4 Resepi Ayam Bakar BBQ (Style Panggang Madu, Sos BBQ)

Anak-anak  suka sangat menu masakan yang ada ayam. Dalam peti ais itu penuhlah dengan ayam. Tapi tak tahu kadang-kadang nak masak apa. Balik-balik ayam goreng. Kali ini apa kata cuba buat resepi ayam bakar BBQ pula. Bahan-bahan dia tak banyak and nak buat senang sahaja. Ini antara resepi-resepi ayam bakar madu yang boleh dicuba.

Jom kita try!

1. Resepi Ayam Bakar Madu Sos BBQ

Bahan-bahan

Bahan 1

  • Ayam

Bahan 2

  • 15 biji Cili kering *
  • 2 Sudu Serbuk cili
  • 2 biji Bawang besar *
  • 5 ulas Bawang putih*
  • 1 sudu jintan manis *
  • 1 sudu Jintan putih *
  • 1 sudu ketumbar*
  • 1 sudu lada hitam *
  • Halia *
  • 4 batang Serai+

Bahan 3

  • Sos cili
  • Sos bbq
  • Sos lada hitam
  • Gula merah
  • Aji
  • Gula putih
  • Garam
  • Minyak utk menumis

Cara buat Ayam Bakar Madu Sos BBQ

  1. Kisarkan bahan yang bertanda *
  2. Kemudian tumiskan bahan-bahan yang dikisarkan tadi.
  3. Dalam beberapa minit masukkan bahan 3.
  4. Masak hingga pekat.
  5. Kemudian sapukan perapan yang telah dimasak pada ayam.
  6. Perapkan ayam yang telah disalutkan dengan bahan 2 dan 3 tadi.
  7. Boleh bakar ayam.
  8. Siap.

Sumber : Yati Yati dari BIKMM

 

2. Resepi Ayam Bakar BBQ Madu Oven

Bahan-bahan

  • Madu
  • Bawang putih -ditumbuk
  • Halia – ditumbuk
  • Lada hitam – ditumbuk
  • Sos bbq
  • Sos tiram
  • Sos manis abc
  • Kicap cap udang
  • Serbuk cili/paprika
  • Minyak bijan 1 sudu
  • Minyak jagung / 1 sudu butter

Cara Buat Ayam Bakar BBQ Madu Oven

  1. Panaskan oven dahulu dalam suhu 250 °c selama 15 minit.
  2. Baru masukkan ayam
  3. Turunkan suhu ke 170°c dalam masa 45 minit atau hingga masak.
  4. Pada minit ke 30 angkat ayam dan salutkan semula dengan sisa perapan dan sambung masak ayam.
  5. Siap

Tips : Sebelum perap pastikan ayam tidak berair.

Sumber : Tujuh Warna Pelangi dari MAHN.

 

2. Resepi Ayam Bakar Madu Pasar Malam (Panggang BBQ)

Bahan-Bahan

  • Ayam (dipotong)
  • 3 sudu madu
  • 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Sos BBQ 3 sudu (besar)
  • Sos tiram 3 sudu (besar)
  • Sos cili 3 sudu (besar)
  • Gula 2 sudu (besar)
  • Garam 2 sudu (besar)
  • Serbuk cili 2 sudu (kecil)
  • Serbuk lada putih (sesedap rasa)
  • Serbuk pewarna merah sesedap rasa (lagi banyak lagi merah dia tak pahit)

Cara Buat Ayam Madu Pasar Malam (Panggang BBQ)

  1. Gaulkan bahan-bahan termasuk yang telah ditumbuk
  2. Letakkan bahan-bahan yang dah sebati tadi dan perapkan pada ayam
  3. Kemudian boleh bakar ayam hingga menjadi kemerah-merahan

Sumber : Lokman Hakim dari Berkongsi Ilmu & Kuih Muih

 

4. Resepi Ayam Bakar BBQ Madu Grill

Bahan-bahan

  • Ayam 1.4kg
  • Gula 250g
  • Serbuk cili 125g
  • Madu
  • Garam secubit
  • Secukup rasa

Cara buat Ayam Bakar BBQ Madu Grill

  • Sediakan ayam.
  • Masukakkan serbuk cili, garam,gula dan secukup rasa.
  • Sapu dan ratakan semua bahan perapan tadi diseluruh ayam.
  • Masukkan madu dan ratakan diseluruh ayam.
  • Perapkan ayam.
  • Kemudian selesai perap ayam boleh dibakar.
  • Ketika ayam dibakar sapukan sekali dengan lebihan perapan tadi.
  • Siap

Nota : Boleh juga tengok cara masak di link ini.

Sumber : Mohamad Fazli dari MMAHN

 

Akhir kata

Dengan adanya 4 jenis resepi ayam bakar BBQ atau panggang madu ini pasti tidak bosan untuk dimakan bersama keluarga dan juga anak-anak. Kalau nak cuba masak ayam bakar madu air fryer pun boleh.

Resepi ayam yang lain juga ada kalau nak pelbagaikan menu masakan.

Selamat mencuba!

Leave a Comment