4 Resepi Ayam Tandoori (Rasa Macam Kedai Mamak)

Kalau ke kedai Mamak, pasti anda terbau keenakan ayam tandoori mereka. Makan pula bersama roti nan memang serasi rasanya. Ayam tandoori ini dibakar bersama rempah yang mereka buat sendiri. Memang terliur kan. Jom baca resepi ayam tandoori ini.

Jom kita try!

1. Resepi Ayam Tandoori With Yogurt Marvellous

Bahan-bahan

  • 3 biji bawang besar
  • 8 ulas bawang putih
  • 3 inci hirisan halia
  • 2 sudu kecil garam
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 sudu besar Sos tiram
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • Skit daun pudina
  • Plain yogurt.
  • sedikit pewarna merah

(Blend semua)

Cara buat Ayam Tandoori With Yogurt Marvellous

  1. Dua sudu besar marjerin-tak blend cuma sapukan pada ayam panas selepas ayam masak, nampak berkilat dan cantik sedap.
  2. Blend bahan rempah ratus + plain yogurt.
  3. Blend hingga sebati (tanpa air).
  4. Lumurkan bahan perapan pada ayam hingga sekata.
  5. Perapkan ayam didalam beg kedap udara untuk daptakan rasa dan aroma yang lebih kuat ke dalam ayam.
  6. Perap selama 5 jam. Saya perap semalaman.
  7. Bakar di dalam oven bersuhu 180c sehingga masak.

Sumber: Ziela Ramli dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Ayam Tandoori Chutney Pudina

Bahan-bahan

  • 1cawan daun pudina
  • 1 cawan daun ketumbar
  • 3 tangkai cili hijau
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 hiris halia
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu teh gula
  • 3 sudu besar yogurt

Bahan A

  • Setgah ekor ayam d basuh,klu potong 2 atau 4 better kelar kasar
  • 2 sudu makan minyak masak

Bahan B

  • 1 sudu teh serbuk cili
  • sdikit garam garam
  • 1 sudu makan jus lemon

Bahan C

  • 3 sudu teh yogurt asli (pekat)
  • 1 sudu teh campuran pes halia bawang putih | 3 ulas bawang putih dan 3cm halia yang dikisar lumat.
  • 2 sudu teh serbuk cili
  • 1/2 sudu teh garam masala
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh pewarna merah

Cara buat Ayam Tandoori Chutney Pudina

  1. Masukkan semua ke dalam pengisar dan kisar hingga halus. Sedia di hidangkan bersama ayam tandoori.
  2. Satukan bahan B hingga sebati dan lumurkan pada ayam. Pastikan sapu rata pada kelaran dan isi ayam keseluruhan. Perap seketika.
  3. Dalam bekas berlainan, campur semua bahan C. Pastikan campuran pekat sedikit dan jangan tambah air.
  4. Lumur campuran bahan C pada ayam. Masukkan 2 sudu makan minyak masak. paling kurang 2 jam sebelum dibakar.
  5. Bakar ayam tandoori tadi pada suhu 230C selama 25-30 minit.
  6. Semasa membakar, selepas 20 minit pertama, periksa ketulan ayam dan sapukan sedikit minyak di permukaannya. Masa memasak mungkin berbeza bergantung kepada saiz ayam yang digunakan juga jenis ketuhar.

Sumber: Nurul Hawa Nadila Sari dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Ayam Tandoori Mudah

Bahan-bahan

  • Ayam bahagian peha
  • 3 sudu makan yogurt
  • *bawang putih & lada hitam di tumbuk
  • Serbuk jintan manis
  • Serbuk ketumbar
  • Kunyit
  • Garam masalla
  • Pewarna merah (tambah serbuk cili)
  • Sudu minyak

Cara buat Ayam Tandoori Mudah

  1. Campurkan jeh semua bahan-bahan di atas.
  2. Perapkan ayam tandoori dalam 3-4 jam macam tu dalam peti ais nanti nak masak boleh keluarkan 15 minit awal.
  3. Bolehlah dibakar atau panggang seperti biasa.

Raita

  1. Tumbuk bawang putih, halia, daun pudina & daun ketumbar sehingga halus.
  2. Tambahkan sedikit garam campurkan bahan ditumbuk tadi kedalam yogurt.
  3. Perahkan limau nipis & gaul rata. Ayam tandoori di hidangkan dengan salad, raita, hirisan bawang & lemon.

Sumber: Norfadilah Ibrahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Ayam Tandoori Air Fryer

Bahan-bahan

  • 1/4 ayam bahagian paha
  • 1tbs minyak masak/minyak zaitun
  • Serbuk cili babas (ikut kepedasan)
  • 2tbs Air asam limau/lemon
  • Garam sedikit

Campur semua bahan diatas, gaul mesra bersama ayam

Bahan perap

  • 2tbs yogurt
  • 1/2ts serbuk kunyit
  • 2bj bawang putih tumbuk
  • 1-2inci halia tumbuk
  • 1/2ts serbuk lada hitam
  • 1ts serbuk cili babas
  • 1/2ts magge secukup rasa
  • Sedikit pewarna merah(optional, saya tak letak)

Campur semua bahan ini tanpa letak air

Cara buat Ayam Tandoori Air Fryer

  1. Ayam yang di gaul mesra tadi diperap bersama bahan perapan selama 4jam@semalaman.

Step untuk dapat hasil ayam juicy didalam, garing diluar

  1. Ayam yang dah di perap di balut dengan aluminium foil 2layer.
  2. Set kan airfryer 180c selama 30minit
  3. Seleps 30minit ayam tersebut akan masak sepenuh nya buka separuh bungkusan aluminium dan set kan lagi 20minit untuk sesi pembakaran luaran ayam untuk garingkan bahagian luar ayam.

Sumber: Athirah Adnan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Selepas ini jika anda craving ayam tandoori, tak perlu susah lagi nak ke kedai mamak. Buat sendiri lagi puas hati.

Jom semak juga resepi ayam goreng bawang putih yang viral ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment