4 Resepi Sirap Bandung Soda (Ada Laici, Cincau, dan Selasih)

Apabila tiba sahaja bulan Ramadan, pelbagai jenis air yang ada boleh membuatkan kita rambang mata. Semua kita rasa sedap dan enak. Kali ini kami akan kongsikan resepi sirap bandung soda yang cukup popular pada bulan puasa.

Jom baca!

1. Resepi Sirap Bandung Soda Laici

Bahan-bahan

  • 1 tin laici
  • 1/2 botol Air Soda
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 sudu pewarna merah ros
  • Ais batu

Cara buat Sirap Bandung Soda Laici

  1. Sediakan mangkuk agak besar.
  2. Masukkan pewarna.
  3. Kemudian masukkan susu cair.
  4. Masukkan laici dan kacau.
  5. Masukkan pula ais batu.
  6. Akhir sekali masukkan air soda dan kacau sebati.

Sumber: Ani Zam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Sirap Bandung Soda Cincau

Bahan-bahan

  • Cincau
  • Aiskrim soda (air gas)
  • Susu cair
  • Sirap
  • Ais

Cara buat Sirap Bandung Soda Cincau

  1. Potong cincau ikut suka.
  2. Masukkan aiskrim soda.
  3.  Masukkan susu cair sambil kacau supaya taknak bagi dia berketul berbintil.
  4. Masukkan ais, masukkan sirap dan kacau sebati.

Sumber: Dani J Tang dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sirap Bandung Soda Merah Cik Nina

Bahan-bahan

  • Ice cream soda F&N 1.5 liter – 1 botol
  • Susu/krimer manis Marigold – 1 cawan/300 gm
  •  Perwarna makanan merah/sirap rose secukup rasa.
  •  Ais secukupnya
  •  Garam secubit

Cara buat Sirap Bandung Soda Merah Cik Nina

  1. Basmallah, selawat, surah al-Kautsar dan niat.
  2. Sediakan ais dalam jug/bekas.
  3. Tuang ice cream soda, susu/krimer manis dan secubit garam dalam bekas berais.
  4. Titikkan perwarna/sirap rose secukupnya.
  5. Kacau segera.
  6. Sesuaikan rasa manis susu dikehendaki.
  7. Siap.

Sumber: Haninah Salim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Sirap Bandung Selasih (Tanpa Soda)

Bahan-bahan

  • Beberapa titik pewarna merah
  • 1/2 botol 100 Plus Berry flav
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 3 sudu selasih direndam
  • Ais secukupnya

Cara buat Sirap Bandung Selasih

  1. Dalam bekas masukkan beberapa titik pewarna merah dalam air 100 Plus.
  2. Kacau. Masukkan susu dan kacau. Biar manis tak apa.
  3. Kemudian masuk ais secukupnya dan masuk biji selasih kembang. Hidangkan.

Sumber: Mak Tam Mai Maisha dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Simple sahaja kan resepi ini. Rugi kalau tak cuba!

Anda peminat minuman air mata kucing? Jom semak di sini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment