4 Resepi Daging Lembu (Sedap Masak Apa?)

Nak masak daging kadangkala memang mengambil masa yang lama untuk melembutkannya. Sebenarnya ada tips atau cara untuk masak dengan betul. Kami kongsikan resepi daging lembu pelbagai cara masakan yang anda boleh cuba.

Jom kita try!

1. Resepi Mee Goreng Daging

Bahan-bahan

  • Mee
  • Daging lembu hiris halus
  • Fishball & fishcake
  • Sawi /taugeh
  • Cili kisar (ikut suka nak pedas mana)
  • Sos, sos tiram & kicap
  • Telur 2 biji
  • Bawang merah & putih (tumbuk kasar)

Cara buat Mee Goreng Daging

  1. Tumis bawang merah & putih sampai naik bau.
  2. Masukkan cili kisar tumis sampai pecah minyak.
  3. Masukkan daging & air sedikit, masak sampai daging empuk.
  4. Masukkan fishball & fishcake.
  5. Masukkan sos, kicap, sos tiram, garam, aji & gula (secukup rasa). Kalau suka basah letak banyak air.
  6. Masukkan 2 bijik telur, kacau2 sampai hancur telur tu.
  7. Masukkan mee, sawi & taugeh. Gaul sebati dan dah siap.

Sumber: Siti Aisha Sha dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Skewer Daging

Bahan-Bahan

  • Daging Lembu 2kg
  • Capsicum (cili benggala) 4 biji
  • Bawang Holland 3 biji
  • Sos bbq 1 botol kecik
  • Sos black papper 1 botol kecik
  • Batang lidi

Cara buat Skewer Daging

  1. Basuh & potong daging lembu dengan saiz 4 segi sederhana.
  2. Capsicum & bawang Holland pun potong kecik bentuk 4 segi.
  3.  Satukan bahan-bahan dan letak sos bbq & sos black papper. Perap semalaman.
  4. Dah siap perap, cucuk je. Tak kisah nak panjang mana.

Sumber: Nur Aqilah Jufri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Daging Masak Kicap

30 orang makan

Bahan-bahan

  • Daging lembu 3 kg (Dipotong dan direbus hingga lembut)
  • 4 inci halia (Dihiris)
  •  8 biji bawang kecil (Dihiris)
  • 8 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 4 sekawan
  • 1 kg kentang (Dibelah 4)
  • 3 sudu besar serbuk lada
  • 2 sudu besar lada hitam dikisar kasar
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 3 sudu besar gula
  • Cili besar merah dan hijau serta bawang besar untuk hiasan
  • Kicap pekat dan kicap lemak manis secukupnya

Cara buat Daging Masak Kicap

  1. Tumis bawang putih, bawang kecil dan halia hingga kekuningan.
  2. Masukkan 4 sekawan. Masak seketika dan dimasukkan ubi kentang. Bila ubi kentang separuh masak masukkan serbuk lada yang dibancuh dengan air rebusan daging.
  3. Masak selama seminit baru dimasukkan daging. Gaul rata.
  4. Masukkan kicap pekat dan kicap lemak manis. Masak selama 5 minit. Masukkan gula, air asam jawa dan garam.
  5. Masak hingga naik minyak baru dimasukkan lada hitam dan bahan hiasan. Gaul rata.
  6. Bila bawang besar hampir layu tutup api. Hidangkan.

Sumber: Adnan Mat Abu dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Gulai Daging Utara

Bahan-bahan

  • Daging Lembu 700gm
  • Hati Lembu 300gm
  • Bawang Besar 2 Labu
  • Bawang Putih 1 labu
  • Bawang Rose 10 Ulas
  • Rempah 5 Sekawan
  • 1/3 Sudu Teh Cengkih
  •  2 Batang Kulit Kayu Manis
  • 10 Biji Buah Pelaga
  • 1/2 Sudu Teh Bunga Lawang
  • 1 Biji Buah Keras
  • 1 1/2 Inci Halia Di Hiris
  • 3 Sudu Besar Kerisik
  • 1 Sudu Teh Jintan Putih
  • 1 Sudu Teh Serbuk Ketumbar
  • 1 Sudu Teh Jintan Manis
  • 1/2 Keping Gula Nisan @ 20 gm Gula Melaka @ Merah
  • 3 Sudu Kerisik
  • 5 Sudu Besar Cili Kisar
  • 2 Bungkus kecil Serbuk Kari Daging
  • 5 Biji kentang di Potong
  • Minyak Untuk Menumis
  • Daun Kari
  • Santan 1 1/2 Cawan atau 150ml @ susu cair
  • Garam Secukup rasa

Cara buat Gulai Daging Utara

  1. Rendam daging dan hati dengan daun pisang selama 45minit bagi melembutkan sedikit daging.
  2. Panaskan minyak masukan semua bawang yang telah dimayang bersama daun kari.
  3.  Setelah bwang layu, masukan 4 sekawan kayu manis cengkih, pelaga- lawang.
  4. Masukan cili kisar selepas 5 minit cili kisar, masukan rempah kari yang di bancuh dengan air.
  5.  Bila rempah pecah minyak, masukan jintan putih/ manis dan serbuk ketumbar.
  6. Hiriskan atau ketuk buah keras dan masukan gula nisan.
  7. Bila semua dah sebati masukan daging @ hati.
  8. Bila nampak mengelegak sedikit masukan kentang dan tambah air jika perlu.
  9. Masukan santan pekat masukan kerisik.
  10. Bila mengelegak masukan garam secukup rasa.
  11. Tunggu hingga masak atau ubi empuk dan boleh hidangkan.

Sumber: Azahari Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Sungguh menarik kan resepi daging lembu ini. Wajib cuba.

Jom semak juga resepi dalca daging sedap cicah roti.

Selamat mencuba!

1 thought on “4 Resepi Daging Lembu (Sedap Masak Apa?)”

Leave a Comment