3 Resepi Soto Ayam (Simple, Kenyang dan Berkhasiat)

Soto ayam sering menjadi pilihan sebagai juadah utama di musim perayaan mahupun di majlis keramaian. Enak di makan bersama bihun, nasi himpit mahupun mee, kami kongsikan resepi soto ayam ini seperti di bawah.

Jom kita try!

1) Resepi Soto Ayam Simple dan Sedap

Bahan-bahan 

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • 2 batang serai
  • 1 paket kecil rempah soto Mak Siti
  • 2 ketul dada ayam
  • kaki ayam direbus awal periuk tekanan (optional)
  • suhun goreng
  • taugeh
  • limau nipis
  • daun sup

Bahan cili kicap

  • cili api
  • bawang putih
  • kicap
  • limau nipis

Cara-cara buat Soto Ayam 

  1. Kisarkan bwang merah, bawang putih, halia
  2. Tumiskan serai sampai wangi bersama bahan kisar sehingga garing
  3. Serbuk rempah dibancuh dengan air
  4. Masukkan bancuhan ke dalam bahan tumisan tadi
  5. Selepas pecah minyak, masukkan air
  6. Masukkan dada ayam
  7. Tunggu sampai dada ayam masak
  8. Sesudah masak, toskan dada ayam dan carik-carik isinya
  9. Masukkan kaki ayam dalam kuah soto tadi
  10. Letakkan garam perasa. Gula sikit jika suka
  11. Renehkan dan tutup api
  12. Tabur bawang goreng, daun sup dan daun bawang

Cara-cara buat cili kicap

  1. Goreng cili api dan bawang putih
  2. Angkat dan tumbuk
  3. Masukkan dalam mangkuk
  4. Masukkan kicap
  5. Perah limau nipis

Sumber: Nabila Zaidi dari Masak Apa Harini


2) Resepi Soto Ayam Johor

Bahan-bahan

  • seekor ayam di belah dua
  • Bawang besar, bawang putih, kunyit,halia (di blender halus)
  • Rempah Soto
  • Bahan perasa

Bahan-bahan sambal kicap

  • Bawang putih
  • Lada
  • Gula
  • Kicap
  • Air limau kasturi

Cara-cara buat Soto Ayam Johor

  1. Bersihkan ayam. Rebus sampai mendidih
  2. Goreng ayam dan disiat-siat isinya
  3. Tumis bahan kisar sampai naik bau
  4. Masukkan rempah Soto
  5. Masukkan air rebusan ayam dan tulang-tulang ayam tadi
  6. Masukkan bahan perasa
  7. Masak sampai mendidih. Boleh makan bersama bihun dan nasi

Cara-cara buat Sambal Kicap

  1. Bawang putih dan lada digoreng
  2. Tumbuk bersama gula
  3. Masukkan kicap dan perah air limau kasturi


Sumber: Juju Minhad dari Masak Apa Harini

 


3) Resepi Soto Ayam Bakar

Bahan-bahan

Bahan-bahan Sup

  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia
  • bunga lawang
  • kulit kayu manis
  • bunga cengkih
  • buah pelaga
  • rempah sup Adabi
  • lada hitam
  • kaki ayam
  • kentang
  • carrot
  • daun saderi
  • garam dan Ajinomoto

Bahan-bahan Ayam Bakar

  • ayam
  • madu
  • sos lada hitam
  • halia
  • bawang putih

Bahan lain

  • Bihun (dicelur)
  • Suun digoreng dalam minyak panas (api kecil)
  • kacang goreng
  • taugeh
  • daun sup dan daun bawang

Bahan Sambal kicap

  • Cili api
  • kicap
  • bawang putih
  • air limau
  • gula
  • ajinomoto

Cara-cara buat Soto Ayam Bakar

Cara- cara buat sup

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga
  2. Masukkan air
  3. Biarkan mendidih
  4. Masukkan rempah sup Adabi dan lada hitam
  5. Masukkan kaki ayam
  6. Rebus sampai empuk
  7. Masukkan kentang, carrot, daun saderi
  8. Perasakan dengan garam dan Ajinomoto secukup rasa

Cara-cara buat Ayam Bakar

  1. Perap ayam bersama madu, sos lada hitam, halia, bawang putih
  2. Bakar di atas bara api

Cara-cara buat Sambal Kicap

  1. Blender semua bahan
  2. Siap


Sumber: Zarazelah Othman dari Masak Apa Harini

 

Akhir kata

Diharap anda semua dapat mencuba resepi simple soto ayam ini dan menikmatimya bersama keluarga tersayang.

Jika ingin mencuba resepi ikan bakar pula, boleh klik resepi ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment