4 Resepi Kek Tapak Kuda (Lembut & Gebu)

Kek tapak kuda sebenarnya berasal dari Brunei, tetapi semakin dikenali di Malaysia. Tekstur kek yang lembut dan filling yang dipenuhi dengan nutella memjadi tarikan bagi kek tapak kuda ini. Sekarang ini kita boleh lihat bukan filling nutella sahaja yang ada, malah filling lain seperti cheese pun ada untuk memenuhi permintaan pelanggan. Berikut adalah resepi kek tapak kuda yang kami kumpulkan untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Kek Tapak Kuda Nutella

Bahan-bahan

  • 10 biji kuning telur
  • 5 biji putih telur
  • 225g gula castor
  • 110g tepung gandum
  • 10g susu tepung
  • 135ml mentega cair yang disejukkan suhu bilik
  • 1 sudu makan rata ovalette
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh chocolate emulco
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • Nutella secukupnya

Cara buat Kek Tapak Kuda Nutella

  1.  Satukan telur, gula dan ovalette, lalu pukul perlahan hingga naik dan pekat. Masukkan tepung, susu dan serbuk penaik. Pukul lagi hingga rata.
  2.  Masukkan mentega cair dan esen vanila, kacau rata.
  3. Ambil 5 senduk adunan dan masukkan perasa coklat. Kacau hingga rata. Baki adunan yang plain dimasukkan ke dalam piping bag.
  4. Sediakan 2 loyang berukuran 11×11 inci, alas dengan kertas dan sapu dengan mentega.
  5. Tuang adunan coklat dan ratakan di dalam loyang. Kemudian, picitkan adunan plain dari piping bag- sejalur demi sejalur hingga menutup adunan coklat tadi (kalau kita tuangkan adunan plain ke atas adunan coklat yang dah rata tu dengan senduk/sudu nanti susah nak menjadi rata).
  6.  Bakar didalam ketuhar bersuhu 160’c selama 15- 20 minit. Sejukkan kejap.
  7.  Keluarkan kek dari dalam loyang, terbalikkan biar lapis coklat di atas. Potong tepi keliling kek. Sapu Nutella di atas lapisan coklat dan lipat dua kek tu. Bungkus dengan kemas dan simpan didalam peti sejuk.
  8. Satu loyang boleh dapat 2 batang kek, total 4 batang. 4 batang.

Sumber: Habibah Badar Bajrai

 

2. Resepi Kek Tapak Kuda Red Velvet

Bahan-bahan

Bahan A 

  • 135gm butter di cairkan dan sejukkan

Bahan B 

  • 10 biji kuning telu(sejuk)
  • 5 biji puteh telor
  • 150gm gula casto(asal 200gm)
  • 110 gm tepong hongkong
  • 10 gm susu tepung (kali ini Shima guna vanilla ice-cream powder)
  • 1 sudu makan ovalete
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil chocolate emulco

Cream cheese filling

  • 250g Philadelphia creamcheese, dilembutkan
  • 1 cawan icing sugar, diayak (boleh kurangkan sikit jika suka)
  • 6 sdb butter lembut
  • 1 sdt vanilla extract (saya guna Bake King Lemon Essence)

Cara buat Kek Tapak Kuda Red Velvet

  1. Masukkan semua Bahan B kecuali choc emulco kedalam mangkuk mixer, pukul high speed hingga kembang.
  2. Masukkan butter cair yang telah disejukkan tadi. Gaul rata dengan senduk kayu/spatula dan bahagi kepada dua bahagian (1/3 adunan dimasukkan choc emulco dan 2/3 adunan lagi dibiarkan warna asal masukkan adunan kedalam piping bag.
  3. Pipekan adunan coklat kedalam loyang yang telah digris dan alas baking paper, ratakan.
  4. Selepas itu paipkan warna asal tadi di atas adunan coklat, ratakan dan bakar suhu 160-180 (ikut suhu oven masing-masing) hingga masak.
  5. Biarkan sebentar, potong dua dan sapukan nutella. Lipat dua dengan kemas. Simpan dalam fridge beberapa jam sebelum dipotong.

Cream cheese filling

  1. Pukul semua hingga sebati.
  2. Simpan didalam fridge sebentar supaya cream agak firm sedikit sebelum menyapu diatas kek untuk mendapatkan filling yang tebal dan hasil yang cantik.
  3. Boleh guna loyang saiz 11×11″ atau lain saiz ikut ketebalan tapak kuda yang dikehendaki.

Sumber: Annoorr Nor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kek Roll Tapak Kuda

8×8 : 6 roll

Bahan-bahan

  • 10biji telur gred A
  • *5biji yang di ambil kuning sahaja ,maksud 5biji telur, 5biji kuning telur (egg york)
  • 10gm susu tepung
  • 110gm tepung gandum *
  • 200gm gula kastor
  • 1sd teh ovellate
  • 1sd teh esen vanila
  • 1sd teh baking powder *
  • 135 gm butter (dicairkan)
  • 1sudu mkn coklat emulco
  • Nutella spread @ nutcou secukupnya

Cara buat Kek Roll Tapak Kuda

  1. Ayak bahan bahan bertanda (*) ketepikan, cairkan butter dengan api perlahan dan sejukkan.
  2. Pecahkan 5biji telur (ambil kuning & putih dan 5biji telur lagi ambil kuning sahaja.
  3. Kemudian masukkan gula kastor, ovallate mix sampai gebu.
  4. Masukkan tepung& baking powder yang diayak tadi, mix lagi perlahan-lahan dan masukkan susu tepung.
  5. Masukkan butter yang dicairkan, dan esen vanila, mix sehingga adunan gebu dan berwarna putih.
  6. Bahagikan adunan kepada dua 1adunan letak coklat emulco.
  7. Panaskan oven pada 160/170c 10minit.
  8. masukkan adunan coklat dahulu dan bakar dAlam 15minit, menggunakan api atas kemudian masukkan adunan putih dan bakar 15minit lagi sampai nampak keperang-perangan (boleh agak kalau masak boleh angkat)
  9. Tips sukatan adunan***agak masukkan dua senduk untuk adunan coklat, dua senduk lagi untuk adunan putih supaya rata ketebalannya.
  10. Last sekali potong kek yang dah masak kepada 2 bahagian, sapukan nuttela dan lipat perlahan.
  11. *Tips, lapik terus dengan plastik senang nak lipat roll nanti .
    Tips tambahan untuk adunan coklat guna sukatan 1 ½ senduk nasi manakala untuk adunan putih guna piping pun boleh.

Sumber: Izazaty MatJais

 

4. Resepi Kek Tapak Kuda

Bahan-bahan

  •  10 biji kuning telur
  • 5 biji putih telur
  • 225 gm gula kastor
  • 110 gm tepung gandum
  • ½ sudu makan ovelet
  • 10 gm susu tepung
  • ½ sudu makan baking powder
  •  ½ sudu makan esen vanilla
  •  ½ sudu makan coklat emulco
  •  135 gm butter dicairkan

Cara buat Kek Tapak Kuda

  1. Pukul gula dan telur sehingga kembang masukan ovelet dan pukul lagi.
  2. Masukan tepung dandum,tepung susu dan baking powder yang telah diayak bersama kedalam adunan.
  3. Pukul sehingga kembang, kemudian masukan mentega yang dicairkan dan gaul rata.
  4.  Ambil 300 gm adunan tadi dicampur dengan coklat emulco dan gaul rata.
  5. Masukan adunan coklat tadi dalam acuan agak-agak rata permukaan.
  6. Selebihnya adunan kuning masukan dalam piping bag dan picit ke atas adunan coklat sehingga rata dan bakar dengan menggunakan api atas dan bawah dalam suhu 200 C.
  7. Bila sudah masak terbalikan kek ni dan potong lah agak-agak utk boleh dilipat.
  8. Sapu nutella atas warna coklat dan lipat dua menggunakan plastic wrapping.
  9. Sudah selesai bolehlah dimasukan dalam petiais utk mengeraskan nya dan supaya mudah di potong.

Sumber: Fieza Fbs dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga anda mendapat idea untuk mencuba resepi kek tapak kuda ini, mana tahu boleh buat jualan.

Jom baca resepi vanilla cake ini.

Selamat menjamu selera!

 

Leave a Comment