4 Resepi Asam Laksa (Rasa Masam Manis)

Kalau anda pergi ke Aeon Mall pasti anda kenal dengan jenama D’Laksa Asam Laksa. Lalu sahaja di kiosk mereka memang semerbak bau harum kuah asam laksa. Memang menggiurkan. Jangan risau kali ini kami kongsikan resepi asam laksa untuk anda cuba sendiri.

Jom kita try!

1. Resepi Asam Laksa Cina

Bahan-bahan

  • 3 liter air
  • 1 kilogram ikan sardin/kembung/selayang
  • 1 tin sardin Ayam Brand ( 425 gram )
  • 5 senduk cili kisar
  • 3 sudu makan asam jawa
  • 8 keping asam keping gred elok (jika gunakan yang murah dalam 12-13 keping)
  • 5 tangkai daun kesum
  • 3 batang bunga kantan
  • 2 tangkai daun pudina
  • Gula melaka/gula merah hancur secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa

P/s : Boleh masukkan petis udang 1/2 botol kecil kalau mahu

Bahan Kisar

  • 100 gram bawang merah besar India
  • 25 gram belacan
  • 13 tangkai cili padi hijau
  • 1 batang serai saiz sederhana
  • 300 gram nanas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci lengkuas

Bahan Ulam Asam Laksa Cina :

  • Daun salad
  • Bawang merah besar India
  • Asam limau kasturi
  • Telur rebus
  • Timun
  • Cili Padi
  • Daun Pudina

Cara nak buat Asam Laksa Cina :

  1. Rebus ikan boleh rebus telur sementara tunggu ikan siap. Kisar bahan kisar dan hiris ulam-ulaman. Sukat dan sediakan 3 liter air untuk pelbagai kegunaan. Bila ikan rebus dah masak dan sejuk,asingkan isi ikan dengan tulang ikan. Kisar dengan guna air yang disukat dan masukkan dalam bekas asing. Untuk bahagian tulang dan kepala ikan, tapis untuk elakkan kuah asam laksa penuh dengan tulang.
  2. Dalam periuk, masukkan baki stok air tadi ke dalam periuk besar, isi ikan kisar, air kisaran tulang dan kepala bersama bahan kisar, cili kisar, asam keping, air asam jawa, belahan bunga kantan, daun kesum, daun pudina. Masak hingga mendidih dan kuah asam laksa menjadi pekat. Masa diambil dalam 20-30 minit untuk kuah mendidih.
  3. Tambah gula Melaka hancur garam serta serbuk perasa. Pastikan kuah manis buah untuk seimbangkan rasa masam, pedas kuah. Separuh isi ikan sardin Ayam Brand yang siap dibasuh seketika tadi dilenyek kasar dan dimasukkan dalam kuah. Separuh lagi untuk dihidangkan bersama asam laksa cina nanti.
  4. Bila dah tutup api, terus keluarkan asam keping tadi untuk elakkan terlebih rasa masam. Keluarkan semua. Boleh lah hidang dengan laksa beras atau laksa yang dah siap.

Sumber: Ben Safwan dari Masak Apa Hari Ni(MAHN)

2. Resepi Asam Laksa Sardin

Bahan-bahan

  • Sardin tin ( mackerel ) 1 tin besar untuk blend (ambik separuh sos), 1 tin kecil untuk hancur kasar
  • Cabai kering potong buang biji kemudian rebus
  • Belacan bakar 1 1/2 inci
  • Bawang besar 2 biji
  • Nenas (1/4 biji)
  • 2 paket perencah asam pedas

Bahan lain

  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Asam keping
  • Laksa basah (celur)
  • Timun jepun
  • Bawang besar
  • Nenas
  • Daun pudina (optional)
  • Fried fishball
  • Garam

Cara nak buatAsam Laksa Sardin

  1. Blend semua bahan * sampai halus.
  2. Masukkan dalam periuk kemudian tambah air. Masak sampai mendidih.
  3. Masukkan asam keping, bunga kantan, daun kesum, fried fishball. Kacau sebati, tunggu sampai fishball masak.
  4. Sementara tunggu kuah masak boleh celur laksa, potong timun, bawang, daun pudina dengan nenas.
  5. Bila kuah dah mendidih masukkan ikan tin kecil dalam kuah biar dalam 5 minit. Perasakan.
  6. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Naqiyah Sidek dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Asam Laksa Penang

Bahan-bahan

Bahan kisar

  • 1 tin besar sardin Ayam Brand
  • 2 paket Pes Asam pedas Adabi
  • 1 Biji Bawang besar
  • 2 Biji Bawang India
  • 3 Biji Lada merah
  • Sedikit belacan
  • Sedikit nenas

Bahan bahan lain

  • Seikat daun kesum
  • 2 batang Bunga kantan
  • 5@6 keping Asam keping
  • Nenas yang dipotong halus
  • Garam dan gula

Bahan hiasan

  • Telur
  • Daun salad
  • Daun pudina
  • Cili padi
  • Bunga kantan
  • Limau kasturi atau limau nipis
  • Bawang

Cara nak buat Asam Laksa Penang

  1. Kisar lumat semua bahan ini,didihkan bersama 1 jug air atau ikut suka anda nak kuah sepekat mana, kemudian masukkan bahan bahan lain.
  2. Ambil sedikit Ikan sardin dan hancurkan, biar nampak ketulan.
  3. Didihkan hingga masak.

Sumber: Suriani Mohd Ariffin dari Masak Apa Hari Ni(MAHN)

4. Resepi Asam Laksa Fishball

Bahan-bahan

  • 2 tin besar Ikan Sardin dalam tin
  • Cili kisar 2 genggam
  • 3sb Asam paste Adabi
  • 10 keping asam keping
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • 1 sb gula melaka hancur
  • Garam
  • 1 Stok ikan bilis cube
  • Air
  • Prawn paste 6sb
  • Kisar
  • 3 bawang besar
  • 1 inchi lengkuas
  • 1 inchi halia
  • 1 inchi kunyit hidup
  • 6 cili padi
  • 6 batang serai
  • 1 ulas nenas belah 4

Cara nak buat Asam Laksa Fish Ball

  1. Tumis bahan kisar, cili kisar, garing masuk pes asam. Masuk air, asam keping biar mendidih
  2. Masuk stok, garam, gula, sardin. Masuk prawn paste.
  3. Zara suka letak daun kesum dan bunga kantan bila dah siap masak dan tutup periuk.
  4. Siap!

Sumber: Zara Jane Qadry dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Selepas ini boleh jimat nak beli di luar, anda cuba ikut sahaja resepi yang kami kongsikan pasti sama!

Jom semak juga resepi laksa lemak Kelantan yang sedap ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment