4 Resepi Kuah Yong Tau Fu (Kuah Pekat dan Manis)

Yong tau fu merupakan makanan berasal dari masyarakat kaum cina yang dihidangkan bersama bebola ayam atau ikan, sayur-sayuran, cendawan dan pelbagai lagi. Yong Tau Fu boleh dimakan dengan pelbagai cara tetapi antara yang sinonim di Malaysia ialah sup dan juga secara kering atau sos hitam. Perkongsian kali ini kami sertakan resepi kuah yong tau fu untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Sos Yong Tau Fu Simple

Bahan-bahan 

  • 2 sbi (kalau suka pedas boleh tambah, tak suka pedas boleh kurang)
  • 6 sb gula melaka
  • 4 sb sos tiram
  • 2 cwn air
  • 3 sb kicap manis
  • 1 sb kicap pekat
  • 3 sb sos ikan
  • 1 sb secukup rasa
  • 2 sb tepung gandum (bancuh dengan 1/2cwn air)

Cara buat Sos Yong Tau Fu Simple

  1. Masak semua bahan dalam periuk kecuali bancuhan tepung gandum sehingga mendidih.
  2. Perasakan garam gula jika perlu.
  3. Masukkan bancuhan tepung tadi sambil kacau perlahan supaya tidak beketul.
  4. Masak sekejap hingga mendidih dan siap.
  5. Curah kuah atas bahan yong taufu dan boleh tabur bawang gorang yang telah dikisar kering.

Sumber: Are Peace dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2.Resepi Kuah Yong Tau Fu

Bahan-bahan

  • Cili kering 3biji (pilihan)
  • Taucu 2sudu mkn
  • Tepung jagung 2sudu mkn
  • Tepung gandum 2sudu mkn
  • Gula 5 sudu (ikut citarasa)
  • Kicap pekat 3sudu mkn
  • Sos tiram 3sudu mkn
  • Air 3cawan
  • Kacang tanah digoreng (pilihan)

Cara buat Kuah Yong Tau Fu

  1. Blend semua smpai sebati.
  2. Masak sampai kuah pekat.

Sumber: Nur Faezah Nordin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kuah Sos Hitam Yong Tau Fu

Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 sudu makan cili giling
  • 1 sudu teh belacan
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 ketul gula melaka (hitam)
  • 1 sudu makan tepung jagung – campur dan kacau dengan air sejuk
  • 1/2 cawan air masak
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan B

  • 1 sudu makan bijan – goreng tanpa minyak

Cara buat Kuah Sos Hitam Yong Tau Fu

  1. Panaskan periuk. Masukkan 1 sudu minyak masak kedalam periuk yang telah dipanaskan.
  2. Masukkan cili giling dan belacan. Kacau sehingga agak garing.
  3. Masukkan 1 ketul gula melaka. Biarkan ia cair.
  4. Masukkan sos tiram dan kicap pekat. Kacau sehingga semua sebati.
  5. Masukkan air masak dengan tepung jagung.
  6. Kacau semuanya sehingga mendidih dan sebati.
  7. Tuang dalam bekas, taburkan bijan dan hidangkan bersama bahan-bahan Yong Tau Foo.

Sumber:Puan Faezah Rashid dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Kuah Yong Tau Fu

Bahan-bahan

  • 2 senduk kicap manis
  • 2 senduk sos cili
  • 2 sudu cili mesin
  • 2 senduk sos tiram
  • Belacan sikit
  • Air satu cawan atau lebih ikut pekat yang diingini atau nak tambah taucu masin pun boleh
  • 2 sudu tepung jagung (bancuh air dulu)
  • Gula kabung
  • Bijan sangai untuk tabur

Cara buat Kuah Yong Tau Fu

  1. Masak sampai pekat, boleh letak garam sikit kalau nak lebih masin.
  2. Nak sedap air celur letak sikit serbuk cukup rasa.

Sumber: Addarosa Rose Garden dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Jika anda cuba resepi kuah Yong Tau Fu ini mana tahu boleh buat jualan kan? Tak rugi pun mencuba.

Jom semak juga resepi pencicah dan kuah yang lain seperti sos thai daun ketumbar dan juga kuah lodeh.

Selamat mencuba!

Leave a Comment