4 Resepi Kentang (Ada Pelbagai Cara Masakan)

Kentang merupakan sumber karbohidrat dan sumber tenaga pada badan kita. Jika anda rasa bosan makan nasi, jom ubah selera anda dengan kentang. Kami kongsikan resepi kentang dengan pelbagai cara masakan.

Jom kita try!

1. Resepi Donut Kentang

Sukatan cawan

Bahan-bahan

  • 1biji kentang size medium
  • 1 paket yis kering
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu gula
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu marjerin
  • 1 sudu teh garam
  • 1 biji telur

Bahan topping chocolate sedap

  • Chocolate coin 1 cawan
  • Minyak 1/2 cawan

Cara buat Donut Kentang

  1. Rebus kentang sampai empuk, sejukkan dan lenyek sampai halus.
  2. Campurkan yis, susu pekat,air suam dan gula dan biarkan kembang.
  3. Ramaskan tepung, garam dan marjerin hingga jadi macam serbuk roti.
  4. Kemudian campurkan kentang yang dah dilenyek halus, campuran yis tadi dan telur dan gaul rata.
  5. Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup.
  6. Adunan memang agak lembik, uli manja sampai tak melekat dekat tangan, tambah tepung sikit sikit kalau lembik.
  7. Lepas satu jam tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap. Masa ni ambil sikit tepung untuk terap acuan.
  8. Biarkan selama 10 minit dan boleh goreng.

Bahan topping chocolate sedap

  1. Double boil sampai choc cair, dah sejuk boleh celup donat.

Sumber: Syaz Amira dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Bebola Kentang

Bahan-bahan

  • •8biji ubi kentang (dikupas kulit dan direbus)
  • 5sb tepung jagung
  • Sedikit garam

Cara buat Bebola Kentang

  1. Rebus kentang sehingga betul empuk.
  2. Lenyek kentang hingga lumat.
  3. Masukkan tepung jagung dan garam, gaul adunan smpai sebati.
  4. Part ni sapu sedikit minyak di tapak tangan, uli dan uli adunan kentang menjadi size bebola yang anda suka.
  5. Panaskan minyak & goreng sehingga warna bebola bertukar kekuningan. Tapiskan. Siap untuk dihidang.

Sumber: NormaisAra Abdul Wahab dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Jejari Kentang Rangup Beperisa

Bahan-bahan

  • Kentang direbus sehingga lembut- tapis dan lenyek
  • Carrot hiris halus
  • Daun sup hiris halus
  • Daun bawang hiris halus
  • Cili hijau thai hiris halus (jika untuk anak tak perlu letak)
  • Tepung jagung
  • Tepung beras
  • Lada sulah
  • Garam
  • Perasa jika suka

Cara buat Jejari Kentang Rangup Beperisa

  1. Rebuskan kentang sehingga lembut tapis air sampai kentang kering.
  2. Tumbuk kentang dan masukkan hirisan halus carrot daun sup daun bawang, cili hijau thai, lada sulah dan garam.
  3. Masukkan setengah cawan tepung jagung dan 3 sudu tepung beras.
  4. Gaul halus canaikan bentuk bulat dan potong pakai pisau bentukkan seperti jejari.
  5. Kemudian masukkan dalam peti ais bahagian chiller dalam setengah jam barulah digoreng.

Sumber: Nor Seri Azlina dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Sambal Kering Ikan bilis dan Kentang

Bahan-bahan

  • 5-6 biji kentang -basuh kupas & sagat.
  • Ikan bilis semangkuk
  • Cili kisar +bwg merah+bwg putih
  • Air asam Jawa sikit
  • Gula, garam, serbuk perasa

Cara buat Sambal Kering Ikan bilis dan Kentang

  1. Goreng kentang sagat sampai garing.
  2. Goreng ikan bilis garing.
  3. Tumis cili kisar, bawang tadi sampai garing minyak bagi lebih sikit.
  4. Selepas itu masuk sikit air masuk gula, garam, serbuk perasa dan air asam jawa.
  5. Masak sampai kering air & garing biar sejuk sambal dan gaul kan dengan kentang & ikan bilis.
  6. Dah sejuk masuk dalam bekas kedap udara.
  7. Boleh juga campur dengan kacang tanah goreng, tempe goreng @ bawang putih / merah goreng.

Sumber: Nida Mahmud dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga perkongsian resepi ini dapat memberi sedikit idea untuk anda.

Jom baca juga resepi English breakfast idea sarapan pagi.

Selamat mencuba!

Leave a Comment