4 Resepi Ikan Temenung (Sedap Masak Apa?)

Ikan temenung atau juga dipanggil ikan kembung ini memang sedap dimasak dengan pelbagai cara. Menurut Wikipedia, ikan kembung atau temenung adalah sejenis ikan laut dalam genus Scomber dan famili Scombridae.Isi yang manis memang menjadi kegemaran ramai orang. Jom kami kongsikan resepi ikan temenung yang mudah untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Ikan Temenung Masak 3 Rasa

Bahan-bahan

  • 1-3 ekor ikan temenung
    Lumurkan kunyit dan garam
  • Tepung jagung

Bahan B

  • 3 sudu besar tomato puri/sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu paste cili/ serbuk cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar minyak bijan (optional)
  • 1 sudu besar serbuk ikan bilis/1 kiub ayam
  • Perahan lemon sikit, 1 sudu besar cuka  (balancekan rasa masam mengikut selera anda)
  • 1 sudu kecil serbuk sup (optional)
  • 1 cawan air masak sampai pecah minyak

Bahan C

  • 1 biji bawang besar – dipotong dadu
  • 1 biji tomato – dipotong dadu
  • 1 biji cili hijau besar dihiris
  • 3 bijik cili padi merah/hijau dihiris
  • nenas 1/2 cawan potong dadu
  • 3 helai daun limau purut (optional)

Bahan kuah

  • 3 ulas bawang putih – cincang
  • 1 Bawang merah-cincang
  • 1 inci halia – dihiris halus
  • 1 batang serai – ketuk

Cara buat Ikan Temenung Masak 3 Rasa

  1. Lumurkan kunyit dan garam.
  2. Tepung jagung sikit lumur pada ikan dan  goreng garing.
  3. Tumiskan bahan kuah.
  4. Dah tumis garing masukkan bahan B.
  5. Dah pecah minyak masukkan pula bahan C.
  6. Garam gula seimbangkan
  7. Kacau seminit dua dan tutup api.
  8. Tuang atas ikan.
  9. Daun ketumbar/daun bawang tabur atas bagi nampak lazat.
  10. Siap.

Sumber: Shida Razak KC dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Ikan Temenung Masam Manis

Bahan-bahan

  • ikan temenung 3 ekor (goreng dengan serbuk kunyit ketepikan)
  • 1btg serai
  • Bwg kecik 4 ulas
  • Bwg putih 2 ulas
  • 2biji cili merah
  • 6biji cilipadi
  • Halia satu inci (semua di atas blend)
  • Pati ayam knorr seketul
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit garam dgn gula

Bahan Hiasan

  • Cilipadi 6 biji
  • Bwg besar setgh biji
  • Sedikit daun bwg

Cara buat Ikan Temenung Masam Manis

  1. Tumiskan bahan yang di blend bagi kekuningan.
  2. Kemudian masukkan air asam jawa, masak sampai pecah minyak kemudian masukkan , garam, gula dengan pati ayam knorr.
  3. Kemudian tunggu sampai kuah betul-betul pekat.
  4. Masukkan ikan dan hiasan cili padi, bawang besar dengan daun bawang.
  5. Tutup api dah siap.

Sumber: Siti Fatimah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kari Ikan Temenung

Bahan-bahan

  • 1/2 kilo ikan temenung borek bersihkan
  •  2 biji bawang besar blend
  • 4 ulas bawang putih blend
  •  3 inchi halia blend
  • 2 sudu halba campur
  • 5 sudu makan serbuk kari ikan Faeza
  •  1 cawan air asam jawa dari 1 sudu asam
  •  1 cawan air
  • 1/2 cawan minyak masak
  •  Garam
  • Bendi & tomato

Cara buat Kari Ikan Temenung

  1. Panaskan minyak, tumis halba campur seketika.
  2. Masukkan bahan blend dan tumis hingga naik bau, masukkan serbuk kari dan sedikit air, tumis hingga rempah betul masak dan pecah minyak dengan api yang sederhana sahaja.
  3. Masukkan air asam jawa dan garam, masak hingga mendidih.
  4. Masukkan ikan dan sayuran dan masak hingga mata ikan menjadi putih, siap (boleh tambah air jika suka banyak kuah).

Sumber: Husreezal Rushdee Husin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Kengsom Ikan Temenung

Bahan-bahan

  • Bwng besar sebiji
  • Bwang putih 3 ulas
  • Cabai besar 2 bji
  • Cabai Vietnam merah 4 bji
  • Kunyit hidup ckit
    (Blend semua bahan di atas )

Cara buat Kengsom Ikan Temenung

  1. Tuang bahan blend dalam periuk masukkan air sikit masukkan nenas, serai,serbuk kunyit sikit.
  2. Didihkan masukkan ikan garam perasa siap.
  3. Last masukkan kangkung perahkan sebiji limau nipis.

Sumber: Ninie Zaini dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Menarikkan resepi yang kami kongsikan ini. Wajib cuba ya?

Jom baca juga resepi ikan bilis dan ikan mayong ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment