3 Resepi Semperit (Pelbagai Versi dan Paling Penting Mudah)

Kuih semperit memang dijumpai ketika waktu hari raya sahaja. Tanpa kuih semperit ibarat tak lengkap juadah biskut hari raya kita. Dewasa ini pelbagai resepi kuih semperit telah diolah mengikut kesesuaian penggemar kuih ini. Jom kami kongsikan beberapa resepi kuih semperit khas untuk anda.

1. Resepi Semperit Susu

Bahan semperit susu

  • 250 gm butter
  • 1/2 cawan gula ising
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tutup esen vanilla
  • 400 gram tepung jagung

Cara buat semperit susu

  1. Butter dan gula digaul sebati, masukkan susu dan esen vanilla gaul lagi.
  2. Masukkan tepung jagung dan uli sehinggs menjadi doh yg lembut dan bukannya lembik.
  3. Terap dan rehatkan selama 10-15 min.
  4. Bakar suhu 170, 35-40 min.

** Tips: Pakai acuan semperit bunga pecah 10, teknik menekan juga main peranan untuk menghasilkan kelopak yg cantik.

Sumber: Hainany Idayu dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Semperit Lotus Biscoff

Bahan semperit lotus biscoff

  • Cawan
  • Majerin 1 cawan
  • Susu pekat 1/2 cawan
  • 3 sb lotus spread
  • 1/2 cawan tepung custard
  • 3 cawan tepung jagung
  • Biskut lotus untuk hiasan
  • Caramel cocochip

Cara buat semperit Lotus Biscoff

  1. Satu majerin cawan dimasukkan kedalam besen.
  2. Masuk sekali susu pekat dan spread lotus.
  3. Kacau sehingga sebati dan masuk tepung custard.
  4. Masuk tepung jagung sedikit demi sedikit sambil uli. Sampai dapat doh yang lembut.
  5. Acuan semperit tak kisah pecah berapa.
  6. Letak atas dia filling lotus biscoff & caramelchip, loyang jangan lupa sapu majerin. Dan selepas itu, panas kan oven 160,5 minit dan masukkan tray dan up kan suhu 170 untuk 25 minit.

Sumber: Fisha Raysha dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Semperit Klasik

Bahan semperit klasik

  • 1 cawan buttercup
  •  3/4 cawan gula aising
  • 1 biji kuning telur
  •  Sedikit esen vanila
  •  2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung kastard
  •  1 cawan tepung gandum

Cara buat semperit klasik

  1. Pukul buttercup bersama gula dan telur.
  2. Selepas itu masukan sedikit esen vanila.
  3. Masukan 3 jenis tepung (jagung+kastard+gandum)
  4. Bentukan bunga dan bakar pada suhu  150’c untuk 30minit.

Sumber: Azmah Zakaria dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Tidak semestinya perlu tunggu Hari Raya boleh buat kuih semperit, bila dah teringin nak makan bila-bila masa pun boleh buat. Jom cuba resipi biskut yang lain pula.

Selamat mencuba!.

Leave a Comment