4 Resepi Egg Drop Soup (Mudah & Simple, Makan Bila Tak Sihat)

Egg drop sup ini adalah menu paling ringkas sekali. Jika badan anda tidak sihat, memang sedap dinikmati sebagai pengganti makanan lain. Resepi egg drop soup ini cukup mudah dan bahan nak buat pun mudah nak dapat.

Jom kami kongsikan resepi mudah ini.

1. Resepi Egg Drop Soup

Bahan-bahan

  • Air
  • Kuib pati ikan bilis
  • Kicap cair
  • Bancuhan tepung jagung
  • Telur ayam
  • Serbuk lada hitam
  • Minyak bijan

Cara nak buat Egg Drop Soup

  1. Panaskan setengah cawan air ke dalam periuk
  2. Masukkan potongan kecil kiub pati ikan bilis.
  3. Masukkan sesudu makan kicap cair.
  4. Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung. Sukatan tepung jagung adalah sebanyak satu sudu makan sahaja.
  5. Sehingga kuah menjadi likat, masukkan sebiji telur ayam yang dikocak. Tuang perlahan.
  6. Sehingga sup mendidih, taburkan sedikit serbuk lada hitam. Tak perlu banyak, takut nanti panas perut.
  7. Siap. Boleh tambah titisan minyak bijan untuk lebih wangi.
  8. Untuk masak sup ni, tak perlu garam untuk masin. Cukup sekadar rasa dari kiub ikan bilis dan kicap.

Sumber: Zurina Zulkefli dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Egg Drop Soup Mudah

Bahan-bahan

  • Crabstick hiris
  • Shitake hiris
  • Bawang putih cincang
  • Cube ayam 1
  • Telur 1
  • Bayam purple
  • Black pepper
  • Garam
  • Air
  • Tepung jagung 1sk

Cara nak buat Egg Drop Soup Mudah

  1. Jerang air mendidih, masuk bawang putih, stok, garam dan pepper.
  2. Masuk shitake dan crabstick. Kemudian masuk bayam, pecah kan telur dan kacau sup yang mendidih.
  3. Masuk tepung jagung yang di campur dengan air sikit untuk pekatkan sup. Siap.

Sumber: Zara Jane Qadry dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Crab + Egg Drop Soup

Bahan-bahan

  • 1 paket crab stick – rendam air suam
  • 1 paket fishcake
  • 2 cawan stok ayam
  • 4 biji telur
  • 3 ulas bwg putih- tumbuk/ cincang halus
  • 1 bji bwg bsr merah- hiris halus
  • Secubit garam dan gula
  • Black pepper
  • White pepper
  • Minyak bijan
  • Tepung jagung
  • Minyak

Cara nak buat Crab + Egg Drop Soup

  1. Panaskan periuk, masukkan 2 sudu minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sampai naik bau dan kekuningan. Perlahankan api.
  2. Masukkan air stok ayam/air rebusan ayam dan kacau. Api sederhana besar.
  3. Masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh. Kacau sebati.
  4. Masukkan minyak bijan, garam, gula, blackpepper dan whitepepper.
  5. Telur dipecahkan dan dipukul dan dimasukkan ke dalam periuk mengikut pusaran air rebusan.
  6. Masukkan crab stick/ fishcake. Biar mendidih.
  7. Sedia utk dihidang.

Sumber: Madihah Afandi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Marvellous Egg Drop Soup

Bahan-bahan

  • Isi ketam
  • Cendawan merah/telinga gajah
  •  Stok ayam
  • Telur
  • Tepung jagung (optional)

Cara nak buat Marvellous Egg Drop Soup

  1. Buat stok ayam dulu. Masukkan air dan 2 sudu serbuk stok ayam (brand Knorr atau suka hati). Dan biarkan mendidih dulu.
  2. Dah mendidih, masukkan cendawan. Biarkan kejap.
  3. Masukkan isi ketam. Perlahankan api.
  4. Pecahkan telur dalam mangkuk lain dan kacau. Titiskan telur sikit demi sedikit dalam sup (guna garfu). Titiskan telur sampai habis.
  5. Kalau nak sup pekat, masukkan bancuhan tepung jagung. Kalau suka cair, tak perlu pun tak apa.
  6. Siap.
    Boleh makan sup macam tu je, atau makan dengan bihun goreng kruk kruk.
    P/S: Bihun goreng kruk-kruk tu. Goreng bihun yang keras dalam plastik tu directly dalam minyak panas. Tak payah lembut dulu.

Sumber: Ema Rosli

 

Akhir kata

Mudah dan menyelerakan resepi egg drop soup ini. Hirup waktu sup panas memang nikmat!

Jom cuba resepi sup makaroni yang berkhasiat ini pula.

Selamat mencuba!

Leave a Comment