4 Resepi Acar Ikan Masin (Kecur Air Liur)

Jika anda peminat lauk acar, mungkin resepi acar ikan masin ini menjadi kegemaran anda. Banyak sebenarnya lauk acar yang ada. Kali ini kami nak bawakan resepi acar ikan masin yang sedap dimakan bersama nasi panas ini.

Jom try!

1. Resepi Acar Limau Nipis Campur Ikan Masin Malong

Bahan-bahan

  • Cabai kering
  • Serbuk kari
  • Kacang tanah (digoreng)
  • Halwa Buah pala
  • Limau nipis (1kg direbus berkali-kali sampai pecah kulit. Air rebusan ditukar 4-5 kali bagi menghilangkan rasa pedas limau. Belah dan buang biji)
  • Bawang merah (dipotong)
  • Bawang putih (sebiji)
  • Lobak merah (dipotong kecil)
  • Kurma (belah buang biji )
  • Cabai melaka (sebiji)
  • Bawang holland (sebiji)
  • Ikan masin malong (digoreng)
  • Halia (dimayang halus)
  • Buah belimbing buluh
  • Bijan
  • Cuka
  • Gula (kuantiti yang agak banyak nak bagi nampak caramel sikit)
  • Garam

Bahan diblender dan ditumis

  • Bawang merah (5 biji)
  • Bawang putih (8 ulas)
  • Halia

Cara buat Acar Limau Nipis Campur Ikan Masin Malong

  1. Selepas bahan tumis dah kering dan berbau wangi masukkan cili blender bersama rempah kari masak sehingga pecah minyak.
  2. Selepas itu masuk gula, garam dan cuka masak sehingga rasa sebati baru masukkan bahan sampingan. Siap.
  3. Masak ini agak lama dan kena bagi berminyak sikit supaya acar lebih tahan lama. Selamat mencuba.

Sumber: Norfaiza Yusop dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Acar Ikan Masin Talang

Bahan-bahan

  • 1 cawan Ikan talang masin dipotong kecil dan goren garing
  • Bwg putih 10 ulas
  • Bwg merah 10 biji
  • Lobak masin seggengam (hiris kecil)
  • Bawang putih jeruk seggengam
  • Cili padi seggengam
  • Kismis seggengam
  • Limau jeruk segenggam
  • Cili giling 1 1/2 cawan
  • Garam
  • Gula
  • Cuka 2sb (optional) gantikan dengan sos tomoto atau air jeruk
  • Bijan disangai (optional) 5sb

Cara buat Acar Ikan Masin Talang

  1. Tumis bawang putih dan bawang merah kemudian masukkan cili giling bersama gula.
  2. Bila dah garing masukkan cuka/air jeruk dan bahan asas.
  3. Kacau semuanya hingga sebati.
  4. Perasakan dengan gula garam dan secukup rasa. Taburkan bijan dan gaul.

Sumber: Anida Azmi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Acar Buah Ikan Masin

Bahan-bahan

  • Isi ikan kurau masin 1 mangkuk
  • Cili api kampung 1/2 cawan
  • Kismis 1/2 cawan
  • Lobak manis cincang 1/2 cawan
  • Jeruk buah pala 1 cawan – hiris nipis
  • Jeruk mangga kulit 1 cawan – hiris nipis
  • Biji bijan 1 sudu makan – sangai
  • Bawang merah 10 biji
  • Bawang putih 10 biji
  • Cuka makan 1 cawan
  • Gula pasir 1 cawan
  • Rempah kari 2sb
  • Minyak masak 2 cawan

Bahan Kisar

  • Lada kering 2 genggam
  • Bawang merah 5 biji
  • Bawang putih 5 biji

kisar sampai halus

Cara buat Acar Buah Ikan Masin

  1. Kupas kulit bawang merah bawang putih biarkan sebiji kemudian campur dengan cuka rendam 1 jam.
  2. Basuh ikan masih potong kecikl, kemudian goreng sampai garing dan angkat letak tepi dulu.
  3. Kemudian terus masukkan bahan kisar masak sampai betul pecah minyak kacau dan kemudian masukkan gula dan rempah kari.
  4. Akhir sekali masukkan bawang yang direndam cuka tadi dengan cuka sekali dan semua bahan ikan masin jeruk kacau sampai sebati dan taburkan biji bijan.
  5. Sejukkan dulu baru masukkan dalam bekas siap.

Sumber: Uwan Nolly Epin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Acar Ikan Masin Belimbing Buloh

Bahan-bahan

  • 500g isi ikan masin di goreng garing. Ketepikan
  • 1 mangkuk halwa belimbing buloh
  • Satukan dlm 2 cawan cuka
  • Bawang putih
  • Halia yg dipotong memanjang
  • Cili api merah/ hijau
  • Sedikit bijan yang disangai
  • 2 cawan minyak

Blend halus

  • 2 biji bawang besar
  • 1 labu bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 senduk cili kering yang dikisar
  • 1 sudu besar rempah kari
  • Gula, garam dan perasa

Cara buat Acar Ikan Masin Belimbing Buloh

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik bau.
  2. Masukkan cili blend dan rempah kari. Kacau hingga naik minyak.
  3. Asingkan cuka dgn bahan yang direndam tadi dan masukkan cuka ke dalam kuali.
  4. Kacau sehingga pekat, baru masukkan bahan yang direndam cuka, belimbing juga ikan.
  5. Perasa kan dengan gula dan garam.
  6. Tabur bijan yang disangai.Gaul sebati

Sumber: Sabariah Bahasar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Acar ikan masih ini juga boleh dibuat stok, mudah jika anda tiada idea untuk masak. Rasa acar ikan masin ini perlu ada rasa masin, manis dan pedas memang ngam.

Jom lihat resepi acar limau yang pasti membuatkan anda terliur.

Selamat mencuba ya!

Leave a Comment