4 Resepi Belangkas (Unik Tapi Sedap)

Seperti kijang, belangkas juga merupakan haiwan eksotik yang boleh hidup di darat dan laut. Tak semua gemar makan belangkas. Mungkin kerana tidak tahu bagaimana ingin menyiang dan cara masak.  Kami bawakan resepi belangkas untuk penggemar belangkas.

Jom kita try!

1. Resepi Belangkas Mahkota Pedas Berapi

Bahan-bahan

  • 2 Ekor belangkas (yang sudah dipotong dan bersihkan)
  • 2 Biji bawang besar *
  • 5 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 35 tangkai lada kering *
  • Belacan (agak besar duit 50 sen) *
  • Lada hitam (tumbuk kasar)
  • Daun limau purut
  • Serai (ketuk)
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa (Saya pakai maggi cukup rasa)
  • Air
  • Minyak untuk tumis

Cara buat Belangkas Mahkota Pedas Berapi

  1. Kisar semua bahan-bahan bertanda ( * ). Panaskan minyak kemudian tumis semua bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan gula, garam & serbuk perasa sesedap rasa.
  3. Masukkan serai, lada hitam & daun limau.
  4. Biarkan seketika. Kemudian letak air asam jawa dan kacau rata. Sekiranya hendak berkuah boleh la tambah air ikut kesesuaian.
  5. Bila rasa dah sedang barulah masukkan belangkas.
  6. Kacau rata dan biarkan sehingga masak.
  7. Tutup api dan sedia dihidang.

Sumber: Leo Zachery Ibrahim  dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Gulai Belangkas

Bahan-bahan

  • 1 pkt kecil serbuk kari ikan babas
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 hiris halia sebesar ibu jari di mayang
  • 2pcs asam keping
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 bijik kentang saiz xl
  • 4 tangkai cili api pedas
  • Air 500ml
  • Belangkas 1 ekor saiz L
  • Garam secukup rasa
  • Gula 1sk

Cara buat Gulai Belangkas

  1. Tumis bawang dan halia (dimayang dulu) dah garing tumis daun kari sampai naik bau.
  2. Masukkan serbuk kari yang dah di bancuh air agak tak cair, tumis sampai naik bau masuk sikit air agak tak bagi kering rempah.
  3. Masukkan kentang untuk lembutkan, dah lembut boleh la masuk kn air 500ml masak agak satu inci dari  dalam periuk tu sampai semua sebati.
  4. Masukkan cili api tadi, asam keping dan masukkan belangkas (yang dah di rebus terlebih dahulu) masukkan santan sampai pecah minyak dah boleh letakkan perasa  5minit dah boleh tutup.

Sumber: Sofea Zaraa  dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Belangkas Bakar Original

Bahan-bahan

  • Belangkas
  • Bara api
  • Sabut kelapa

Cara buat Belangkas Bakar Original

  1. Cuci belangkas sehingga bersih.
  2. Sediakan bara api sekiranya menggunakan bara api sabut kelapa lagi bagus untuk menaikkan aroma.
  3. Letakkan belangkas diatas bara.
  4. Kulit belangkas akan berubah warna kekuningan.
  5. Kawal bara api dan alih kan belangkas sesekali jangan terlalu kerap alih, alih sekadar kulit belangkas rentung.
  6. Kopek kulit belangkas dari bahagian bawah untuk keselamatan buang keseluruhan kaki belangkas kerana disitu ada racun yang boleh memabuk kan.

Sumber: Muhammad Haris dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Kerabu Telur Belangkas Ala Thai

Bahan-bahan

1.Belangkas bakar

Pastikan dah siap bakar potong kulit dia, keluarkan uncang najis aka uncang racun dia, baru keluarkan semua isi dan telur.

Bahan kerabu

  • Mangga muda (sagat halus, kalau dapat mangga masam lagi sedap)
  • Cili api merah
  • Cili api hijau
  • Bawang besar
  • Tomato
  • Kacang panjang
    (hiris halus)
  • Gula
  • Garam
  • Sos ikan
  • Limau nipis

Cara buat Kerabu Telur Belangkas Ala Thai

  1. Dah siap semua masukkan dalam bekas telur dan isi belangkas tadi.
  2. Perah limau nipis.
  3. Perasakan dan siap.

Sumber: Rozila Ibrahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Unik resepi belangkas ini kan. Tak cuba tak tahu. Cuba dulu ya?

Jom semak juga resepi ketam masak lemak ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment