4 Resepi Maggi Goreng Tanpa Perencah (Simple Tapi Padu)

Kalau pergi kedai mamak, confirm anda akan pesan Maggi goreng kan? Maggi goreng mamak ini memang berlainan rasanya dengan kedai lain, sampai boleh jadi ketagih. Perencah Maggi sebenarnya tak berapa baik untk anak-anak, jadi resepi ini memang sesuai untuk anda yang mempunyai anak peminat Maggi. Kali ini kami kongsikan resepi Maggi goreng tanpa perencah confirm sihat untuk anak anda makan.

Jom kita try!

1. Resepi Maggi Kari Goreng Tanpa Perencah

Bahan-bahan

  • Maggi 2 paket
  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Cili boh
  • Tomato
  • Kobis
  • Telur
  • Garam
  • Gula
  • Cili sos
  • Tomato sos
  • Serbuk kari

Cara buat Maggi Kari Goreng Tanpa Perencah

  1. Mula-mula rebus maggi bagi lembut jangan lembik sangat hiriskan bawang, cili tomato belah 4.
  2. Tumis bawang, cili dan tomato selepas itu  letak cili boh sesudu garam, gula, serbuk kari dalam setengah sudu teh.
  3. Selepas itu letak cili sos, tomato sos dan air sikit kacau dan letak rempah maggi sikit kacau dan letak telur.
  4. Bila dah masak telur, letak maggi yang da rebus taid, sekali dengan kobis atau sawi.

Sumber: Yana Owolabi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Maggi Goreng Kosong

Bahan-bahan

  • Bawang putih
  • Sebungkus maggi
  • Kicap
  • Sos Cili
  • Sos Tiram
  • Gula
  • Garam

Cara buat Maggi Goreng Kosong

  1. Tumbuk bawang putih sahaja 1 labu dan tumis.
  2. Selepas itu cuma masukkan kicap, sos cili dan sos tiram.
  3. Masukkan gula sikit dan garam sikit.
  4. Last sekali baru masukkan maggi yang dah dilembutkan.
  5. Rasakan kalau dah ok boleh tutup api dan siap!

Sumber: Nurul Aini Muhammad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Maggi Ringkas

Bahan-bahan

  • Bawang putih
  • 1½ sudu serbuk kari ikan pedas
  • Telur
  • Sos cili
  • Kicap manis
  • Maggie vit’s (perencah kurangkan 1 peket ya)
  • sawi

Cara buat Maggi Ringkas

  1. Tumis bawang putih, rempah sampai pecah minyak.
  2. Masukkan perencah (optional).
  3. Tambah air untuk kuah.
  4. Masukkan kicap manis dan sos cili.
  5. Telur kacau hancur tuang masa kuah mendidih.
  6. Masukkan maggie kacau sebati masukkan sayur.

Sumber: Halimatun Azizan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Maggi Goreng Tomyam Tanpa Perencah

Bahan-bahan

  • Bawang putih tumbuk kasar
  • Bawang Holland belah 4
  • Isi ayam, udang
  • Daun limau purut
  • 3 kiub tomyam
  • Minyak untuk menumis

Cara buat Maggi Goreng Tomyam Tanpa Perencah

  1. Masukkan air 3cwn  jangan banyak sangat takut kembang maggi.
  2. 4 keping maggi kering.
  3. Slowkan api. Masak sampai maggi lembut sementara itu boleh letak sayur (sentiasa gaul takut air kering)

Sumber: Wafiza Amir dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudahkan resepi Maggi goreng tanpa perecnah ini?

Semoga dengan perkongsian resepi ini memberi sedikit idea untuk memasak.

Jom semak resepi lain yang  popular di kedai mamak seperti resepi mee goreng mamak.

Selamat mencuba!

Leave a Comment