4 Resepi Mee Udang (Sedap dan Mudah)

Selalu sangat makan nasi, apa kata sesekali kalau tenghari anda ubah selera dengan hidangan mee pula. Kali ini kami nak kongsikan resepi mee udang yang sedap untuk anda. Lagi menyelerakan apabila dapat pula udang galah memang padu.

Jom kita try!

1. Resepi Mee Kuah Udang Penang Style

Bahan-bahan

  • 1 Kg udang besar
  • 3 bungkus mee kuning
  • 1 labu bawang putih – Dicincang
  • 2bBiji bawang besar – Dimayang
  • 1 Senduk Cili Boh/Cili Giling
  • 1 Tin Kimball Tomato Soup Tin
  • 1/2 bowl sos tomato
  • 1 Bowl sos cili
  • 1 Bowl sos tiram
  • 1 Sudu makan gula
  • 1 Sudu cukup rasa
  • 3 Batang sawi
  • 1 Biji tomato
  • 3 Batang daun sup bawang

Cara nak buat Mee Kuah Udang Penang Style

  1. Tumis bawang putih kemudian masukkan bawang besar.
  2. Masukkan udang dan masukkan cili boh/cili giling kacau sampai pecah minyak dan udang separuh masak.
  3. Masukkan air (kalau ada stock air udang atau air rebusan ketam lagi sedap). Saya guna air rebusan ketam kali ini.
  4. Masukkan semua jenis sos diatas dan perasakan.
  5. Bila kuah dah menggelegak, masukkan sayur dan mee. Siap.

Sumber: Maznie Rosli dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Mee Udang

Bahan-bahan

Bahan kuah

  • Cili blend-4 sudu besar
  • Udang segar buang kulit-dalam 15ekor
  • Minyak-3 sudu besar
  • Bawang merah-4 ulas
  • Bawang putih-2 ulas
  • Garam
  • Perasa

Bahan sambal

  • Cili blend-1 mangkuk kecik
  • Bawang merah-3 ulas
  • Bawang putih-2 ulas
  • Udang kering
  • Minyak
  • Garam
  • Gula
  • Perasa

*bawang merah & putih blend

*udang kering blend

Cara nak buat Mee Udang

Bahan kuah

  1. Air rebusan kulit udang agak banyak mana nak buat kuah.
  2. Tumis bawang merah & putih.
  3. Masukkan cili.
  4. Masak sampai pecah minyak.
  5. Masukkan air rebusan tadi.
  6. Masukkan garam & perasa.
  7. Dah mendidih masukkn udang yang dah bersihkan tadi.

Bahan sambal

  1. Tumis bawang yang blend tadi goreng sampai kekuningan.
  2. Masuk udang kering yang dah blend.
  3. Dah agak kekuningan masuk cili blend.
  4. Masuk garam, gula & perasa.
  5. Masak sambal sampai garing tapi jangan sampai hangit.
  6. Sayur kangkung rebuskan letak minyak masak sikit.
  7. Celur mee kuning.

Sumber: Erma Sobri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Mee Udang Mudah

Bahan-bahan

Bahan kuah

  • 2 biji bwg besar
  • 2 biji bwh kecil
  • 2 ulas bwg putih
  • Cili kering
  • Blender semua
  • Udang
  • 1 tin kacang panggang
  • 1 senduk sos cili
  • 1 bji tomato belah 4
  • 1 senduk kecil minyak masak
  • 3 tin air
  • 5 sudu besar serbuk kacang tanah
  • 3 sudu besar gula pasir
  • Garam secukup rasa

Bahan mee

  • Mee kuning 2 bungkus basuh & celur dan keringkan
  • Telur rebus
  • Daun sup
  • Tauhu
  • Limau kasturi belah 2
  • Cili merah potong halus
  • Bawang goreng

Cara nak buat Mee Udang Mudah

  1. Panaskan minyak, bila minyak dah panas, masukkan bahan yang kita blender tadi tumis sampai agak garing sikit.
  2. Selepas itu masukkan cili sos bila agak dah garing masukkan kacang panggang dan masukkan terus 3 tin air (guna penyukat tin kacang panggang) dan masukkan tomato yang kita belah 4 tadi.
  3. Selepas itu masukkan serbuk kacang tanah, dah mendidih sedikit masukkan udang, 3 sudu besar gula & garam secukup rasa.
  4. Selepas itu biarkan kuah mendidih & udang cukup masak tak perlu lama lebih kurang 7-8minit dan siap.

Sumber: Zin Rose Perodua dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Mee Udang 5 Minit

Bahan- bahan

  • Udang kertas
  • Sawi
  • Tomato
  • Bawang putih (ditumis)
  • Cili boh
  • Sos cili
  • Garam
  • Perasa

Cara nak buat Mee Udang 5 Minit

  1. Tumis bawang putih, masukkan cili boh.
  2. Masukkan air, masak sekejap sehingga mendidih, masukkan sos cili.
  3. Masukkan udang, pecahkan telur, garam, perasa.
  4. Masukkan sayur last skali.
  5. Masukkan mee ke dalam kuah masak sekali sekejap. Mee campur sekali kuah lebih sedap. Kuah meresap ke dalam mee.

Sumber: Faranasuha Habidi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Dapat pula hirup kuah bila panas sedap kan?

Jom semak juga resepi mee jawa Sarawak ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment