4 Resepi Tempoyak Durian (Ikan Patin & Sambal Bilis)

Jika tiba musim durian, memang ramai yang menjual durian. Jika mempunyai kebun pula, durian sampai tak termakan. Selalunya jika ada lebihan durian atau buah durian yang telah rosak, mak-mak kita akan membuat tempoyak durian. Tempoyak durian ini setelah diperap lama boleh dijadikan pes makanan berkuah. Fuhh terliurkan? Jika terliur jom kami kongsikan resepi tempoyak untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Patin Tempoyak

Bahan-bahan

  • 2 slice isi ikan patin
  • 10 biji cili
  • 1 inci kunyit hidup
  • Semangkuk tempoyak
  • 2 mangkuk air
  • Garam, gula dan sedikit perasa
  • 1 biji timun tua kikis kulit luar belah 2 dan buang biji potong ikut citarasa sendiri
  • Daun kesum
  • Bunga kantan

Cara buat Patin Tempoyak

  1. Tumbuk kunyit, cili api dengan sedikit garam dan lumat.
  2. Masukkan dalam periuk bersama bilasan sedikit air dlm lesung batu.
  3. Biarkan mendidih, masukkan air semangkuk agak sebati.
  4. Masukkan tempoyak biarkan seketika kemudian masukkan ikan patin dan timun tua biarkan hingga ikan dan timun masak, kuah agak jangan pekat @ cair sangat.
  5. Masukkan daun kesum dan bunga kantan perasakan dengan garam, gula dan perasa agak sebati dan pekat elok tutup api.

Sumber: Shidah Asmuni dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Sambal Bilis Petai Tempoyak

Bahan-bahan

  • *Cili padi hijau & merah
  • *Bawang merah 1 @ 2 ulas
  • * Diblend
  • Ikan bilis
  • Petai
  • Tempoyak
  • Daun kunyit dihiris

Cara buat Sambal Bilis Petai Tempoyak

  1. Bahan blend tadi ditumis dgn minyak.
  2. Masukkan ikan bilis hingga masak.
  3. Masukkan sedikit garam & serbuk perasa.
  4. Masukkan petai, tempoyak & daun kunyit yg dihiris
  5. Kalau pekat sangat boleh masukkan sedikit air.

Sumber: Harniza Ahmad dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Pes Tempoyak

Bahan-bahan

  • Isi durian
  • Garam
  • Gula

Cara buat Pes Tempoyak

  1. Gaulkan semua bahan-bahan di atas sampai sebati dan isikan ke dalam bekas@botol, pastikan jangan sampai penuh tau. Nanti meletup.
  2. Simpan di dalam peti sejuk (barulah rasa tempoyak tu xmasam. Sedap seperti rasa durian yang sebenar )
  3. Kalau nak buat sambal tempoyak, nanti gaulkan tempoyak bersama sambal cili padi.

Sumber: Miera Rahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Sambal Tempoyak Daun Kayu

  • Durian 2kg
  • Santan 2kg
  • Petai ( letak lebih )
  • Daun pucuk ubi (1 dulang)#
  • Daun kadok 12 helai #
  • Daun kunyit 8 helai #
  • Serai 12 btg *
  • Bawang besar 6 bijij
  • Cili padi
  • Kunyit hidup lbh sikit *
  • Semua bahan * kisar…
  • Semua bahan # hiris nipis

Cara buat Sambal Tempoyak Daun Kayu

  1. Masukkan santan, durian dan kacau tapi sekejap sahaja.
  2. Masukkan semua bahan kisar dan bahan hiris.
  3. Masukkan garam dan gula.
  4. Kacau sambal sampai kering sikit.
  5. Siap.

Sumber: Aziezura Zura dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Ikan apa sedap masak tempoyak?

Kalau ikut kami, antara ikan yang memang sedap mak tempoyak ialah:

  • Ikan patin
  • Ikan baung
  • Ikan kembung
  • Ikan siakap
  • Ikan keli
  • Ikan tenggiri

Namun, tekak masing-masing.

Ada juga yang tidak bersetuju dengan senarai ikan yang sedap buat tempoyak.

Apa pun, rugi jika anda tak cuba resepi tempoyak ini. Musim durian hanya setahun sekali sahaja.

Jom baca resepi berasaskan durian juga iaitu resepi serawa durian.

Selamat mencuba!

Leave a Comment