4 Resepi Ikan Selar (Sedap Masak Apa?)

Ikan selar memang lauk yang wajib ada dalam peti ais mak-mak. Seperti ikan kerisi, resepi ikan selar juga sedap dimasak dengan pelbagai cara. Anda jangan runsing, kami bantu anda berkongsi resepi ini. 

Jom kita try!

1. Resepi Singgang Tumis Ikan Selar

Bahan-bahan 

  • Ikan selar
    Gaul ikan dengan garam sikit dulu sebelum masak
  • Bwg besar 2 biji
  • Bwg putih 5-6 ulas
  • Halia 2 inci
  • Cili merah besar atau kalai nk pedas boleh guna cili padi
    (Semua di atas hiris kasar, kalau nak tumbuk pun boleh)
  • Serai 2 btg titik
  • Asam keping ikut kemasaman yang diperlukan
  • Tomato belah dua
  • Belacan sebesar hujung ibu jari (hancurkan)
  • Serbuk kunyit

Cara buat Singgang Tumis Ikan Selar

  1. Panaskan sedikit minyak untuk menumis, masukkan semua bahan hiris dan serai, tumis hingga semuanya keperangan dan naik bau.
  2. Kemudian masukkan air ikut keperluan masing banyak mana nak kuahnya, biarkan mendidih, baru masukkan serbuk kunyit, asam keping dan belacan yang dah dihancurkan.
  3. Tunggu sekejap biar warna kuning kunyit cantik sekata.
  4. Last masukkan ikan, dan tomato tambahkan garam dan secubit aji secukup rasa api kecikkan.
  5. Ikan jangan masak lama agak 4 -5 min cukup dah boleh padamkan api.
  6. Siap dihidangkan.

Sumber: Nor Haidah Md Said dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Sambal Ikan Selar

Bahan-bahan

  • 5-6 ekor ikan selar lumur garam dan kunyit kemudian goreng dah siap ketepikan.
  • 20-25 tangkai cili kering
  • 1 1/2 biji bwg besar
  • 5 ulas bwg putih
    (Semua bahan kisar dengan sedikit air)
  • 1 kpg asam keping
  • 2 sdb membukit gula pasir
  • 1 sdt garam
  • Sedikit bahan perasa
  • 1/2 cwn air
  • 2 1/2 senduk masak

Cara buat Sambal Ikan Selar

  1. Panaskan minyak tumis bahan kisar masukkan gula, asam keping, garam dan bahan perasa.
  2. Kacau hingga naik minyak dan agak garing masukkan air.
  3. Bila mendidih masukkan ikan goreng tadi agak kering sesuaikan rasa dan tutup api.

Sumber: Mariana Zainal dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Ikan Selar Lemak Cili Padi

Bahan-bahan

  • Beberapa ekor ikan selar besar
  • Garam secukup rasa
  • Daun kunyit hiris
  • Serai 2 – 3 batang titik
  • Santan kara secukupnya

Bahan kisar

  • Cili merah
  • Cili padi merah ikut kepedasan masing-masing
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Kunyit hidup
  • Kisar hingga halus

Cara buat Ikan Selar Lemak Cili Padi

  1. Di dalam kuali masukkan bahan kisar serta serai titik, tambahkan air secukupnya (ikut citarasa masing nak berkuah atau pekat) biar mendidih.
  2. Setelah itu masukkan santan perlahankan api supaya jangan pecah minyak.
  3. Perasakan garam serta masukkan daun kunyit hiris. Kacau perlahan.
  4. Akhir sekali masukkan ikan selar goreng. Kacau perlahan. Biar mereneh dan tutup api.

Sumber: Laila Aznam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Kari Ikan Selar Mamak

Bahan-bahan

  • 1.5 kg Ikan selar papan
  • 4 labu bawang merah bombay dimayang halus
  • 5 ulas bawang putih dimayang halus
  • 1 inci halia dimayang
  • 2 keping kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 setengah sudu besar halba campur
  • 4 tangkai daun kari
  • 100 gm kari ikan babas
  • 30 gm serbuk cili babas
    (kari dan serbuk cili di gaul dengan air bersama)
  • 1 sudu besar asam jawa
  • Santan cair 2 liter
  • Kalau santan pekat 400 gm
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sayur tomato, cili besar hijau atau merah
  • Bendi atau terung bulat
  • Sedikit gula dan garam

Cara buat Kari Ikan Selar Mamak

  1. Tumiskan halba campur, kulit kayu manis, bunga lawang dan halia, bawang yang dimayang.
  2. Dah agak kuning masukkan pes kari dan serbuk cili. Dah masak agak pecah minyak dan merah boleh masukkan santan cair. Tak nak guna santan boleh juga guna susu cair.
  3. Masukkan daun kari, asam jawa, garam dan gula. Daun kari boleh juga tumis terlebih awal bersama bawang tadi.
  4. Dah nampak mendidih, boleh masukkan ikan. Kacau perlahan.
  5. Ambil periuk lain rebus air terlebih dahulu.
  6. Dah mendidih elok baru potong hujung dan tangkai bendi, terus campak dalam periuk rebusan tu.
  7. Masukkan bendi yang dah dicelur, tomato dan cili besar. Siap.

Sumber: Nourhayaty Mat Saat dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Walaupun lauk yang mudah, tapi mengenyangkan. Cuba ya!

Jom semak juga resepi ikan merah dan ikan tilapia dimasak dengan pelbagai cara.

Selamat mencuba!

Leave a Comment