4 Resepi Jagung Manis Dalam Tin (Manis & Lemak Berkrim)

Jika ke pasar malam antara makanan yang wajib beli ialah jagung yang disapu dengan planta, tidak kira lah jagung bakar atau jagung rebus. Makan panas -panas memang sedap. Kali ini kami kongsikan resepi jagung manis untuk anda cuba sendiri dirumah. Bolehlah berjimat.

Jom kita try!

1. Resepi Jagung Manis Dalam Tin

Kalau ada buah jagung yang fresh, anda boleh gunakan. Namun, jika tak ada boleh sahaja gunakan jagung dalam tin.

Bahan-bahan

  • 500 gram jagung frozen
  • 4 sudu buttercup/ marjerin
  • 3 sudu susu pekat manis
  • Sedikit garam

Cara buat Jagung Manis Dalam Tin

  1. Kukus jagung selama 20- 30 minit.
  2. Gaulkan bersama majerin, susu pekat dan garam.

Sumber: Zaky Mat Ali dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Jagung Cawan Lemak Manis Tanpa Kukus

Bahan-bahan

  • 1 paket jagung frozen jenama Dailly Fresh
  • 1 tin krimer pekat manis SAJI
  • 3 sudu besar marjerin (lebihkan lagi sedap)
  • Sedikit air dan garam secukup rasa

Cara buat Jagung Cawan Lemak Manis Tanpa Kukus

  1. Masukkan jagung dalam kuali dan masuk sedikit air sukatan anggaran setengah dari jagung.
  2. Tutup kuali dan biarkan hingga jagung empuk/masak. Jika air kering boleh tambah lagi airnya.
  3. Akhir sekali masuk susu pekat, sukatan mengikut manis yang disukai. Garam dan marjerin secukup rasa. Suka cheese boleh parut cheddar cheese atasnya. Siap.

Sumber: Aisyah Humaira dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Jagung Manis Berkrim

Bahan-bahan

  • 250g @ 2 cawan jagung
  • 2 sudu besar majerin
  • 1 1/2 sudu besar susu pekat manis
  • Sedikit garam

Cara buat Jagung Manis Berkrim

  1. Kukus jagung (forzen) @ rebus jagung (tongkol) sekurang-kurangnya 20 minit. Ada yang cakap lebih lama lebih sedap.
  2. Gaulkan jagung bersama majerin, susu pekat dan garam sehingga sebati.
  3. Siap.

Sumber: Farhana Garni dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Jagung Susu Cheese Viral

Bahan-bahan

  • 1 sudu besar mentega @ butter
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis (kurangkan jika ingin kurang manis)
  • 1 cawan air
  • 1 sudu kecil @ sudu teh garam
  • 3 ~ 5 tongkol jagung (dipatah dua)
  • Cheddar cheese secukupnya (sesuai selera)

Cara buat Jagung Susu Cheese Viral

  1. Cairkan mentega. Masukkan susu cair, susu pekat manis, air dan garam. Kacau sebati.
  2. Masukkan jagung. Masak sehingga jagung empuk dan kuah memekat.
  3. Setelah jagung empuk, masukkan cheese @ keju. Sedia untuk dihidang.
    Nota : Boleh juga taburkan keju parut, mix herbs atau lada sulah sesuai selera. Enak dimakan ketika masih panas.

Sumber: Nur Nilam Sari dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi ini dapat memberi sedikit idea untuk anda.

Kalau ada jagung lebih, boleh juga buat mengikut resepi bubur jagung ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment