4 Resepi Apam Balik (Ikut Citarasa Anda, Gebu Atau Rangup)

Petang-petang syok juga kalau layan apam balik kan? Sebenarnya mudah sahaja untuk buat hidangan ini. Bahan-bahan untuk buat apam balik ini juga bahan yang memang biasa ada di rumah. Kami kongsikan pelbagai resepi apam balik untuk anda. Boleh cuba mengikut citarasa anda!

1. Resepi Apam Balik Gebu

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawn susu full cream atau susu cair
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Sedikit pewarna kuning
  • Sedikit minyak

Bahan-bahan tabur

  • Serbuk kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar kasar)
  • 1 tin jagung krim
  • Gula secukupnya

Cara buat apam balik

  1. Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan garam.
  2. Pukul telur bersama gula hingga sebati.
  3. Masukkan susu dan pewarna kuning. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Masukkan bahan ayak dan kacau sehingga adunan tepung menjadi licin dan tidak berketul.
  5. Perap selama 1 jam. Panaskan kuali non-stick dan lapkan kuali dengan minyak.
  6. Tuang adunan dalam 1 senduk lebih. Biarkan seketika hingga gelembung udara naik.
  7. Tabur sedikit gula, jagung dan kacang tanah. Lipat dan angkat. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Nourel Hueda dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Apam Balik Mudah

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh yis
  • 1/4 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 1/4 cawan air / susu segar
  • 2 sudu besar marjerin (dicairkan)
  • Sedikit garam
  • Sedikit esen vanila
  • Sedikit pewarna kuning

Bahan-bahan inti

  • Kacang tanah (goreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar kasar)
  • Jagung tin
  • Gula
  • Sedikit mentega

Cara buat apam balik

  1. Masukkan telur, gula dan air ke dalam blender. Kisar hingga berbuih dan gula hancur.
  2. Masukkan bahan-bahan lain dan kisar lagi hingga halus. Rehatkan adunan selama sejam.
  3. Panaskan kuali non-stick dengan api kecil. Sapu sedikit marjerin.
  4. Tuang adunan dan ratakan.
  5. Apabila adunan sudah berlubang kecil, taburkan gula, kacang dan jagung.
  6. Letakkan sedikit mentega yang sudah dipotong kecil.
  7. Apabila apam dah berwarna coklat, lipat dan angkat. Sapukan permukaan apam dengan marjerin. Siap.

Sumber: Rahmah Rosmin dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Apam Balik Crispy

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh dry yeast
  • 1 biji telur
  • 300ml air
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 1/2 sudu teh garam

Bahan-bahan topping

  • Gula pasir
  • Kacang tanah (tumbuk sederhana halus)
  • Marjerin
  • Jagung cream

Cara buat apam balik

  1. Pukul atau kisar telur dengan gula sehingga kembang. Tambahkan air, susu pekat, yeast, soda bikarbonat dan baking powder.
  2. Apabila dah kembang, masukkan tepung gandum dan kisar lagi sehingga sebati. Rehatkan adunan selama setengah jam.
  3. Panaskan kuali dengan api kecil. Oles minyak di keliling kuali, tuangkan 1 senduk kecil adunan dan ratakan nipis.
  4. Terus taburkan bahan, masak sebentar hingga garing.
  5. Lipat dua dan boleh angkat. Sapukan marjerin sedikit di atas apam balik dan sedia untuk dimakan.

Sumber: Aurora Miszz Aurora dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Apam Balik Crispy Tanpa Kacang

Bahan-bahan

  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 biji telur besar
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder

Cara buat apam balik

  1. Kisar gula dan telur.
  2. Masukkan bahan-bahan lain dan kisar lagi sehingga sebati. Diamkan selama 30 minit.
  3. Panaskan kuali non-stick, tuangkan 1 senduk adunan.
  4. Goyangkan kuali sehingga adunan rata menutupi permukaan kuali, kecilkan api.
  5. Bila dah keluar lubang halus menandakan apam sudah masak dan pastikan tepi apam berwarna coklat, taburkan sedikit gula dan sapukan marjerin.
  6. Taburkan topping yang digemari dan siap.

Nota:

  1. Guna api sederhana, pastikan kuali betul-betul panas sebelum memasak apam balik.
  2. Adunan boleh tahan dalam peti sejuk dalam bekas bertutup selama 5 hari.
  3. Jika inginkan apam yang rangup, tunggu hingga tepi apam warna coklat baru lipat dan angkat.

Sumber: Helena Rizanie Abdullah dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sebenarnya tak susah pun untuk membuat kuih ini kan, ikut sahaja resepi apam balik yang kami kongsikan ini.

Jika anda suka membuat kuih, jangan lupa untuk lihat resepi nona manis, resepi kuih penyaram dan resepi lepat pisang yang kami kongsikan ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment