4 Resepi Mee Jawa Sarawak (Menu Popular Dari Sarawak)

Jika anda datang ke Sarawak wajib untuk mencuba mee jawa sarawak ini, menu ini cukup popular disana. Mee jawa sarawak ini juga dikatakan hampir sama dengan hidangan di Semenanjung iaitu mee rebus, cuma di Sarawak mereka akan makan bersama satay sebagai hidangan sampingan. Jom kali ini kami kongsikan dengan anda resepi mee jawa sarawak.

Jom kita try!

1. Resepi Mee Jawa Sarawak

Bahan-bahan

Bahan kisar

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Udang kering
  • Halia
  • Lengkuas
  • Serai
  • Cili kering

Bahan lain

  • Rempah kari daging
  • Ayam
  • Keledek rebus

Cara buat Mee Jawa Sarawak

  1. Kisar semua dan tumis.
  2. Keledek rebus yang dikisar.
  3. Masukkan gula garam dan perasa.
  4. Masak sampai empuk.
  5. Masukkan kiub pati ayam.
  6. Celur mee kuning.
  7. Rebus telur.
  8. Hiris lada dan daun sup.
  9. Akhir sekali letak bawang goreng.

Sumber: Hizatul Suria Mohd Aris dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Mee Jawa Sarawak Style

Bahan-bahan

  • Keledek (1/2 kg)
  • Bawang merah (6 ulas)**
  • Bawang putih (4-5 ulas)**
  • Serai (3 batang, hiris)**
  • Lengkuas 5-6cm mcm tu**
  • Serbuk kari
  • Daging lembu/isi ayam
  • Kalau ada tulang lembu/bahagian rangka tulang ayam

Sambal cili 

  • Segenggam cili padi
  • 4-5 ulas bawang putih

Cara buat Mee Jawa Sarawak Style

  1. Blend kesemua bahan bertanda **
  2. Keledek dibuang kulit, potong kecil, rebus keledek sehingga lembut. Kemudian blend halus sehingga menjadi puree. (1/2kg ni utk hidangan 6-7 org)
  3. Sementara itu, rebuskan ayam / tulang daging / isi daging dalam periuk berasingan sampai empuk.
  4. Tumis bahan blend (bawang+lengkuas+serai) sampai wangi. Kemudian masukkan serbuk kari (satu senduk besar), tumis.
  5. Masukkan sedikir air rebusan daging/ayam jika tumisan terlalu pekat/kering. Boleh sekali kepingan daging.
  6. Dah wangi, masukkan puree keledek, tambah air (boleh guna air rebusan daging/ayam tadi) ikut kuantiti yang di mahukan.
  7. Masak sampai mendidih, masukkan sos tiram, kicap manis, garam, gula secukup rasa.
  8. Masak sampai kuah mendidih. Gaul selalu agar kuah menjadi pekat sekata. Kalau rasa nk tambah kepekatan, boleh je kalau nak tambah bancuhan tepung jagung (sikit).
  9. Nak celurkan mee kuning tu pulak : Didihkan air, masukkan bunga lawang, cengkih & kulit kayu manis ke dalam air.
  10. Celur mee dlm air didih, angkat kan & sepit mee dengan penyepit supaya masak rata.
  11. Kemudian toskan dan celup balik dalam air biasa supaya mee tak melekat. Toskan bersih.
  12. Masukkan dlm bekas.

Sambal cili 

  1. Gorengkan sekejap cili & bawang putih dengan minyak.
  2. Blend kan cili & bawang yang dah digoreng dengan kicap manis & gula.

Bahan hiasan

  1. Bawang goreng
  2. Isi ayam bahagian dada yang dah direbus tadi.
  3. Telur rebus
  4. Tauge
  5. Daun sup
  6. Hirisan cili utk hiasan

Sumber: Puteri Santubong dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Mee Jawa Sarawak Mudah

Bahan-bahan

  • Sepeket mi kuning
    *dibasuh dan dicelur sbntar kemudian toskan
  •  Daging 1/2kg direbus dengan hirisan halia dan 3sekawan
    *kemudian dihiris nipis.simpan air daging
  •  Sebiji size sederhana ubi keledek oren
    * direbus dan diblend halus
  •  2sdb cili kering
    *kalau suka pedas lebihkan
  •  3sdb serbuk kari daging

Bahan sampingan

  • Tauhu digoreng dan dipotong nipis
  • Tauge dicelur
  • Cili merah
  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Isi ayam digoreng dan diracik (optional)
  •  Telur rebus

Bahan kisar

  • 2~3biji bwg merah (kalau bawang merah ros kena lebihkan)
  • 2 ulas bwg putih
  • Sedikit halia
  • Sedikit lengkuas
  • Udang kering segenggam

Cara buat Mee Jawa Sarawak Mudah

  1. Tumis bahan kisar smpai agak garing,  kemudian masukkan cili kering dan serbuk kari, tumis smpai pecah minyak.
  2. Masukkan ubi keledek dan 4 cawan air daging.
  3. Perlahankn api dan biar menggelegak, masukkan gula dan garam secukup rasa.
  4. Kalau kuah kurang pekat, tambah 2sdb tepung jagung, bancuh dengan air dan kacau sampai agak pekat, kalau pekat tambah air daging, rasakan lagi secukup rasa.
  5. Dah siap hidangkan dengna bahan sampingan.

Sumber: Ayu Zalifah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Mee Jawa Versi Sarawak

Bahan-bahan

  • 4 biji Keledek (sederhana besar)
    *Rebus sehingga empuk dan blend.
  • 6 ulas Bawang merah
  • 5 ulas Bawang putih
  • 2 btg Serai
  • 2 inci Lengkuas
  • 3 sudu besar Serbuk kari Adabi
  • Daging lembu 1kg *rebus sehingga empuk, daging di hiris nipis*

Hiasan 

  • Telur rebus
  • Tauge
  • Cili besar
  • Limau kasturi
  • Bawang goreng

Cara buat Mee Jawa Versi Sarawak

  1. Bawang merah, bawang putih, serai, lengkuas (blend skli).
  2. Keledek (blend halus) atau rebus keledek sehingga lembut, blend. (1/2kg utk hidangan 5-6 org)
  3. Tumis bahan blend (bawang, lengkuas, serai) sampai wangi.
  4. Tumis sekali serbuk kari (kalau utk 4-5org makan, kira sesenduk kari).
  5. Tumis sekali kepingan daging sikit untuk rasanya.
  6. Dah wangi, masukkan keledek yang dah diblend, tambah air (boleh guna air rebusan daging yang akan diguna untak bahan hiasan) ikut kuantiti di mahu (sedang pekat cairnya).
  7. Masak sampai mendidih, masukkan 2 sudu sos tiram, 4 sudu kicap manis, garam, gula secukup rasa.
  8. Masak hingga mendidih. Kalau rasa nak tambah kepekatan, tambah tepung jagung (sikit).
  9.  Nak celurkan mee kuning, didihkan air, letak sikit bunga lawang, cengkih & kulit kayu manis dalam air untuk celur mee tadi.
  10.  Nak lagi ummpphh boleh buat kicap cili
  11. Bahan hiasan : Bawang goreng, kepingan daging rebus, telur rebus, tauge, daun sup, hirisan daging.
  12. Biasa di Sarawak dimakan dengan satay.

Sumber: Anna Mariana dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga perkongsian resepi kali ini dapat memberi sedikit idea untuk anda.

Mencari resepi mee lagi? Jom lihat resepi laksa mee yang cukup popular di Pangkor.

Tapi kalau suka jenis macam mee di kedai makan, boleh cuba resepi mee goreng mamak dan juga mee goreng basah.

Selamat mencuba!

Leave a Comment