4 Resepi Vadai (Vade Ulundu, Masala & Medhu)

Vadai atau vadei ini merupakan kuih tradisi masyarakat India. Tapi sekarang, semua orang suka akan dengan kuih vadai ini. Selalunya kuih vadai ini di makan bersama dengan sebatang cili hijau, berbunyi rangup bila digigit bersama. Mesti anda ingin tahu resepi vadai ini kan?

Jangan risau kami akan berkongsi resepi ini dengan anda.

1. Resepi Vadai Dal Sugu Pavithra

Bahan-bahan

  • 1 cawan dal (rendam minimum 4 jam, asingkan 2 sudu kemudian kisar halus yang lain)
  • 1 bawang besar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar garam
  • 3 tangkai cili kering
  • 3 tangkai cili padi
  • 3 tangkai daun kari

Cara buat Vadai Dal Sugu Pavithra

  1. Kalau boleh dal blend kering. Kalau letak air cuba tapiskan. Supaya tak berderai bila goreng.
  2. Masa masukkan nak goreng tu kepal dulu, minyak mesti panas lepastu jangan terbalikkan awal.
  3. Biar dia terapung dan mengeras bawah baru terbalikkan. Api sederhana.
  4. Campur je semua bahan, bentukkan bulat dan terus goreng.

Sumber: Arif Eddy dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Ulundu Vadai

Bahan-bahan

  • 1 cawan kacang ulundu
  • 2 biji cili hijau-besar
  • 1 biji bwng besar
  • Daun kari
  • Jintan manis
  • Sedikit garam

Cara buat Ulundu Vadai

  1. Basuh & rendam kacang dalam 2 jam.
  2. Toskan air, blend bersama sedikit air sahaja serta jintan manis.
  3. Hiris cili serta bawang, racikkan daun kari.
  4. Masukkn sedikit garam.
  5. Basahkan tangan/oleskn minyak pada plastik /daun pisang supaya tidak melekat pada tangan buat lubang tengah dan goreng dalam minyak panas dan siap.

Sumber: Fatimah Saari dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Masala Vadai

Bahan-bahan

  • 250 gram kacang dhal, cuci dan rendam 4 jam
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 1 camca teh jintan manis
  • 2 tangkai cili kering, gunting kecil
  • 1 tangkai daun kari, dilurut
  • Garam secukup rasa

Cara buat Masala Vadai

  1. Toskan kacang dhal tadi, kemudian kisar hingga hancur, kalau masih ada sedikit biji  kacang dhal pun tak mengapa. Kisar tanpa air. Tuang ke dalam bekas.
  2. Masukkan jintan manis, cili kering, bawang besar dan daun kari (kalau daun kari anda besar, hiris sedikit). Gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Biar sekejap.
  3. Ambil sehelai plastik bersih, sapu dengan sedikit minyak makan, dan ambik anggaran 1 camca besar penuh adunan vadai, bulat dan leperkan sedikit.
  4. Susun atas loyang yang telah dialas plastik dan juga disapu sedikit minyak. Buat hingga siap.
  5. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
  6. Jika suka, boleh juga masukkan beberapa helai daun kari dalam minyak gorengan tadi bagi menambah aroma.

Sumber: Noor Ellina Jaafar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Medhu Vadai

Bahan-bahan

  • Kacang ulunthu
  • Halia
  • Jintan manis
  • Bawang merah
  • Cili hijau (ikut kepedasan anda)
  • Daun kari
  • Garam secukup rasa

Cara buat Medhu Vadai

  1. Rendam ulunthu untuk 3 jam.
  2. Toskan air dan kisar ulunthu dan halia sampai lembut.
    * boleh tambah air sikit
  3. Kisar sampai paste lembut.
  4. Masukkan jintan manis bila paste hampir lembut (macam kapas)
  5. Potong bawang merah, cili dan daun kari kecil-kecil.
  6.  Gaul sebati dengan paste ulunthu. Masukkan garam secukup rasa
    * kalau paste jadi cair, boleh tambah tepung beras 1 sudu makan besar.
  7. Buat mcam donut, boleh guna daun sirih atau plastik untuk bentuk bulat. Then goreng dalam minyak.

Sumber: Kalai Theivanai dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Rugi betul jika anda tak cuba resepi yang kami kongsikan ini.

Apakata anda cuba juga resepi rasam ini yang merupakan makananan masyarakat India.

 

Leave a Comment