiitake mushrooms dan carrot boleh di cincang halus dan gaulkan kemudian.
  3. Adunan ini sangat lembut sebab memang gunakan sedikit sahaja tepung .
  4. Peralatan yg digunakan seeloknya dioles dengan sedikit minyak dan masukkan terus ke dalam minyak yang panas sebaik sahaja dibentuk.

Sumber: Myss Deen dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Fish Cake Homemade

Bahan-bahan

  • Dori fish fillet
  • Udang dan sotong
  • telur (ambik putih sahaja)
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Tepung jagung (setengah cawan)
  • Tepung (setengah cawan)
  • Gula (1sk)
  • Garam (1sk)
  • Serbuk lada putih (1sk)
  • Minyak (1Sb)

Cara buat Fish Cake Homemade

  1. Blend semua bahan dalam blender.
  2. Tadi lupa nak letak minyak jadi kita gaul sekali je minyak dengan carrot, lada dan daun bawang.

Sumber: Cik Sue Zakaria dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3.  Resepi Sate Fish Cake

Bahan-bahan

  • 4 bungkus fish cake
  • 8 biji bawang besar
  • 12 ulas bawang putih
  • 4 inci halia
  • 4 inci kunyit
  • Cili kering – 2 senduk nasi selepas rebus dan blend
  • Serai 8 btg dihiris halus
  • 2 sudu makan ketumbar
  • 2 sudu makan jintan manis
  • 2 sudu makan jintan putih
  • Buah keras 16biji
  • Garam
  • Gula

Cara buat Sate Fish Cake

  1. Kisar semua bahan no. 2 hingga no.11
  2. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar.
  3. Masukkan garam dan gula. Sate ni kena manis sket, jadi lebih kan gula mengikut tahap kemanisan anda.
  4. Masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan fish cake yg telah dipotong nipis senipis nipisnya.
  6. Masukkan segelas air.
  7. Masak selama 5 minit /sehingga air tadi kering.
  8. Siap.
  9. Biarkan sejuk.
  10. Dah boleh cucuk.

Sumber: El Zara Saffiyah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Fantastic Fish Cake

Bahan-bahan

Bahan A

  • 2 paket fish cake
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1 biji cili merah
  • 2 helai daun bawang
  • 2 sudu lada putih
  • Secubit garam
  • 1 sudu makan mayonis kewpie
  • 1/2 cawan air ais batu

Bahan B

Sos

  • 3 sudu mayonis kewpie
  • 1/4 cawan sos cili
  • 1/2 cawan air panas
  • 3 sudu kicap manis
  • Daun bawang

Cara buat Fantastic Fish Cake

  1. Bancuh bahan A dan sebatikan.
  2. Panaskan minyak dan celup fish cake dalam tepung bancuhan tadi.
  3. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan.
  4. Campurkn bahan B untuk sos dan siap.

Sumber: Haliza Jeran dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudah kan nak buat resepi ini, dijamin bersih dan halal. Anak-nak mesti suka.

Jom baca resepi fish ball pula.

Selamat mencuba!

Leave a Comment